Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts

Friday, November 24, 2017

Excellent vs Unexcellent

Semalam keputusan UPSR diumumkan. Tahun ini berbeza sedikit isunya - tidak perlu mengumumkan keputusan satu persatu di sekolah. Aku setuju. Cikgu2 bagi je slip keputusan. Tak perlu nak agihkan mengikut bilangan A. Well, itu yang aku faham lah isunya. Zaman aku dulu cikgu bagi keputusan di bilik darjah masing2 sahaja. Tiada special event/ceremony. Kita ambil sendiri, tiada ibubapa sebagai peneman.

Walau bagaimanapun, ada pula yang memahami seperti tidak perlu meraikan pelajar yang cemerlang. Kan sekolah ada buat Hari Penyampaian Hadiah or whatever they call it now. Cukup lah tu. Kalau anak kau cemerlang dalam UPSR, kau raikan lah sendiri. Kenapa hadap sekolah raikan? Konon sebagai pencetus semangat kepada pelajar2 lain. Ya lah tu *mata ke atas*. Sorry to say, I doubt niat tu. Lebih kepada sendiri nak bangga & harap kejayaan anak2 tu dihebohkan. Tu yang hadap sangat sekolah raikan. I don't see other reason why.

Aku kata macam ni sebab aku sendiri adalah pelajar straight As. UPSR- 4A, PMR 8A, SPM-8A. Actually SPM tu aku amik 9 subjek. Semua A1/A2, cuma Fizik C3. Zaman pakai aggregat lagi. Takde ABCDEF. Tapi kira A1/A2=A, C3/C4=B & so on. Dari UPSR takde sekolah raikan pun. Ok je, kekal cemerlang. Huhuu macam riak plak bunyinya. Insaf. Alhamdulillah. Parents aku pun tak kisah. Yang penting anak ko cemerlang. Ko pergilah raikan sendiri. Tak yah sibuk nak mencetuskan semangat anak orang. Akhir zaman ni, dengan adanya media sosial, aku rasa lagi lah memang tak perlu sebab takut rasa syukur bertukar menjadi riak apabila sekolah umumkan. Hahaaa, ni kalau tulis dalam FB, sure kene kecam. Kesimpulannya bagi aku, kalau buat macam zaman dulu ok je.

Tapi aku setuju juga dengan pendapat jangan berkata begini atau seumpamanya kepada yang cemerlang atau secara general, "Alah... baru UPSR. 6A pun belum tentu berjaya besar nanti." Those who are excellent, they deserve to be overjoyed & celebrate (with their parents/families) cos they certainly had work hard. Don't kill their excitement with discouragement.

& kepada yang kurang cemerlang, it's ok to say it's ok but it's not ok to stay as they are. It's a cruel world with fierce competition. So kids, improve & strive your best.

Actually nak tulis pasal Hani nak masuk alam persekolahan. Sambung nanti lah.

Monday, October 03, 2016

Anak

Honey & Iman, my ❤

Ok let's talk about anak² pula. Alhamdulillah, Honey & Iman dah makin besar. Tak lama lagi Honey will turn 5 while Iman will be 3. Makin mudah dijaga. Pandai main berdua, tak kacau Mama & Papa. Sekali sekala je lah. Most of the time still sikit² Mama 😏. Mama nak itu lah, nak ini lah. Hehee budak² biasa lah kan 😅.

Apa pun now I can have a good nite sleep. Honey dah tak bangun mintak susu malam². Iman pula sejak putus susu, memang da takde lah nak nenen malam. Cuma sekali sekala bangun minta air kosong. Takde hal. Memang dah stand by botol air kat tepi katil. Nak tido siang pun dah takde problem sangat. Diorang tau Mama tido, pandai lah buat hal sendiri macam tengok TV ke, mewarna atau main berdua. Janji perut dah kenyang 😊.

I think the best think about being a mom is seeing our kids grow up healthily... & that reason only is enough to make us feeling blessed, grateful & happy 😁. Nothing else matters. 👭💞 

Salam awal Muharam 1438H. Let's be a better person by always be kind, sincere & positive towards other people - family, relatives, friends, colleagues, acquaintances & even strangers. That will reflect on how happy & grateful we are as a person. That will also reflect how humble we are as a servant to Allah the Almighty.

©2016 Posted from my iPhone 6S+


 

Tuesday, February 23, 2016

Anak Mama

Malam tadi tiba2 JD cakap Iman ni bukan 'anak Papa'. Maknanya Iman kurang mesra dengan JD berbanding Honey. Aku ingatkan JD tak perasan, rupanya dia perasan juga. Bukan lah tahap tak mau langsung, tapi kalau boleh Iman memang nak berkepit dengan aku je. Ada juga masanya tak mau langsung dengan JD especially time nak tido. Kalau JD bawak dia naik atas, aku tak naik lagi, meraung2. Bila JD nak ke kedai, Iman tak nak ikut walaupun diajak melainkan Honey ikut sekali.

Dulu sebelum cerai susu, aku tak rasa Iman terlalu attach dengan aku & aku ingatkan dia nak kat aku sebab nak breastfeed je. Tapi memang sebelum cerai susu, kalau JD ajak keluar berdua, she was ok. Rupanya selepas cerai susu, makin melekat pulak. Mungkin setelah takde nenen, dia takut aku plak takde. Actually, she's still remember nenen even though I've never mentioned it. Once in a while, ada juga dia nak selak baju. Cepat2 aku bangun & buat keje lain.

Tapi luckily as I said before takde la dia tak mau langsung dengan JD. At least, kalau berjalan, dia still ok kalau JD yang dukung. I guess she's ok as long as I'm around. Mungkin juga faktor usia. Dulu masa kecik, tak kisah sangat. Tapi bila makin besar ni, makin memilih & 'ngengada' gak.

Memang Iman manja gila dengan aku. She also thinks that I'm exclusively hers. Honey pun sedar perkara ni. So kadang2 nak menyakat Iman, Honey saje manja2 dengan aku. Peluk, duduk atas riba... pastu panggil Iman. Bila Iman nampak, mula lah merengek & nak berkepit juga.

Iman juga pandai memujuk. Bila aku marah atau merajuk, mesti dia akan cakap, "Mama ye" banyak kali. "Ye" as in yellow. Aku pun tak tau "ye" tu apa. Tapi tau lah maknanya dia tau aku marah & nak pujuk balik.

Dulu ingatkan kalau dah cerai susu, senang lah nak bergerak ke mana2... nak out-station ke. Nampak gaya, mencabar gak ni.

Tuesday, February 16, 2016

Asrama

Sehari dua ini, FB timeline aku dipenuhi dengan status2 para ibu bapa menghantar anak2 mereka ke MSRM & sekolah berasrama penuh (SBP). Mesti gembira & bangga kan anak2 bersekolah yang berprestij, yang hanya menempatkan pelajar2 terpilih.

Bagi aku & JD, kami pernah berbincang sebelum Honey lahir lagi. Anak2 kami tidak boleh masuk asrama. JD pernah bersekolah asrama ketika Tingkatan 4 & 5, & baginya duduk asrama tidak seronok, jauh sekali mengajar anak2 berdikari. Aku setuju kerana melihat ramai rakan2 sekolah asrama yang lebih manja daripada aku. Mungkin kerana bila bersekolah asrama, masa pulang ke rumah diraikan oleh ibu bapa & dilayan agak istimewa. Bagi aku sendiri pula, sekolah biasa pun ok. Aku mendapat tawaran ke MRSM Jasin ketika Tingkatan 4, tetapi aku tolak. Aku percaya, di sekolah biasa pun boleh berjaya. Yang pasti boleh tentukan sendiri waktu belajar. Tidak perlu mengikut waktu yang disediakan oleh sekolah, yang biasanya dipanggil prep(aration) class. Paling penting, aku ingin melihat sendiri anak2 membesar di depan mata. Bagi aku usia 12 tahun masih terlalu awal untuk dilepaskan. Lebih2 lagi anak perempuan. Kerana anak perempuan juga lah aku rasa JD mempunyai kuasa veto untuk menentukan Honey & Iman boleh masuk asrama atau tidak. Jadi kalau ditakdirkan mereka ingin masuk asrama, kene lah pujuk JD.

Bukan untuk menghakimi, tetapi aku merasakan seperti menjadi suatu kebanggaan pula bila anak dapat tawaran & masuk asrama. Ada juga yang aku lihat berdasarkan status & komen, anak tidak berapa teringin nak masuk asrama tetapi si ibu yang beriyer2. Susah juga aku nak memahami kerana bagi aku sekolah bukan faktor penentu kejayaan & di sekolah biasa juga boleh berjaya. Sebab itu juga aku sedikit pun tidak merasa terkilan apabila menolak untuk masuk MRSM. Nasib baik Mak tak tergolong dalam golongan ibu yang beriyer2 ni. Tak tahu lah jika di kemudian hari aku juga akan beriyer2. Ketika itu, kalau membaca pos ini pasti aku akan malu sendiri.

Zaman sekarang sememangnya tak sama macam dulu termasuklah pendidikan. Aku lihat zaman sekarang, ramai ibu bapa memilih sekolah swasta, atas alasan lebih islamik, medium bahasa Inggeris & sebagainya. Pastinya sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak2. Jadi mungkin kerana itu, ramai yang memilih untuk memasukkan anak2 ke sekolah berasrama seawal 12/13 tahun kerana sememangnya sekolah berasrama seperti MRSM & SBP mempunyai reputasi yang lebh baik. Risau juga kerana kemungkinan besar yang tinggal di sekolah biasa adalah anak2 yang kurang berpotensi dari segi akademik. Kurang berpotensi dari segi akademik ya, tak semestinya tidak boleh berjaya. Boleh dilihat rakan2 sekelas aku, mungkin mereka kurang bijak, keputusan PMR tidak melayakkan mereka ke sekolah lain, mereka tiada pilihan untuk bertukar sekolah tetapi boleh dikatakan semua sudah berjaya sekarang. Ada seorang tu, 2 kali mengulang SPM, sekarang sudah bergelar pensyarah & sedang menyambung pengajian di peringkat PhD.

Tapi ya lah, perkembangan anak2 juga dipengaruhi oleh rakan2 mereka melainkan anak2 ini mepunyai jati diri yang kuat (macam aku :D). Tapi apa lah yang dapat dijangkakan daripada anak2 yang baru meningkat remaja ni kan. Lebih2 lagi dalam era yang mencabar dengan terlalu banyak unsur2 luar & gejala sosial. Mungkin ini akan jadi faktor untuk aku membuat keputusan untuk Honey & Iman kelak. Apa yang aku harapkan & sentiasa berdoa semoga mereka menjadi anak2 yang baik, berjaya di dunia & akhirat. InsyaAllah, tak payah masuk asrama. Duduk rumah, Mama jaga ok. Nak makan apa, nanti Mama masak. Huhuhuu...

Tuesday, January 26, 2016

Iman cerai susu

Hari ni Iman genap 2 tahun 3 bulan. Guess what?? Dah 10 hari Iman putus susu! Yes, no more breast milk for Iman. No more nenen. Phewww... At last. Oh ya Iman memang panggil nenen. Kalau susu maknanya susu botol.

Sebenarnya aku takde plan beriyer pun nak ceraikan Iman dengan susu badan. Ntah kenapa, tetiba pagi Ahad 17/1, ketika Iman mintak nak nen, terus terdetik cuba lah letak asam jawa. Calit asam jawa extra,  pastu bagi la Iman nen.  Dia hisap sekejap, terus buat muka macam orang nak muntah. Cepat² suruh dia minum air. Dia tengok sebelah lagi ada calitan asam jawa gak, tak jadi nak nen. Pastu dia ada la dia mintak, tapi bila tengok ada asam jawa tu, dia tak nak.

Alhamdulillah, walaupun tak dapat nen sepanjang hari tu, takde la Iman mengamuk. Malam hari, Iman tidur sendiri tanpa nenen. Malam pertama tu, Iman bangun 3x & nak nenen. Aku kata tak sedap, dia nak gak. Bagi je la. Dia hisap pastu terus buat muka. Aku suruh dia tidur balik & alhamdulillah elok je dia tidur balik. Memang sungguh dipermudahkan perjalanan putus susu Iman ni. Iman cuma mengamuk sekali je iaitu pada malam kedua, tu pun dah pukul 6 pagi. Dia seolah² mengigau sebab pas aku dukung dia, bawak turun, elok plak diam. Pastu bawak naik atas balik, elok sambung tidur.

My tips for weaning off - prepare mentally, be determine & strictly consistent. Ibu kene betul² bersedia dari segi mental. Tak perlu emosi. Mungkin Iman ok, rilek je sebab aku memang takde perasaan sedih ke apa. Bagi aku, memang dah sampai masanya Iman berhenti susu badan. Dah 2 tahun kan. Jadi tak payah nak sedih² & berdrama. Maybe mother's emotion will reflect to baby since there's bonding between them. So kalau ibu sedih, mungkin anak pun akan sedih & beremosi. Mungkin lah kan sebab aku selalu baca susahnya nak putus susu, si ibu sedih,  anak plak mengamuk. Satu lagi, bila dah mula teruskan saje. Jangan nak bagi sikit² ke. Kene rajin la calit & pastikan susu tu sentiasa tak sedap ;-). Tak boleh mengelat.

Cuma masa mula² tu aku risau gak sebab selama ni Iman bila dengan aku memang taknak susu botol. Bila putus susu ni, dia masih taknak botol bila dengan aku. Maknanya kalau cuti, sepanjang cuti tu lah dia langsung tak minum susu. Tapi bila tengok dia tidur ok je, ok la tu. Rasanya memang susu badan pun dah cair selama ni macam air je. Jadi takde beza pun. Malam tadi Iman pukul 8 dah tidur. Pukul 4:30 dia bangun mengamuk sikit. Aku tanya nak susu tak, dia jawab taknak. Pastu dia kata nak air. Bagi air kosong, terus mata kuyu balik & sambung tidur.

Alhamdulillah, sejak berhenti susu badan ni, biasanya Iman tidur lena sepanjang malam. So yes, I'm one happy mom... :-D. Tapi takde la lena sangat sebab si kakak masih bangun malam minta susu. But certainly better than before. Dulu, biasanya Iman akan bangun 3x nak nenen & mengempeng. Kadang² sampai sakit belakang dibuatnya & malam² buta bukan Iman yang mengamuk, Mamanya ni yang mengamuk sebab geram dengan Iman yang nak mengempeng. Nak buat keje macam memasak pun senang. Takde lah masa sibuk² di dapur tiba² datang budak kecik ni merengek nak nenen. Ohh it's like having a new kind of freedom. Hahaa. So yes, one of my 2016 resolutions has accomplished.

Iman, tepat sebulan yang lalu.


©2016 Posted from my Galaxy Note 8.0

Saturday, January 17, 2015

Kindy Hunter: Part 2


Rindunya nak menulis! Sungguh! Ok tak payah lah nak intro sangat. Fokus.

Ketiga² kindy yang aku survey, each has their own pros & cons. No ideal kindy. Pening kepala jadinya. My plan is to send Honey to the kindy for half day only. After the class has finished, Honey will be transferred to her current day care.

Ar Rayyan: We love the environment. It's located at a 2-storey bungalow house, with spacious outdoor space. However, I'm not satisfied with the syllabus. Iqra' is not part of the syllabus. They do offer the the subject but only after the class. Then, for students under a half day program, during school holidays, no half-day day care for them.

Dzul Iman: It has separate branches for 4yo & above. Hence, when Iman turns 4yo & Honey is 6yo, they still can't go to the same kindy. For 4yo, it's located at 1-storey semi-D house while for 5 & 6yo, it's located at 2-storey semi-D house. I don't really like both locations. Both areas seem a bit compact that I feel I might have a problem to park my car in order to drop or pick up the kid. The syllabus & environment are ok. My neighbour sends their kid here & they're satisfied with her progress.

Little Caliph: The branch here is new. Hence, the teachers might be new with new setup. It's located at the 1st floor of a shoplot. So there'll be no outdoor space. However, I like the location which is near to Honey's day care. Even it's located at shoplots area, the area is not busy. No problem to park cars. The syllabus is ok & I think TLC program is already well established since it has many kindergartens under the program.

The annual & monthly fees for all the kindergartens are more or less the same. The opening hours for half-day program are almost thr same too. So these won't be the factor for my selection.

Actually, I did survey 1 more kindy because I received the pamphlet inside the post box. I went there alone. The fee I'd say significantly cheaper compare to those 3 kindergartens. The environment is ok. However, I sticked to those 3 as my options.

Just like 'House Hunter' TV series, I need to eliminate 1 1st. Hmmm, after thinking thoroughly, I eliminate Ar Rayyan from my option due to least attractive syllabus & no day care for half day programme during school holidays.

Ok, next episode I'll reveal my choice ;).


©2015 Posted from my Xperia Z

Monday, December 01, 2014

Growing Up

Tetiba teringat suatu ketika di mana apabila keluar rumah, Honey akan membawa anak patung bersama. Bukan setakat 1, kadang² 3 sekali dibawanya. Penuh tempat duduk belakang dengan anak patung. Tapi ni bukan anak patung yang macam Barbie tu, more to teddy bear actually or soft dolls. Biasanya yang akan dibawa ialah Minnie, Bear & Bean. Ya, itu nama² yang dipanggil. I don't have the photo though. Too lazy to go upstairs.

Biasanya kami keluar rumah untuk ke taman permainan & makan. Bila nak pergi makan, Honey nak bawa anak² patungnya bersama. Kami hanya akan membenarkan 1 sahaja. Anak patung tu akan duduk di kerusi juga.

Satu hari tu kami ke KFC Serdang. Ya, jauh kami pergi untuk makan KFC, semata-mata sebab malas nak masuk shopping mall. Hari tu, Minnie makan bersama kami. Masa nak balik, ketika dalam kereta, tiba² Honey dok bising "Ni,  ni,  ni...". Mungkin kerana kekenyangan, kami lambat picked up apa yang cuba disampaikan oleh Honey. Suddenly, I was like, "Minnie!".  Tergesa² lah JD keluar dari kereta & masuk semula ke KFC. Walau bagaimanapun, Minnie tidak dijumpai. Honey dah sedih dah bila tau Minnie tak ada.

Rupa²nya Minnie ada dalam handbag aku. Mesti masa masukkan Minnie dalam handbag, aku dalam mode auto-pilot. Ya lah, Honey tau bawak je makan sekali, tapi masa balik tak peduli pun. Aku ni lah tukang kutip. Nasib baik ada handbag besar yang boleh muat.

Lucu pula bila teringat balik. Now Honey mungkin dah lupa pada Bear, Bean, Jubbi & Minnie. Tiada lagi anak patung makan bersama² kami.

One day, it'll come the day Honey stop requesting me to lie next to her & cuddle her when she wants to sleep. There'll be the day no more spending the evening at a playground or swimming pool. Now I feel it. Don't grow up too fast, dear. But, I'm certainly looking forward for the day Honey stop wearing diapers.


©2014 Posted from my Galaxy Note 8.0

Saturday, November 01, 2014

Kindy Hunter: Part 1

On Monday, 13th of Oct, me & JD took a leave to settle a few things. Alang2 dah dua2 cuti, ajak JD survey tadika sekali. Jumaat sebelumnya, I called the kindies to get some basic ideas on what to expect. There were 3 kindies that I was interested with.

1. Ar Rayyan
2. Dzul Iman
3. Little Caliph

Asalnya nak tengok yg no 1 & 2 je. Ada tadika lain di kawasan perumahan aku ni, tapi kurang berminat pula. Yang no 3 tu aku tau ketika pulang rehat hari Jumaat yang sama. Ketika singgah ke kedai,  ternampak banner yang tadika ini akan dibuka untuk sesi 2015. Terus telefon nombor di banner & membuat temujanji untuk melawat tadika yang sama di kawasan perumahan yang berdekatan.

See, when I said I have lots of things on my mind, I wasn't exaggerating. Nak fikir kenduri, tadika Honey lagi... macam2 lah.

Hari Isnin seawal 7:15 pagi kami keluar rumah. Hantar anak2 dulu ke taska & terus menyelesaikan urusan rasmi yang telah dirancang. Selesai urusan & sarapan pagi, kami pun memulakan operasi survey kindy.

Kita sambung di part 2 k...
😆😏

Wednesday, October 29, 2014

Papa or Mama?

Out of blue, suddenly I heard Honey shouted at JD...

Honey: Papa, Honey yak!

Hmm... Good, I decided to ignore them.

JD: Honey yak? Biasa kalau Honey yak, Honey cari sape? Sape basuh yak Honey? Honey: Mama!

Still ignoring them. I wished I was invisible.

JD: Ha... Mama mana?
Honey: Ni...

I didn't look.

JD: Habis, tu sape?
Honey: Papa!

Even I didn't look, just by listening to the conversation I knew that Honey had twisted the fact by saying that JD was Mama instead of me & JD was trapped. I started giggling. However, JD wouldn't give up so easily.

JD: Kalau camtu suruh Papa lah...

Honey came to me & called me Papa. It was hard to ignore the grin on her cheeky  face. I laughed & she joined me. Pandai dah mengenakan orang, budak kecik ni.

If you're wondering who did clean up Honey afterwards, yes I did. Actually Honey still insisted JD to clean her up. Usually it was my job, but I guessed Honey just felt like she should give JD the 'opportunity'. But a mom will always be a mom, I offered myself cos setakat basuh yak anak, apa lah sangat kan. No sweat. 😷😂😅


©2014 Posted from my Xperia Z

Wednesday, August 27, 2014

Tentang Iman

Semalam, genap umur Iman 10 bulan. Hari ini, mungkin hari terakhir aku menghantar EBM ke taska untuk Iman. Esok mungkin bermula hanya susu formula sebagai bekalan.

No more EBM stock in my fridge. 0! Still, I'm not ready to actually wean off Iman. Hope I can still breastfeed her even for just half the day until at least she's 1 year old. Huhuu... So I guess these 2 months will be a new chapter.

Well about Iman, alhamdulillah generally she's 1 healthy &  calm baby. Tak banyak ragam. Of course at 10 months old she's already crawling & standing up by holding to something. In fact she started crawling, betul2 merangkak, not just mengesot at 6 or 7 months old. Sekejap je Iman mengesot.

Gigi baru tumbuh 3 batang. 2 di atas & 1 di bawah. Alhamdulillah, looks like Iman doesn't have major teething problem like keep crying at night or frequent high fever.

Sama seperti Honey, Iman tak lah kuat makan. Nak makan ikut mood, kene pandai pilih timing & kalau makan pun tak banyak.

Last checkup was on 14/8. Her weight was 6.8kg. Ringan, tapi masih ok.

Iman ni mulut dia bising & kuat. Di rumah, suka juga mengacau Honey. Kalau dia tak kacau Honey, Honey pula yang kacau dia. Pantang kalau benda yang dia sedang main diambil. Pasti mengamuk. Masih lagi ada masalah separation anxiety especially di waktu pagi. Mesti menangis kalau aku hilang dari pandangan.

Apa pun, Iman adalah seorang bayi yang comel. Huhuu... Puji anak sendiri.

Kita comel ke??
Anak Mama, mesti lah comel...

© Posted from my Xperia Z

Saturday, May 10, 2014

A Special Day For Mothers

Tomorrow is a mother's day. I guess now everybody understands that as Muslims it's ok to celebrate the day, with intention to make our mothers happy.

Now, I'm a mother of 2. A mother to a 2.5 years old toddler & a 6 months old baby, both girls.

-----------------------------

Ok today is Mother's Day. Yup I wrote the above paragraphs yesterday & somehow distracted & abandoned the drafted post.

Let's continue...

I meant to make a sweet post especially regarding my mother & all moms generally. But I guess, I'm not so in poetic mode right now, that I don't have enough words to describe how special Mak is. She is indeed. Despite her flaws, I wish I could be half she is. Cook a delicious home made meals for my children, always ensure the house is tidy & organize, wash the laundry & fold all the clothes, & the most important thing - support & always be there for my children. If I'm able to do that, without ashame I'd claim myself a supermom.

We maybe not supermoms, but I believe we mothers are superwomen. No matter how tired we are with the office work, we still come home, forget the tiredness & attend to our children's needs. There's no such thing like leave-me-alone-I-wanna-rest. For stay-at-home moms, you raise the children yourself, all of your time is dedicated to your children even if you're sick, but never get bored. Salute to you.

To all women who long to be mothers, but haven't had the opportunity (yet), maybe you're single or married with no children, hang in there, keep on praying. The time will come & it'll be the best time. Have faith. After all, the long itself makes you a mother inside.

Happy Mother's Day to all of us!



Honey


Iman


A happy mother

Saturday, March 08, 2014

My~Dear Sale

After 2 years, last Saturday we went My~Dear Warehouse Sale for the 2nd time.


Dah seminggu, sale pun dah nak habis, baru nak cerita.

Memang tertunggu² sale kali ini kerana dah target nak beli safety gate. 2 tahun yang lalu pun beli safety gate, tapi itu untuk letak di tangga bahagian bawah.


Safety gate di tingkat bawah. Honey ketika kecil yang memang tak puas hati tengok gate tu.

Kali ni nak letak di tingkat atas pula.


Ada gate di tingkat atas, mudah sikit kami nak bersiap pergi kerja. Boleh tinggalkan pintu bilik terbuka. Kalau Honey bangun tidur, tak bimbang dia akan turun bawah sendiri. Kalau aku di bawah, Hani panggil pun boleh dengar sebab pintu bilik tak tertutup.

Biasalah target safety gate, terbeli juga benda lain.


Tapi Honey tak mau main dalam rumah mainan ni. Dia tak reti lagi main pondok². JD pun dah cakap dia nak simpan, tunggu Honey besar sikit baru pasang balik. I think that's better. Bila Honey & Iman dah besar, mesti diorang seronok ada rumah mainan ni.

Tuesday, February 25, 2014

Pengalaman Bersalinkan Iman

Seperti ketika bersalinkan Honey, aku memilih Hospital~Putrajaya di bawah skim FPP untuk bersalinkan Iman. Masih memilih Dr~Hamidah. Aku dimasukkan ke wad pada pukul 4pm hari Jumaat, 25/10/2013 setelah ada pendarahan & contraction. Ini adalah pengalaman baru bagi aku sebab ketika bersalinkan Honey, aku tidak merasai tanda2 kelahiran. Agak panik sikit bila melihat darah yang keluar & merasakan contraction. Ketika itu bukaan baru 2cm

Selepas Maghrib, contraction semakin kuat. Memang tak mampu untuk tidur atau berehat kerana asyik beralih posisi bagi menahan kesakitan. Aku dapat rasakan lambat lagi bersalin sebab contraction berlaku dalam 8-10 minit sekali. Tak dapat bayangkan macam mana sakitnya kalau betul² dah hampir bersalin. Aku siap google adakah normal sakit yang aku rasai ketika itu. Dapat aku rumuskan, kalau kembar darah memang sakit.

Dalam pukul 9 rasanya, seorang jururawat datang. Melihat muka aku yang berkerut, dia bertanya sakit ke. Aku mengiyakan. Jururawat tersebut memberitahu dia akan memanggil doktor untuk membuat VE (vaginal examination). Tak lama kemudian datang seorang doktor perempuan bertanya aku tak kisah ke doktor lelaki untuk VE kerana disebabkan aku under FPP, hanya doktor pakar senior yang dibolehkan & yang bertugas pada malam itu hanya doktor lelaki. Aku jawab kisah, kalau boleh nak doktor perempuan juga.

Dalam pukul 10:00 aku telah dipanggil untuk VE. Pemeriksaan telah dijalankn oleh doktor perempuan yang bertugas di Dewan Bersalin. Bukaan dah 4cm. Aku terus meminta epidural. Pukul 11, aku telah dihantar ke Dewan Bersalin menggunakan kerusi roda. Di Dewan Bersalin aku ditempatkan di dalam bilik bersalin. Dr Hamidah melakukan VE. Katanya mungkin pukul 4am aku akan bersalin. Malam itu aku bermalam di bilik bersalin.

Ketika itu contraction makin kerap, dalam 6-8 minit sekali. Sakitnya begitu intense & lama. Rasanya seperti perut, abdomen & punggung ditarik/direntap dari pelbagai arah. Badan penat, mata mengantuk tetapi untuk tidur adalah mustahil dengan contraction yang dirasai tika itu. Pukul 1am, seorang doktor lelaki muda datang & bertanya berat & tinggi aku serta mengambil carta CTG. Akhirnya, pukul 2am doktor pakar bius datang untuk memasang catheter bagi epidural. Alhamdulillah kesan epidural cepat dirasai. Ya Allah, lega sungguh rasanya. Syukur sangat. Dah tak sakit barulah boleh tidur.

Nyenyak sungguh aku tidur sehinggalah pukul 4am, JD datang. Tiada doktor melakukan pemeriksaan. Kerana terlalu mengantuk, tak larat nak fikir, aku tertidur semula & bangun pukul 6:15. JD yang menemani aku dari pukul 4am tadi juga turut terjaga dari tidur. Dr~Hamidah datang pukul 6:30 rasanya & melakukan VE. Beliau memberitahu, bukaan aku lambat & mungkin tak sempat sambut baby kerana beliau ada urusan lain pada pukul 11. Doktor pakar lelaki akan menggantikan beliau. Aku memberitahu tidak mahu doktor lelaki.

Pukul 7am, aku telah di'induce' bagi mempercepatkan kelahiran. Alhamdulillah, pukul 8:30 bukaan sudah 6cm. Pukul 9am, doktor memberitahu dah buka 9cm. Kerana kesan epidural, aku tidak merasa sakit tetapi ada rasa seperti ingin membuang air besar. Akhirnya tepat pukul 10:06am, Iman selamat dilahirkan dengan bantuan vakum setelah beberapa kali push.

Alhamdulillah, bukan sahaja Dr~Hamidah sempat menyambut kelahiran Iman, malah sempat menyudahkan jahitan. Pukul 10:50am, selesai semuanya.

Mungkin bagi sesetengah orang takde lah sakit sangat nak bersalin. Aku kira itu bahagian masing². Tak perlu lah kita mempertikaikannya. Yang penting, pengalaman bersalinkan Iman adalah antara kenangan paling manis dalam hidup.

Next post, I'll write about the comparison between cesarean operation & normal delivery based on my experience.

Monday, February 10, 2014

Rumble Tuff Serene Express VS Medela Freestyle

Rumble Tuff Serene Express (RT)...


Medela Freestyle (FS)...



Pics are googled.

This review is solely from my experience.

Bertambah ke production EBM (expressed breast milk) bila pakai FS?

1st time pakai FS which was on Monday, 20/1, 1st time pam dapat 5oz. Of course la suka hati kan. But then, dapat 3oz je. Ni for both breasts tau & after power pumping. Keesokan harinya, production makin kurang. Dapat 2 - 3oz aje. Hari Rabu, cuma dapat 2oz. So, that was it. I decided to take pills. Tak larat nak stressed tengok hasil skit. Dah lah hari Jumaat tu nak naik keje. Semangat ni nak buat stok.

So I guess, we can conclude that it's not about the pump. Mahal ke, murah ke, bergantung kepada tuan punya badan jugak.

Ok tu dari segi production susu. Lebih kurang sama je. Tapi semestinya lah kalau buat double pumping susu lagi lebih.

Dari segi masa mengepam, memang FS la menang since I can do double pumping easily & comfortably.

I think the handsfree kit really defines the FS pump. It does work as expected & really comfortable to wear. Some people said agak leceh nak pakai handsfree tu. Bagi aku, aku rela take a few minutes to adjust the handsfree daripada kene pegang pam.

Selain daripada boleh freestyle, aku suka FS ni sebab parts dia besar² & semua reachable untuk dibasuh. Takde part yang kecik atau ruang yang susah nak diberus.

Yang lain, actually lebih kurang je dengan RT. RT wins in term of features since we can set an alarm. Dua² tak sakit bila mengepam. Bunyi pun lebih kurang sama.

Most importantly, of course RT wins in term of the price. It's really affordable compare to FS.

Kesimpulannya, from my point of view..

Kelebihan RT:
> Less expensive.
> Closed system.
> Swift & natural expression.

Kelemahan RT:
> No handsfree kit.
> Ada part yang kecil & susah nak basuh.

Kelebihan FS:
> Handsfree kit that really works.
> Part yang besar & senang dibasuh.
> Comes with rechargeable battery that lasts long.
> Motor lebih kecil, senang nak pegang & boleh sangkut kat pinggang seluar/kain.

Kelemahan:
> Mahal gila.
> Opened system.

So, which one is the winner?

Bila fikir soal harga, aku rasa seri. Tak boleh lah nak expect RT works exactly like FS tapi dengan harga yang jauh lebih murah kan. RT pun tak banyak kekurangan compare to FS, so actually RT can win. Kalau beli handsfree kit, I'd recommend Pumpin'~Pal, & if the handsfree kit actually works, RT will absolutely is the winner.

Kalau tolak soal harga, FS is the winner. I'm not really convinced other handsfree kit will work as good as FS. The pump stays, tak risau nak bergerak ke sana sini. Tunduk sikit pun takpe. Part yang besar² & senang dibasuh is the biggest advantage. Apa pun, I'd say, by using FS there's less hassle to pump & wash afterwards. Memang sesuai untuk orang yang kurang rajin macam aku ni tapi perlu jadi pengepam tegar sebab production susu yang kurang lumayan. Takpe lah, sikit pun rezeki juga. Alhamdulillah.

I'd say, dua² memang berbaloi beli. Since dah ada FS, as in the previous post, I'd like to let go the RT. Check the previous post ok kalau berminat nak beli preloved RT breast pump-duo.

Tuesday, February 04, 2014

Rumble Tuff Electric Breast Pump Duo to let go

Hari tu excited semacam introducing this pump as my new toy. La ni nak jual plak? Mesti ada something wrong.

No, no... takde masalah pun pam ni. Yang bermasalah ialah aku. Ok kita lupakan sekejap masalah aku tu. Let's talk about apa yang bestnya pam ni.

Memang ringan. Ada timer yang membolehkan kita tau da berapa lama kita pam. Dulu, masa pakai Spectra~3, bila nak start pumping je kene tengok jam dulu. Kadang² terlupa nak tengok jam masa start, terpaksa la agak² je. Tak pun, guna timer henpon. With this RT pump, on aje, the LCD displays the timer. Boleh set alarm gak untuk next pumping session & boleh save into memory. Tapi yang alarm & memory ni aku tak pernah cuba. Tak habis explore lagi.

Dari segi expression, mula2 dia akan stimulate for 15 seconds using reflex expression, then automatic change to swift expression. Pastu boleh tukar ke natural expression or toggle between them ikut kesesuaian kita. I like both expressions, swift & natural, so just pilih ikut mood aje. From my experience, dua2 boleh hasilkan LDR (let-down reflex). Ada 8 level expression. Biasanya aku guna level 4 atau 5 je.

Paling penting, RT ni closed system. Tak perlu risau air masuk tiub & merosakkan motor.

Overall aku puas hati dengan pam ni & I still remember the 1st time I used the pump. I was really impress with the features & the soft smooth expression.


Preloved Rumble Tuff

Cuma satu je masalah. Pam ni tak datang dengan handsfree kit. So, instead of double, I just used single pumping. Tak reti nak pegang dua² pam dengan 1 tangan. Pernah cuba sekali, rasa sangat tak selesa. Nak cuit hidung pun tak boleh sebab dua² tangan dok pegang pam.

Masalah aku adalah sebulan sebelum masuk kerja, I found out production susu tak semeriah mana walaupun dah makan macam² & spent sejam buat power pumping alternate left & right. Rasa macam hampir demotivated. So I thought I really need to do double pumping. Lagipun terfikir bila naik keje nanti, there are lots of work waiting for me. I don't think I have so much ample time to pump & single pumping certainly is not the option for a long term.

Memang ada jual handsfree kit yang boleh pakai untuk apa² jenis pam like Simple~Wishes & Pumpin'~Pal. Aku hampir nak membelinya. Tapi bila baca review kat Amazon, ada yang kata tak ok. Kalau beli gak & turns out it doesn't work as expected, mau terus merudum semangat. I desperately need a motivation.

So, I needed that breastpump & I just couldn't get the idea out of my head. Seemed like it was the only solution. Setelah berfikir sedalam²nya, buat kira², akhirnya seminggu sebelum aku masuk kerja, I decided to close my eyes & buy that pump...


Medela~Freestyle! Now no more problem to perform double pumping.

Aku anggap ini rezeki Iman. Duit boleh dicari selagi hidup tapi tempoh penyusuan susu ibu hanya 2 tahun. So let's seize the moment. Lupakan keinginan yang lain. InshaAllah will try my best to maintain the production for Iman's sake.

Ok back to the RT, special price untuk para pembaca sekalian... macam la ada reader blog ni ya. Ok to the reader & those who stumble upon this blog, RM330 (tidak termasuk postage) for full set of the pump. The price is negotiable. Pam hanya digunakan selama 2 1/2 bulan, tu pun bukan tiap² hari. All the components are in good condition & packed into the original box just like brand new. Even plastic kat LCD display pun tak cabut lagi. Silicone cushion hanya pernah pakai sekali, tu pun sebelah aje. Valve & o-ring spare tak pernah pakai lagi. Warranty until Sept 2014. Boleh COD area Putrajaya, Bangi & Kajang.

Kepada yang berminat boleh email ke yusslida@gmail.com atau whatsapp ke no. 0134785739.


Next post I'll write about RT vs. Medela FS. Tunggu...

Thursday, January 23, 2014

All of us are good moms. Don't judge!

To the mom who's breastfeeding: Way to go! It really is an amazing gift to give your baby, for any amount of time that you can manage! You're a good mom.

To the mom who's formula feeding: Isn't science amazing? To think there was a time when a baby with a mother who couldn't produce enough would suffer, but now? Better living through chemistry! You're a good mom.

To the cloth diapering mom: Fluffy bums are the cutest, and so friendly on the bank account. You're a good mom.

To the disposable diapering mom: Damn those things hold a lot, and it's excellent to not worry about leakage and laundry! You're a good mom.

To the mom who stays home: I can imagine it isn't easy doing what you do, but to spend those precious years with your babies must be amazing. You're a good mom.

To the mom who works: It's wonderful that you're sticking to your career, you're a positive role model for your children in so many ways, it's fantastic. You're a good mom.

To the mom who had to feed her kids from the drive thru all week because you're too worn out to cook or go grocery shopping: You're feeding your kids, and hey, I bet they aren't complaining! Sometimes sanity can indeed be found in a red box with a big yellow M on it. You're a good mom.

To the mom who gave her kids a homecooked breakfast lunch and dinner for the past week: Excellent! Good nutrition is important, and they're learning to enjoy healthy foods at an early age, a boon for the rest of their lives. You're a good mom.

To the mom with the kids who are sitting quietly and using their manners in the fancy restaurant: Kudos, it takes a lot to maintain order with children in a place where they can't run around. You're a good mom.

To the mom with the toddler having a meltdown in the cereal aisle: they always seem to pick the most embarrassing places to lose their minds don't they? We've all been through it. You're a good mom.

To the moms who judge other moms for ANY of the above? Glass houses, friend. Glass houses.

Source: "Mother's Notebook" FB page

Friday, January 17, 2014

1st Day

This Monday will be the 1st day I send Iman to the day care. Alhamdulillah, kali ni perasaan lebih tenang. Mungkin kerana dah biasa dengan taska tu & cikgu2nya. They are no longer stranger to me like when I 1st sent Honey to the day care.

Still I feel nervous. Kali ni nervous sebab Iman biasa menyusu badan. Nasib baik Iman takde masalah menyusu botol. Cuma nampak lah dia lagi suka menyusu badan. Aku bagi botol pun sekali sehari je, tu pun malam. Sekadar melatih Iman menggunakan botol. Tak pernah lagi sepanjang siang menyusukan hanya dengan menggunakan botol. So tak tau lah camna penerimaan Iman.

Another challenge is packing for 2. I'm like should I use 2 bags or should I just compress everything into a single bag. I prefer the later since there will be another bag which is cooler bag to store my EBM.

At the same time, I'm a bit excited too since packing EBMs is a new experience to me. I really wanna write about my breastfeeding journey with Iman so far. Tak tau lah bila.

One more thing, it must be weird for Honey to have her lil sis at the day care as well. Am looking forward to see her reaction.

Monday, December 23, 2013

Tuk tuk

Iman

Anyone home???

Lama da tak update blog. Bukan taknak update, tapi my favourite android app for blogging ada masalah, asyik forced close. Tu yang blog tak berupdate. So akhirnya, I think kene la pakai app lain walaupun tak sebest app yang problem tu. So I'm back!

Life as a mother of 2 has been quite hectic & tiring, I must say. Apa lagi bila anak tu manja. Honey la tu. Luckily, Iman is a good baby. Kadang2 meragam, tapi tak la selalu. There were times, 2 minggu jugak la, Iman tak  mau tido malam. Memang mencabar waktu tu. Now, alhamdulillah, it has over. Honey plak wants more attention from me. Asyik2 Mama. Tak mau Papa, nak Mama gak. Sabar je lah... anak kan.

Ok lah, I end the blog dengan gambar Honey & Iman.


Posted from my henpon

Sunday, October 27, 2013

Assalamualaikum...

Welcome to the world, Purple Jr The 2nd...


She was born yesterday, Saturday, 26-10-2013, 21 Zulhijjah 1434H, at 10:08am.

A new experience, so different compare to the experience delivering Honey.

She's at NICU rite now. Hope she can be discharged today. Since I was pregnant, I do believe that she's one tough baby. So, I'm optimist that she's gonna be alrite. However, as a mom, of course I can't help feeling sad & worried despite that her progress is +ve as the doctor said.

My dear lil baby, my another bundle of joy, of course your sis Honey is another one, I love u so much. Welcome to my world!

Sunday, August 25, 2013

Less Than 2 Months

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hello, hello, hello...

Tinggal kurang daripada 2 bulan aku akan dijangka bersalin. Nervous, at the same time excited. Nervous sebab inshaaAllah this will be my 1st experience having a normal labour. Excited sebab tak sabar2 juga untuk tidak berperut buncit seperti sekarang. Perut kali ni jauh lebih besar daripada ketika mengandungkan Honey dulu, di mana sedikit sebanyak agak menyukarkan pergerakan. Atau pun aku yang tak fit sebagai ibu mengandung. Ntah lah.

Maknanya kurang 2 bulan juga Honey akan berumur 2 tahun. Honey masih lagi bangun malam untuk menyusu. Tidur pun masih celah ketiak. Kalau tak celah ketiak, suka menghimpit. Nak buat camna, budak manja. Memang manja sungguh. This is one of the things that makes me nervous. Tak tau lah camna penerimaan Honey bila ada adik nanti, bila Mama & Papa tak dapat tumpukan perhatian kat dia macam sekarang.

Dari segi persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua ni, agak slow sikit. Alhamdulillah, baju dah beli. Tapi botol susu, breast pump & set berpantang belum beli lagi. Nasib baik barang2 lain just recycle yang Honey punya. Hari tu cakap nak buat post pasal breast pump, tapi nampak gayanya masa masih belum mengizinkan.

Ok, till next time...