Tuesday, November 24, 2009

Feeling F

- The original post has been deleted. -

Opsss... ter-sent the post by email via the mobile phone. It should be sent last Friday nite but failed & stayed in the outbox. So there's no point on publishing the post now.

F stands for...

Nanti lah sambung. I'm not feeling well. I've got a cold.

Wednesday, November 11, 2009

Waktu rehat

Line tepon kat umah problem lagi... mcm hari tu. Dah tepon 100, dia kata Khamis baru ok. Tapi kalau based on the previous experience, mau seminggu ni. Nasib baik lah aku takde kebun or cafe... kalau tak mau layu semua tanaman & hangus makanan aku. Dah lah kat ofis ni social sites kene block.

Teringin gak nak bukak cafe, cuma masa masih belum mengizinkan. Sekarang kat umah cuma layan ANTM cycle 13 kat YouTube 1 episod setiap hari. Kalau tak, tak turn on pun laptop. Bz sungguh bunyinya kan. Sebenarnya, lepas balik keje, dah tak mood nak ngadap laptop. Lagi syok tgk TV sambil baring, merehatkan badan.

Petang ni nak gi Kompleks PKNS, nak jupe member. Dia nak gi haji Sabtu ni. Alhamdulillah, muda2 dah sampai seru. Aku ni bila lah agaknya. Suatu hari nanti, insyaAllah.

Tadi seseorang call aku. It was awkward. I always wonder, what if she knew the true story.

Isk, dah nak abis waktu rehat baru rasa mengantuk.

Thursday, November 05, 2009

Ular?!

Masa mandi aku dgr bunyi siren kat kawasan perumahan aku ni. Pas mandi, turun bwh, aku dgr riuh rendah kt belakang rumah. Intai melalui tingkap dapur, aku tgk ramai budak2 & ada 2 org bomba kt belakang rumah sebelah. Pastu aku dgr budak2 tu kata ada ular. Ular?!

Terus pakai elok-elok & kuar rumah. Nak kene interview jiran sebelah ni apa citer sebenar.

Rupa-rupanya ada sekor ular kapak masuk kat yard rumah jiran aku & melingkar atas mesin basuh. Seram sejuk aku dgr. Aku sebenarnya ada sikit fobia kt ular. Nak berdiri dekat dgn akuarium/kandang berisi ular pun aku cuak.

Bila jd kes ni, aku rasa lega sgt sebab aku dah simen belakang rumah. Takde tanah pun yg tinggal. Kalau tak, mesti belakang rumah lalang tengah tumbuh tinggi & dipersalahkan secara tak langsung. Malu jer.

Rumah jiran aku tu pun semak gak, dia pun akui tapi takde lah tahap penuh lalang. La ni kitorang salahkan rumah sebelah kiri rumah aku yg takde org duduk. Lalang kat belakang rumah tu mmg dah lebat giler. Actually, kalau tengok kat belakang rumah org lain pun, byk jer yg tak berjaga. Penuh semak-samun & lalang macam rumah aku sebelum bersimen dulu. =P

Bangga plak rasa sebab dah simen belakang rumah.

Belakang rumah yg baru bersimen lebih kurang sebulan yg lalu.

Aku dah check yard. Alhamdulillah takde apa2. Dulu penah baca berita ular dok dlm mesin basuh. Tapi tak berani plak nak check. Kene tunggu D balik. Mana lah tau... kwang3x.

Wednesday, November 04, 2009

Bawang Merah Bawang Besar

Bawang merah tp saiz mcm bawang besar. Mungkin mmg bawang besar kot.

Monday, November 02, 2009

A Convoy to A Wedding

Ahad lepas ke Jengka. Ahad ni ke Banting, kenduri belah lelaki pula. Kali ni ke Banting berkonvoi lebih 15 buah kereta. Berkumpul dan sarapan di rumah Mak. Pukul 11:30am, mula bergerak ke Banting.

Berkonvoi menuju ke Banting, rumah keluarga pengantin lelaki.

Bergambar dengan sepupu & anak2 buah.

Pengantin baru. Semoga dimurahkan rezeki & berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Rombongan pengantin.

Balik dari kenduri, sambung makan nasi lemak kat umah Mak. Abis diet!