Saturday, December 31, 2016

2016 Summary

Ok jom update blog sepantas kilat. Ni kira rumusan sepanjang 2016...

Hani & Iman:
  • Iman stopped breastfeeding on January. 
  • Hani moved to a new preschool & enrolled for full day on March.
  • Iman transferred to the same preschool starting on June. 
  • Hani & Iman dah tak minum susu botol lagi.
  • Hani dah totally pampers free.
  • They performed their first concert on Nov.
  • Iman became more active, cheeky & braver as the year goes by. 
My life generally:
  • Bought treadmill on Feb. Kononnya nak have an active & healthy life style.
  • Held Raya open house. Just invite families, relatives, close friends & neighbours though. 
  • Finally decided to buy an iPhone on Sept. Miss Android. Gave my old phone to Mak. 
  • Went to Johor on early Nov after 10 years tak pergi kot. Brought the kids to Hello Kitty Town & Friends.
  • First Iskandar family day on Nov at Gold Coast Morib.
  • On December, Mak Ayah pegi umrah. Busy with the guests coming to the house.
  • Gi PD 3 kali... Absolutely my favorite holiday destination.
  • Finally last week bought cordless vacuum cleaner. Dah bertahun niat nak beli.
  • Hani accidentally broke my work glasses. 
  • Health-wise, much better than last year. 
Work: 
  • Busy year with so many projects. I had like 8 on-going projects.
  • Contract renewal for FAS maintenance. Siap kene redo & buat tawaran semula.
  • Won silver medal on innovation competition at the work place on Oct.
  • Went to Cherating for the 1st time for a conference at end of Nov.
  • Yesterday, received an email for an exercise for promotion.
Basically just a biasa² year. No significant ups & downs. Alhamdulillah 😊. Biasa² yang indah 😍🎉🎆.

©2016 Sent from my iPhone 6S+ 

Wednesday, December 28, 2016

Kepulangan

Alhamdulillah, pada 20/12 Mak Ayah selamat pulang ke Malaysia. Terserlah kegembiraan & kepuasan di wajah mereka.

Seronok sekali mereka bercerita tentang pengalaman di sana. Kami anak beranak sama² melihat gambar² yang sempat dirakam oleh Ayah ketika di sana. Ada juga Ayah selfie rupanya 😄.

Banyak juga barang yang mereka bawa balik. Menurut Ayah dia shopping seorang diri kerana sepanjang di sana Emak on off demam. Mungkin kerana tak tahan cuaca sejuk. Macam² yang ayah beli. Makanan berupa kurma, kekacang & coklat, jubah etc untuk diagih²kan kepada saudara-mara.

Walau bagaimanapun, kerusi roda Mak tidak muncul² di KLIA. Tak tau lah ke mana perginya. Takpe lah yang penting dah selesai semuanya. Mak Ayah pun dah pulang ke rumah sendiri di Taiping.

Memang tak sangka rezeki Mak Ayah menunaikan umrah tahun ni. Semua berlaku agak pantas. Melihat kegembiraan mereka memang berbaloi lah penajaan JD. InshaaAllah.

Bila lah pula peluang aku ke sana lagi.



©2016 Posted from my Galaxy Note 8.0

Wednesday, December 14, 2016

Phewww...

Pada hari Selasa 6/12, Mak Ayah sampai ke rumah, diambil oleh JD dari Taiping. Jadi tentu lah rumah kami jadi tumpuan untuk saudara mara datang melawat. Orang datang, kene lah jamu sesuatu kan.

Seperti biasa Mak memang siap memasak dulu di Taiping. Dibawanya nasi himpit, rendang ayam & puding walaupun aku telah berpesan supaya tidak menyediakan apa². 

Malam itu, hanya adik beradik datang melawat. Malah birasku membawa nasi arab jadi aku tidak menyediakan apa². Cukup lah tu ditambah dengan nasi himpit & rendang ayam Mak. Tetapi masih sibuk menghidang, menyediakan air & membasuh.

Hari Rabu, hari yang benar² sibuk. Paginya aku perlu ke ofis menyelesaikan beberapa kerja tertunggak. Apa taknya selama 2 minggu sebelumnya aku berkursus, Isnin pula tiada elektrik & Selasa aku cuti. 10 pagi keluar ofis, singgah di rumah Mak & ke pasar raya untuk membeli beberapa bahan nasi arab untuk juadah malam nanti. 

Sampai di rumah, bermula lah tugas sepenuh masa di dapur. Terus menyinsing lengan baju untuk masak juadah tengahari 💪🏻🍛. Menu tengahari itu siakap bakar, sambal udang, sup tulang & sayur pak choi goreng bersama sos tiram. Thanks to Noxxa pressure cooker & magic pan, sup tulang & siakap bakar boleh dimasak serentak tanpa perlu keluar hikmat tangan sotong 😬. Memasak sambil² meluangkan sedikit masa untuk melayan tetamu yang datang tengahari itu. 

Selesai masak juadah tengahari, terus menyediakan & memerap kambing pula untuk dimasak malam nanti. Actually memasak tu ok lagi. Yang buat penatnya ialah mengemas & membasuh pinggan mangkuk yang banyak 😰. Penuh sinki & macam tak habis² pula 😭. Kira full-time di dapur. Tapi JD & Mak ada juga tolong membasuh & mengemas 😪. 

Petangnya bermula pula persiapan untuk juadah malam nanti. Dijangka lebih ramai yang akan datang. So aku menyediakan spaghetti bolognaise  & nasi arab lauk kambing. Thanks again to pressure cooker Noxxa. Kerana mood malas dah mula menjelma, aku cuba melembutkan spaghetti menggunakan Noxxa. Alhamdulillah menjadi. Hanya 6 minit spaghetti dah al-dante. Kambing juga aku campakkan sahaja ke dalam Noxxa. Kali ini aku masak selama 30 minit supaya kambing benar2 lembut & lebih terasa perapannnya.

Yang penting Mak kagum melihat menantunya ni mampu memasak beraneka juadah seorang diri hampir sepanjang hari untuk ramai tetamu yang datang 💪🏻💪🏻💪🏻. Hahaaa 😅 menantu yang perasan. Hehee, sekali sekala boleh lah. Kalau hari² pengsan 😵. Apa pun kedatangan tetamu itu membawa rezeki kan 😌.

©2016 Sent from my iPhone 6S+