Tuesday, March 26, 2013

Selamat Pulang

Alhamdulillah, hari Ahad yang lalu jam 2 petang, penerbangan dari Jeddah yang membawa kami pulang selamat mendarat di KLIA. Ketika itu aku masih dalam keadaan sihat cuma batuk agak bertambah teruk.

Sampai di rumah, pada malam harinya, mula diserang demam panas. Cuba bertahan daripada makan ubat kerana mengenangkan kandungan. Ketika ini, kandungan sudah berusia 10 minggu.

Alhamdulillah, hari ini demam sudah beransur baik, badan dah tak panas. Cuma masih terasa lemah. Mungkin sebab tak selera makan.

Apa pun aku bersyukur kerana sepanjang di Madinah & Mekah, Allah telah mengurniakan kesihatan yang baik & selera yang seadanya. Kalau kat Malaysia sebelum pergi tu, perut ni tak boleh lapar skit, mula lah kebulur macam sehari tak makan. Bawak kereta cari makanan pun terasa lemah sebab lapar sangat. Tapi di sana, perut ni rilek aje. Kadang2 lupa yang aku sedang mengandung. Apa lagi, mabuk pun tak.

Sampai di KLIA, apabila melihat wajah yang amat dirindui, terus bercucuran air mata ni. Rindu yang amat sangat pada si kecil yang comel ni...


Nasib baik dia masih ingat aku. Walaupun cuma 11 hari, terasa Honey sudah semakin matang. Berjalan pun sudah mahu dipimpin tangan. Kalau dulu suka berjalan sendiri, takpun sibuk nak tolak stroller gak.

Moga2 diberi kesempatan & ruang masa untuk mencoretkan kisah umrah di sini. InshaaAllah.

Thursday, March 14, 2013

Labbaikallah..

InshaaAllah, beberapa minit lagi aku & Mak, Kak Ty, Mak Long & Pak Anjang akan bertolak untuk mengerjakan umrah.

Perasaan bercampur-baur. Tentunya sedih kerana terpaksa meninggalkan Honey. Pada masa yang sama, gembira, takut & pelbagai lagi.

Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai dugaan khasnya berkenaan dengan permohonan visa, akhirnya aku di sini sedang menunggu penerbangan.

Nampaknya kami pun sudah dipanggil untuk memasuki kapal terbang. InshaaAllah, semoga perjalanan ini diredhai & dilindungi Allah SWT.

Friday, March 08, 2013

Hadiah Hari Jadi

Pada 18/2 yang lalu, hari jadi JD. 2 tahun yang lalu, aku buat surprise dengan hadiah yang memang ditunggu oleh kami berdua iaitu Honey was conceived. Setahun yang lalu, majlis aqiqah Honey telah diadakan pada tarikh yang sama.

Tahun ni sekali lagi aku buat surprise. Cuma bezanya, apabila aku ingin menyerahkan paper bag berisi hadiah kepada JD, Honey yang ambil lalu menyeluk tangannya ke dalam paper bag tersebut. Apabila Honey telah berjaya mencapai objek yang diingininya, aku suruh dia berikan kepada JD.

Pastinya JD terkejut, kerana aku juga tak sangka. Alhamdulillah.


InshaaAllah, Honey bakal menjadi kakak.

Peristiwa keguguran yang lalu membuatkan aku risau. Dulu gugur apabila hampir masuk minggu ke-7. Hopefully, everything will be ok this time & I'm gonna have a smooth sailing pregnancy & delivery. Selepas tu boleh 'berehat' & kuruskan badan for good! ;-)