Sampai di rumah, pada malam harinya, mula diserang demam panas. Cuba bertahan daripada makan ubat kerana mengenangkan kandungan. Ketika ini, kandungan sudah berusia 10 minggu.
Alhamdulillah, hari ini demam sudah beransur baik, badan dah tak panas. Cuma masih terasa lemah. Mungkin sebab tak selera makan.
Apa pun aku bersyukur kerana sepanjang di Madinah & Mekah, Allah telah mengurniakan kesihatan yang baik & selera yang seadanya. Kalau kat Malaysia sebelum pergi tu, perut ni tak boleh lapar skit, mula lah kebulur macam sehari tak makan. Bawak kereta cari makanan pun terasa lemah sebab lapar sangat. Tapi di sana, perut ni rilek aje. Kadang2 lupa yang aku sedang mengandung. Apa lagi, mabuk pun tak.
Sampai di KLIA, apabila melihat wajah yang amat dirindui, terus bercucuran air mata ni. Rindu yang amat sangat pada si kecil yang comel ni...
Nasib baik dia masih ingat aku. Walaupun cuma 11 hari, terasa Honey sudah semakin matang. Berjalan pun sudah mahu dipimpin tangan. Kalau dulu suka berjalan sendiri, takpun sibuk nak tolak stroller gak.
Moga2 diberi kesempatan & ruang masa untuk mencoretkan kisah umrah di sini. InshaaAllah.
No comments:
Post a Comment