Seperti ketika bersalinkan Honey, aku memilih Hospital~Putrajaya di bawah skim FPP untuk bersalinkan Iman. Masih memilih Dr~Hamidah. Aku dimasukkan ke wad pada pukul 4pm hari Jumaat, 25/10/2013 setelah ada pendarahan & contraction. Ini adalah pengalaman baru bagi aku sebab ketika bersalinkan Honey, aku tidak merasai tanda2 kelahiran. Agak panik sikit bila melihat darah yang keluar & merasakan contraction. Ketika itu bukaan baru 2cm
Selepas Maghrib, contraction semakin kuat. Memang tak mampu untuk tidur atau berehat kerana asyik beralih posisi bagi menahan kesakitan. Aku dapat rasakan lambat lagi bersalin sebab contraction berlaku dalam 8-10 minit sekali. Tak dapat bayangkan macam mana sakitnya kalau betul² dah hampir bersalin. Aku siap google adakah normal sakit yang aku rasai ketika itu. Dapat aku rumuskan, kalau kembar darah memang sakit.
Dalam pukul 9 rasanya, seorang jururawat datang. Melihat muka aku yang berkerut, dia bertanya sakit ke. Aku mengiyakan. Jururawat tersebut memberitahu dia akan memanggil doktor untuk membuat VE (vaginal examination). Tak lama kemudian datang seorang doktor perempuan bertanya aku tak kisah ke doktor lelaki untuk VE kerana disebabkan aku under FPP, hanya doktor pakar senior yang dibolehkan & yang bertugas pada malam itu hanya doktor lelaki. Aku jawab kisah, kalau boleh nak doktor perempuan juga.
Dalam pukul 10:00 aku telah dipanggil untuk VE. Pemeriksaan telah dijalankn oleh doktor perempuan yang bertugas di Dewan Bersalin. Bukaan dah 4cm. Aku terus meminta epidural. Pukul 11, aku telah dihantar ke Dewan Bersalin menggunakan kerusi roda. Di Dewan Bersalin aku ditempatkan di dalam bilik bersalin. Dr Hamidah melakukan VE. Katanya mungkin pukul 4am aku akan bersalin. Malam itu aku bermalam di bilik bersalin.
Ketika itu contraction makin kerap, dalam 6-8 minit sekali. Sakitnya begitu intense & lama. Rasanya seperti perut, abdomen & punggung ditarik/direntap dari pelbagai arah. Badan penat, mata mengantuk tetapi untuk tidur adalah mustahil dengan contraction yang dirasai tika itu. Pukul 1am, seorang doktor lelaki muda datang & bertanya berat & tinggi aku serta mengambil carta CTG. Akhirnya, pukul 2am doktor pakar bius datang untuk memasang catheter bagi epidural. Alhamdulillah kesan epidural cepat dirasai. Ya Allah, lega sungguh rasanya. Syukur sangat. Dah tak sakit barulah boleh tidur.
Nyenyak sungguh aku tidur sehinggalah pukul 4am, JD datang. Tiada doktor melakukan pemeriksaan. Kerana terlalu mengantuk, tak larat nak fikir, aku tertidur semula & bangun pukul 6:15. JD yang menemani aku dari pukul 4am tadi juga turut terjaga dari tidur. Dr~Hamidah datang pukul 6:30 rasanya & melakukan VE. Beliau memberitahu, bukaan aku lambat & mungkin tak sempat sambut baby kerana beliau ada urusan lain pada pukul 11. Doktor pakar lelaki akan menggantikan beliau. Aku memberitahu tidak mahu doktor lelaki.
Pukul 7am, aku telah di'induce' bagi mempercepatkan kelahiran. Alhamdulillah, pukul 8:30 bukaan sudah 6cm. Pukul 9am, doktor memberitahu dah buka 9cm. Kerana kesan epidural, aku tidak merasa sakit tetapi ada rasa seperti ingin membuang air besar. Akhirnya tepat pukul 10:06am, Iman selamat dilahirkan dengan bantuan vakum setelah beberapa kali push.
Alhamdulillah, bukan sahaja Dr~Hamidah sempat menyambut kelahiran Iman, malah sempat menyudahkan jahitan. Pukul 10:50am, selesai semuanya.
Mungkin bagi sesetengah orang takde lah sakit sangat nak bersalin. Aku kira itu bahagian masing². Tak perlu lah kita mempertikaikannya. Yang penting, pengalaman bersalinkan Iman adalah antara kenangan paling manis dalam hidup.
Next post, I'll write about the comparison between cesarean operation & normal delivery based on my experience.
No comments:
Post a Comment