Thursday, June 15, 2017

Kisah 19 Ramadhan 1438H

Seperti biasa, bulan puasa ni keluar ofis pukul 4:30. On the way balik, sampai di Dengkil aircond dah tak sejuk. Ok, bertenang. Kemudian melewati Kolej Vokasional Sepang, terasa pula kereta makin semput. Sekali tengok indicator, baru perasan temperature dah maksimum! 😨

Apa lagi terus drive ke tepi jalan. Sebaik sahaja aku stop di tepi jalan, enjin pun mati. Aku perasan ada asap keluar dari hood, terus matikan kereta betul², cabut kunci & keluar bawa handbag sekali. Masa tu dah terbayang kereta nak meletup kot.

Alhamdulillah JD ada dah balik sini. So call lah dia. Tak jauh pun sebenarnya tempat aku stop tu dari rumah, tapi jalan jem. So lambat lah sikit sampainya. Sempatlah digigit beberapa nyamuk dari belukar di tepi jalan. Nasib baik spot aku stop tu redup. Semalam petang kan cuaca panas gila. Alhamdulillah sempat juga ambil budak² dari tadika sebelum 5:30.

Since aku amik insurance under Maybank Etika, so just call khidmat towing Etika je. 24 jam, free of charge. Hehee iklan jap. JD set towing kereta selepas berbuka puasa.

Semalam sebelum ambil aku di tempat kejadian, JD dari Alamanda. Memang dah suruh dia beli nasi ayam di Chicken Rice Shop untuk berbuka. Yay, tak payah masak. So walaupun kereta rosak, rasa senang hati la sebab juadah buka puasa dah ada. Sekali masa menghidang baru perasan, CRS lupa nak pack sambal & kicap. Tak kick lah takde sambal. Bagitau JD. JD kata, "Awak kan hebat, masak lah apa² sambal." Haihh nak kene masak gak lah ni 😵.

Finally decide masak sambal telur hancur. Senang. Tengah memasak, nak besarkan api, tengok api tak mau besar². Adeii gas pula nak habis. Baru tengah menumis sambal, gas habis. Tak masuk telur lagi pun. Sambal pun belum pecah minyak. Berfikir juga nak teruskan ke tak dengan PC Noxxa. Masak secoet, pakai Noxxa yang gedabak tu mau hangus sambal aku. Tetiba teringat ada travel cooker. So, sambung memasak guna travel cooker. Alhamdulillah, siap sambal telur hancur.

Alhamdulillah walaupun diuji, Allah permudahkan segalanya. Kalau ikut plan asal JD nak balik sini hari Jumaat. Tapi maybe dia pun tak sedap hati & ada yang boleh take over kerja di JB, hari Selasa JD dah balik. Nasib baik JD dah beli nasi ayam untuk berbuka. So tak payah masak beriya sebab penat gak bila kereta rosak ni. Sampai rumah pun dah lambat dari biasa. Nasib baik juga CRS lupa nak pack sambal which aku kene masak sambal pula. So tau lah gas habis. Kalau ketika aku tengah masak beriya petang ni, gas habis, memang stressed lah. Dah lah hari ni plan nak masak 3 jenis lauk.

Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik kejadian & dipermudahkan segalanya. It wasn't the day I looked forward to, but it couldn't have been better 😊.





Selamat mencari lailatul qadr. Jom lipat gandakan amalan 💪💪💪. Semoga segala amalan kita diredhai Allah.


©2017 Sent from my Galaxy Tab A 10.1


No comments: