Semalam aku pegi Blackpool Pleasure Beach. Perjalanan dr Liverpool ke sini amik masa dalam 1 1/2 jam. Dari Liverpool Lime Street, berhenti di Preston, pastu amik plak train ke Blackpool South utk ke Blackpool Pleasure Beach. Tiket train hampir £15 pergi balik.
Aku baru tau ada taman tema tak jauh sangat dengan Liverpool minggu lepas. Terus rancang pegi weekend ni. Kalau tak, 2 minggu lagi lah boleh kuar sebab weekend depan sure busy dgn interim report sebab nak kene submit minggu seterusnya.
Harga tiket masuk ke teman tema ni kalau beli online £25. Kalau beli kat kaunter, £30. Kalau rasa nak masuk jer, tak mau main apa2 kene bayar £5.
Ini pemandangan di dalam Blackpool Pleasure Beach.

Di bawah, gambar aku dalam taman tema ni. Gambar yg kat penjuru kiri tu aku tengah naik Bling (sila klik pada gambar ye untuk melihat dengan lebih besar... macam tak biasa plak). Smooth ride, terasa diri melayang-layang, siap badan terbalik lagi.

Taman tema ni besar gak, lebih besar drp Genting Outdoor Theme Park. Malah lebih cantik. Aku memang jenis teruja banyak tengok tempat yg colorful ni. Tambah teruja tengok permainan yg agak menggerunkan lah pada pandangan aku. Tapi gerun pun, kene cuba. So aku pun cubalah Infusion. Ni macam roller coaster, tapi jenis kerusi tergantung. Aku lupa lah nak tangkap gambar. Amik gambar ni dari website.

Memang menggerunkan. Satu lagi yang menggerunkan The Big One. Yg ni dia tak lah sampai badan upside down mcm Infusion tapi laju giler. Pastu ada satu tempat tu, menjunam hampir 90 darjah dengan sengetnya lagi. Klik pada gambar di bawah & you'll understand what I mean.

Ride ni tak secure bahu kita. Kerusi dia plak tak berspan. Agak painful. So hasilnya bangun pagi ni, muscle bahu aku kesakitan. Apa taknya, otot2 bahu ni terkejut sebab tetiba dia kene adjust dgn lajunya bila naik benda tu. Ke kiri ke kanan, menjunam lagi. Kepada yg tak berani atau nangis naik roller coaster kat Genting tu, tak yah lah naik 2 benda alah ni.

Selain drp tempat yg very colorful & game yg pelbagai, yang bestnya aku rasa taman tema ni, walaupun orang ramai tapi beratur tak lah lama sgt nak naik satu2 permainan tu. So takde lah penat sebab beratur. Selain drp permainan yg very thrilling, ada gak yg biasa2 jer. Naik monorail pun best, tengok pemandangan di sekitar theme park. Nak makan pun senang. Southern Fried Chicken kat dalam taman tema ni halal. Pastu kat luar pun ada byk kedai halal.
Taman tema ni dekat dgn laut. Ni pemandangan di luar taman tema.

Roller coaster yg besar kat belakang aku tu lah The Big One. Kira besar gak lah kan, sesuai dgn namanya. Walaupun sakit bahu hari ni, aku tak kisah kalau nak cuba lagi. Seronok!