Monday, March 13, 2017

Positif +++

Tiba-tiba terasa dalam diri - penat, bosan & sudah berapa banyak masa dihabiskan dengan sia2 kerana bercakap pasal orang. Kemudian, tertanya2 memang salah ke mengumpat??? 🤔

Walaupun tahu, gigih juga menggoogle berkenaan dengan mengumpat, apa yang dikatakan mengumpat. Refer ustaz google lah ni. But info is info no matter the source. Hasil dari carian, jika kita berkata mengenai keburukan/kekurangan orang lain, itu lah mengumpat.

Rasulullah SAW bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim). 

Lalu bertemu dengan terjemahan ayat Quran ini:

"
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Surah al-Hujurat: 12

Astaghfirullah. Dah lah buang masa, dapat dosa lagi. 😰

Bukan setakat mengumpat yang tidak dibenarkan. Berprasangka & mencari-cari kesalahan/keaiban orang lain juga dilarang jelas dalam al-Quran. Benarlah selalunya kedua2 faktor ini lah yang mendorong kita mengumpat. Kalau rujuk tafsir memang sangkaan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah berprasangka, bersangka buruk atau mencurigai. 

Contohnya bila kita nampak suami orang & isteri orang keluar berdua. Mula lah, kita sangka mereka ada skandal. Kalau tak ada sekalipun, kita berkata macam mana pun tak elok keluar berdua, yakni kita mencari-cari kesalahan. Kemudian, hati yang dah jelik tadi mula lah mencari kawan untuk bercerita atau lebih tepat mengumpat. Sedangkan kita tak nampak pun situasi sebenar sehingga ke saat kejadian.

Aku juga mencari tips untuk tidak mengumpat. Boleh disimpulkan, memang harus berfikiran positif. Jika sipolan bersalah sekalipun, tidak perlu kita mencari-cari atau memanjangkan lagi kesalahannya dengan bercerita pada orang lain. Elakkan juga dari bersangka buruk kerana biasanya akan lahir perasaan sakit hati yang menyebabkan kita ingin bercerita dengan orang lain perihal sipolan. Kalau sipolan bersalah sekalipun, sama ada kita menasihati depan2 atau pun seperti kata hadis selemah-lemah iman menegah dalam hati. Tak perlu sibuk bercerita dengan orang lain. Jika sipolan ada buat salah dengan kita menyebabkan kita terasa hati, instead of buang masa mengadu tentang kesalahan sipolan & betapa terasanya hati kita dengan kawan, lebih baik doakan sipolan berubah & diberi hidayah. InshaaAlah hati pun jadi tenang & malaikat turut mendoakan kita. 

Pemilihan golongan kawan juga penting. Dengan rakan2 seunit aku rasa tiada masalah kerana kami boleh berterus terang & saling menegur apa lagi dalam hal kebaikan. Cuma bila dengan rakan2 lain mungkin kene develop divert skill in conversation 😬 atau buat masa ini aku elakkan untuk berjumpa 😪. Tapi memang susah. Pagi tadi pun hampir tergelincir sebab berbual di telefon. Tapi berfikiran positif memang membantu. Bila kawan komplen pasal orang ni, kita divert dengan bersangka baik, membuatkan sesi mengumpat tidak berpanjangan.

Biasanya detoks orang kaitkan with our body health by eating clean. Tapi ni detoks diri by being positive be it in ways of thinking & acting 😇. Nak buang unsur2 negatif dalam pemikiran & tindakan gitu. Cakap mudah. Tapi susah juga nak implemen. Mungkin sesusah nak jaga pemakanan untuk detoks badan, atau mungkin lebih susah. InshaaAllah, niat baik Allah permudahkan. Kene positif kan 😉💪🏻. Hence, why I write this post, to make this new goal official. Supaya lebih bersemangat lagi 💪🏻💪🏻💪🏻.  You can do it. 🤐 je. 😁

Yang lebih menarik, tak lama selepas membaca perihal mengumpat & berniat untuk berhenti mengumpat dengan menjadi positif aku terjumpa sebuah buku bertajuk "Law of Universal Attraction". Kebetulan, mesej yang disampaikan oleh buku tersebut membuatkan aku lagi berkobar2 ingin menjadi positif. Bukan sahaja untuk elakkan mengumpat tapi juga dalam menjalani kehidupan seharian. Alhamdulillah, baru rasa nak jadi positif, Allah tunjukkan jalan & kebaikannya. Diri kita seperti magnet. Biasa dengarkan. Memang ini lah teori yang selalu motivator gunakan. Tapi setelah baca, aku rasa ada betulnya apatah lagi bila reflek dengan pengalaman sendiri.

Bila kita positif, inshaaAllah kejayaan/kesenangan & benda2 yang positif lain akan datang kepada kita. Begitu juga sebaliknya. Bila kita negatif, tanpa disedari kita menarik kegagalan/kesusahan dekat dengan kita. 

Apa pun memang tak rugi jadi positif, hati senang jiwa bahagia. Dosa pun tak dapat. InshaaAllah. Kalau bersikap negatif - sendiri sakit hati, mental & fizikal pun tanpa disedari menjadi penat/tidak sihat kerana pemikiran & tindakan akan menjadi negatif/defensif. 


Nanti sambung lagi...

©2017 Sent from my iPhone 6S+

No comments: