Tuesday, December 16, 2008

Tak sangka!

Tak sangka dah hampir 13 minggu sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di sini.

Tak sangka aku kat UK la ni... mmg kdg2 aku masih rasa mcm ni, rasa mcm tak percaya jer.

Tak sangka dah minggu terakhir Sem 1. Yay cuti. Abaikan dulu exam yang bakal menyusul sebaik abis cuti.

Tak sangka beberapa hari lagi penyeksaan sbg seorang pelajar akan berakhir utk sementara waktu.

Tak sangka minggu depan tak payah pikir pasal assignment. Sebenarnya ada satu assignment yang kene submit naik Sem 2 nanti, tp akan turut diabaikan buat masa ini.

Tak sangka sekarang ni pegi kelas tak mandi pagi adalah normal bagi aku. Tapi camna pun, aku akan pastikan aku mandi sekurang-kurangnya sekali sehari. Heheee.

Tak sangka, D dah nak dtg Sabtu ni. Seronoknya!

Tak sangka minggu depan aku akan berada di Paris.

Tak sangka dalam masa 2 minggu akan datang, aku akan menjejakkan kaki di Perancis, Itali dan Jerman. Tapi aku nak gi Itali lagi, nak gi Rom!

Tak sangka aku dah nak masuk 30 tahun! Huhuuu.

Tak sangka aku akan sambut hari jadi ke-30 tahun di London. Sekurang-kurangnya ada sebab untuk aku gembira dan bersemangat menyambut hari ulang tahun yg tidak lah dialu-alukn ini.

Tak sangka, walaupun berjauhan, D tak miss sambut besday aku bersama.

Tak sangka, tinggal lagi 2 semester.

Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Ditambah pulak dgn otak dok ingat tarikh2 utk antar assignment... bila dah nak dekat tu, mmg berharap agar masa dpt diperlahankan. Tapi, nak buat camna... masa mmg cepat berlalu!

Tak sangka, lebih kurang 9 bulan lagi aku akan pulang ke Msia. 9 bulan? Tetiba rasa macam tak lama lagi jer.

Tak sangka, rupanya UK tak lah best mana. Hehee... tapi betul. Kalau tanya aku skrg, aku tak mau tinggal kat UK.

Tak sangka esok aku takde kelas. Tapi, masih ada 2 assignment yg perlu dihantar esok & Khamis. Jadi, tetap kene pegi ke department esok.


Memang tak sangka... ;-)

2 comments:

cʏcʏreαℓℓα said...

aii ucu ..
misz u ..
hve a nice day kat sane erk ..
jge dri ..
bye2 =)

PurPlè said...

TQ kakak!
u too, take care k!