Friday, March 08, 2013

Hadiah Hari Jadi

Pada 18/2 yang lalu, hari jadi JD. 2 tahun yang lalu, aku buat surprise dengan hadiah yang memang ditunggu oleh kami berdua iaitu Honey was conceived. Setahun yang lalu, majlis aqiqah Honey telah diadakan pada tarikh yang sama.

Tahun ni sekali lagi aku buat surprise. Cuma bezanya, apabila aku ingin menyerahkan paper bag berisi hadiah kepada JD, Honey yang ambil lalu menyeluk tangannya ke dalam paper bag tersebut. Apabila Honey telah berjaya mencapai objek yang diingininya, aku suruh dia berikan kepada JD.

Pastinya JD terkejut, kerana aku juga tak sangka. Alhamdulillah.


InshaaAllah, Honey bakal menjadi kakak.

Peristiwa keguguran yang lalu membuatkan aku risau. Dulu gugur apabila hampir masuk minggu ke-7. Hopefully, everything will be ok this time & I'm gonna have a smooth sailing pregnancy & delivery. Selepas tu boleh 'berehat' & kuruskan badan for good! ;-)

No comments: