Wednesday, December 31, 2008

Brand new 30 series

Yeah, that's me.

Happy New Year everyone!

Sneak preview of the pre-celebration with hollywood stars...

Bergambar dgn Johnny Depp.


P/s: Tak tau lah plan tgk bunga api kat London ni jd ke tak... penat shopping sekitar Oxford Street siang td masih terasa.

Tuesday, December 30, 2008

Melawat muzium Beatles

La ni aku kt London, sampai kt London Stansted Airport pukul 11:45am. Takde mood la nak citer pasal trip ke Paris, Milan & Frankfurt. Citer pasal melawat muzium Beatles dulu lah yek. Lagipun aku lawat muzium Beatles ni sehari sebelum gi Paris which was 21st of Dec.

Aku bukanlah peminat Beatles. John Lennon yg mana satu pun aku tak kenal. Klu terserempak dgn Sir Paul McCartney kat tengah jln, sure aku buat tak tau jer (hari tu tgk dia terima anugerah MTV, live from Liverpool kat Milan). Memandangkan Liverpool ni mmg sinonim dgn The Beatles & dah alang2 sampai depan muzium ni dgn D, rasanya mcm tak lengkap plak klu tak masuk. Tu pun sblm masuk tanya dulu boleh amik gambar ke tak... klu tak boleh, mmg aku tak mau masuk. Nasib baik boleh.

Sedang org lain khusyuk mendengar kisah Beatles thru headphone, aku & JD kemaruk bergambar. Kira ok lah muzium ni, byk spot menarik utk bergambar. Standard ticket ~£12, student ~£8. Sbb byk bergambar, kira berbaloi gak lah utk yg bukan peminat Beatles mcm aku.

Monday, December 22, 2008

Manchester, reunited

Alhamdulillah, D selamat sampai kt sini. Di stesen Manchester Piccadilly, kami bertemu semula setelah 13 minggu.

2 bungkusan tak lepas kastam, ikan bilis yg telah dimasak dgn bungkusan yg Catz bagi. Yer Catz, perencah2 tu tak lepas. Actually kastam tu tak bukak pun bungkusan2 tu, cuma hidu gitu2 jer. He asked, is't chicken? JD, being honest simply answered yes... sebab ada gambar ayam. Takut gak klu tetiba kastam tu rasa nak bukak plak kn, so lebih baik lah jujur. Yg ikan bilis tu pun patutnya lepas, rendang daging yg tak lepas... tp somehow bila dia tanya, D kata yg ikan bilis tu daging, rendang tu plak ikan bilis bcos he himself wasn's sure which one. Tak per lah, nak buat camna, takde rezeki. Tp merasa gak lah makan rendang daging yg Mak masak... :-D.

Selepas tu, alang2 dah berada di Manchester, kami pun pergi ke Old Trafford, naik tram. Gi mana lagi, stadium lah. Tak join tour, bergambar kt luar pun jd lah.


Ok lah, we're going to Paris today. So, today we will spend an evening in Paris! ;-).

Friday, December 19, 2008

Layan movie @ YouTube

Saya tgh byk masa skrg ni, sebab tu tetiba rajin plak update blog.

Weekend lepas, saya meluangkan masa layan 4 filem Melayu di YouTube sambil buat assignment. Ketika tu saya rasa sungguh enjoy sekali buat assignment. Tak tido pun takpe. Tapi hasilnya bila saya baca balik, memang tunggang langgang assignment tu. Tapi kira ok lah, drp tak buat langsung kan. Good job, saya kata pada diri sendiri.

Balik kepada cite Melayu yg saya layan tu, saya layan cite Dun*ia Baru The Movie, I'm Not Sin*gle, Se*pi dan Ka*yangan. Kesian saya, pas tgk cite2 tu nak lah komen kan, tp tak tau nak komen kat sape... pendam jer lah. Ni baru ada masa nak komen kat blog.


1. D*unia Baru The Movie


Menghiburkan, cukup ringan. Pelakon2 dia pun selamba & bersahaja. El*yana pandai berlakon. Antara sebab saya rasa berlakon ni senang... sesape pun boleh berlakon.


2. I'm Not S*ingle


Citer ni pun ringan gak, amat sesuai ditonton sambil buat assignment. Saya tak teringin langsung nak tgk citer ni kt wayang. Memang tak best pun. Saya tak feel langsung. Saya tak nampak mcm mana cinta antara hero & heroin boleh wujud except atas ikatan perkahwinan tu sendiri.

Satu lagi, saya tak suka lakonan si heroin. Pandangan mata dia saya rasa tak fokus la. Saya rasa dia berlakon... memang lah dia berlakon kan. Saya rasa lakonan dia tak real. Tapi tak silap saya dia ada menang anugerah kan, Pelakon Harapan, something like that lah.

Oh yer, part salesman jual ubat tu, saya rasa tak lawak... kesian ada lah. Kesian krn lawak yg tak menjadi.


3. Se*pi


Wow! Mengkagumkan. Serius, saya suka cerita ni. Tangan saya tidak mampu menaip assignment ketika menonton cerita ni, walaupun sekadar di YouTube. Begitu kemas & cantik sekali ceritanya.

Saya suka semua watak, malah watak Suzi (? rasanya lah) yg gedik tu pun saya suka. Saya suka krn saya rasa mereka semua tulus dlm cinta... cewah.

Saya suka part Adam cakap kat adik dia, "Dia sayang abang" merujuk kpd Suzi yg baru sampai dgn gediknya. Simple statement yet besar maknanya. Tapi akhirnya kita akan pilih org yg kita syng, lagi2 bila kita tau org tu pun syng kat kita gak. Selfish, but that's the right thing to do.

Kisah Sufi plak mungkin ramai yg tak paham & tak boleh terima. Mungkin meraka bersalah kerana jatuh cinta, tapi rasanya mereka telah menghukum diri sendiri dgn memilih utk tidak bersama & juga telah menerima hukuman kerana tidak dapat bersama hingga ke akhirnya... oopsss spoiler. Unselfish, still the right thing to do.

Akhir sekali kisah Imaan. Kita lupakan kisah rambut palsunya yg kejung. Saya terpikir adakah kehilangan seseorg hanya boleh diubati dgn kehadiran seseorg juga?? Tu yg menariknya citer ni, membuatkan saya berfikir.

Saya tak menangis ye menonton citer ni. Cuma rasa sayu menonton anak Sufi menyiapkan sarapan pagi sendiri. Walaupun tiada air mata yg mengalir, citer ni tetap best bg saya. Saya rasa mesejnya sampai - "Cinta tak datang hanya sekali".

Rasa mcm nak tgk lagi citer ni.


4. Kay*angan


Satu lg percubaan untuk distract diri sendiri. Saya paham knp filem ni tak leh jual kat wayang. Rasa spt menonton cerekarama. Tapi cerita ni tak lah teruk sgt. Cuma terlalu biasa. Mungkin akan rasa rugi klu tgk wayang... tp tgk free kat YouTube, buang masa pun rasa berbaloi gak lah.


That's all. Selamat bercuti... hahaha... kepada diri sendiri.

Diari Seorang Pelajar

Dah nak abis semester ni, baru saya teringat nak tulis pasal rutin saya sebagai seorang pelajar. Takde yg special pun, biasa jer.

- Saya 'cuba' bangun pagi 1 jam 15 minit sebelum kelas yg terawal bermula & 'cuba' kuar dari bilik utk ke kelas 15 minit sebelum kelas bermula.

- Biasanya kelas saya bermula pukul 10 dan berakhir pukul 5. Hanya 1 atau 2 jam rehat. Waktu rehat saya tak balik bilik. I'll have a quick lunch, pastu stay in the lab menyiapkan assignment. Klu ada masa & rasa perlu sesuatu yg menyegarkan sblm kelas belah petang bermula, minum mocha panas di Costa.

- Biasanya lunch saya ialah seafood sandwich atau roti yg dibeli di Tesco atau sandwich tuna dgn sos BBQ yg dibeli di Subway. Dulu2 saya tak suka sandwich tuna Subway ni, tp skrg saya mula menyukainya. Takpun saya tak lunch langsung. Adakah saya makin kurus? Semestinya.

- Waktu rehat juga digunakan untuk solat. Saya kira bertuah kerana department saya begitu dekat dengan deretan kedai di mana Tesco, Costa & Subway terletak dan juga dekat dengan bilik solat.

- Habis kelas pukul 5, saya pulang ke bilik. Prepare dinner ala kadar & buat assignment. Biasanya paling awal saya tido pukul 2am. Esoknya bangun pagi, gi kelas.

Ini lah rutin saya sepanjang 12 minggu ni. Saya rasa lega kerana semester 1 sudah sampai penghujungnya. Malah, hormon saya juga turut bersetuju ;-). Alhamdulillah, pas ni bleh lah berehat drp rutin ni selama 3 minggu.

Mungkin semester depan, rutin ni akan berubah sbb tgk jadual, tak lah sepadat semester ni. Takde lah setiap hari kelas dr pagi sampai petang. Tp yg pasti, assignment akan lebih byk berbanding semester ni. Huh... menakutkan & pressure klu ingat. InsyaAllah, saya boleh lakukan.

Well, just focus, no less & no more, I'll be managed to keep my sanity... ;-)

Tuesday, December 16, 2008

Tak sangka!

Tak sangka dah hampir 13 minggu sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di sini.

Tak sangka aku kat UK la ni... mmg kdg2 aku masih rasa mcm ni, rasa mcm tak percaya jer.

Tak sangka dah minggu terakhir Sem 1. Yay cuti. Abaikan dulu exam yang bakal menyusul sebaik abis cuti.

Tak sangka beberapa hari lagi penyeksaan sbg seorang pelajar akan berakhir utk sementara waktu.

Tak sangka minggu depan tak payah pikir pasal assignment. Sebenarnya ada satu assignment yang kene submit naik Sem 2 nanti, tp akan turut diabaikan buat masa ini.

Tak sangka sekarang ni pegi kelas tak mandi pagi adalah normal bagi aku. Tapi camna pun, aku akan pastikan aku mandi sekurang-kurangnya sekali sehari. Heheee.

Tak sangka, D dah nak dtg Sabtu ni. Seronoknya!

Tak sangka minggu depan aku akan berada di Paris.

Tak sangka dalam masa 2 minggu akan datang, aku akan menjejakkan kaki di Perancis, Itali dan Jerman. Tapi aku nak gi Itali lagi, nak gi Rom!

Tak sangka aku dah nak masuk 30 tahun! Huhuuu.

Tak sangka aku akan sambut hari jadi ke-30 tahun di London. Sekurang-kurangnya ada sebab untuk aku gembira dan bersemangat menyambut hari ulang tahun yg tidak lah dialu-alukn ini.

Tak sangka, walaupun berjauhan, D tak miss sambut besday aku bersama.

Tak sangka, tinggal lagi 2 semester.

Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Ditambah pulak dgn otak dok ingat tarikh2 utk antar assignment... bila dah nak dekat tu, mmg berharap agar masa dpt diperlahankan. Tapi, nak buat camna... masa mmg cepat berlalu!

Tak sangka, lebih kurang 9 bulan lagi aku akan pulang ke Msia. 9 bulan? Tetiba rasa macam tak lama lagi jer.

Tak sangka, rupanya UK tak lah best mana. Hehee... tapi betul. Kalau tanya aku skrg, aku tak mau tinggal kat UK.

Tak sangka esok aku takde kelas. Tapi, masih ada 2 assignment yg perlu dihantar esok & Khamis. Jadi, tetap kene pegi ke department esok.


Memang tak sangka... ;-)