Friday, November 24, 2017

Excellent vs Unexcellent

Semalam keputusan UPSR diumumkan. Tahun ini berbeza sedikit isunya - tidak perlu mengumumkan keputusan satu persatu di sekolah. Aku setuju. Cikgu2 bagi je slip keputusan. Tak perlu nak agihkan mengikut bilangan A. Well, itu yang aku faham lah isunya. Zaman aku dulu cikgu bagi keputusan di bilik darjah masing2 sahaja. Tiada special event/ceremony. Kita ambil sendiri, tiada ibubapa sebagai peneman.

Walau bagaimanapun, ada pula yang memahami seperti tidak perlu meraikan pelajar yang cemerlang. Kan sekolah ada buat Hari Penyampaian Hadiah or whatever they call it now. Cukup lah tu. Kalau anak kau cemerlang dalam UPSR, kau raikan lah sendiri. Kenapa hadap sekolah raikan? Konon sebagai pencetus semangat kepada pelajar2 lain. Ya lah tu *mata ke atas*. Sorry to say, I doubt niat tu. Lebih kepada sendiri nak bangga & harap kejayaan anak2 tu dihebohkan. Tu yang hadap sangat sekolah raikan. I don't see other reason why.

Aku kata macam ni sebab aku sendiri adalah pelajar straight As. UPSR- 4A, PMR 8A, SPM-8A. Actually SPM tu aku amik 9 subjek. Semua A1/A2, cuma Fizik C3. Zaman pakai aggregat lagi. Takde ABCDEF. Tapi kira A1/A2=A, C3/C4=B & so on. Dari UPSR takde sekolah raikan pun. Ok je, kekal cemerlang. Huhuu macam riak plak bunyinya. Insaf. Alhamdulillah. Parents aku pun tak kisah. Yang penting anak ko cemerlang. Ko pergilah raikan sendiri. Tak yah sibuk nak mencetuskan semangat anak orang. Akhir zaman ni, dengan adanya media sosial, aku rasa lagi lah memang tak perlu sebab takut rasa syukur bertukar menjadi riak apabila sekolah umumkan. Hahaaa, ni kalau tulis dalam FB, sure kene kecam. Kesimpulannya bagi aku, kalau buat macam zaman dulu ok je.

Tapi aku setuju juga dengan pendapat jangan berkata begini atau seumpamanya kepada yang cemerlang atau secara general, "Alah... baru UPSR. 6A pun belum tentu berjaya besar nanti." Those who are excellent, they deserve to be overjoyed & celebrate (with their parents/families) cos they certainly had work hard. Don't kill their excitement with discouragement.

& kepada yang kurang cemerlang, it's ok to say it's ok but it's not ok to stay as they are. It's a cruel world with fierce competition. So kids, improve & strive your best.

Actually nak tulis pasal Hani nak masuk alam persekolahan. Sambung nanti lah.

Friday, September 29, 2017

Ayah: Beats Cancer

Decided to have a new label for Ayah’s story - AyahBeatsCancer. Decided not to update the journey part by part. Will just update according to the topics that I feel like to write. It might be a long journey, or it might not be. Allah knows best.

This is just a quick update on Ayah’s health history.

Actually Ayah was diagnosed with upper rectal cancer with lung metastasis on 2013. Ayah had went thru surgery & chemotherapy to treat the rectal cancer. Alhamdulillah, on 2014, no tumour recurrent.

However there was progression of the lung mets. Ayah had to go thru chemo again. But instead of 6 cycles (or 12) as planned by the doctor, Ayah only completed 5 & refused to proceed with the procedure. However, Ayah’s condition was fine, no shortness of breath or anything. So, I guess Ayah was free with his decision. Until 2017...

On July this year, Ayah showed sign of changes like difficulty to talk & write properly which made Mak worried. So on August, Ija brought Ayah to a clinic & the doctor suspected Ayah has brain tumour. After CT scan, he was proved right that Ayah indeed has tumour which is cancerous at his left frontal brain, hence affects his right side of body. Or in short, Ayah has brain cancer.

The initial plan was Ayah would be transferred to Ipoh since there is no specialist at Taiping. So just wait for Hospital Taiping to refer Ayah to Hospital Ipoh. Fortunately, after days & weeks Mak tried to persuade Ayah (gently) to move back to KL, finally Ayah agreed. They returned to KL on 28/8, just 4 days before Raya Haji, 5 days before he was admitted to HKL.


Saturday, September 09, 2017

Ayah: Admitted

To make the story short, after Ayah was sent to ER on Saturday, 2/9, a day after Raya Haji, he had several checkups at Unit Separa Kritikal. Around 6, Ayah was admitted. He was placed at Radiotherapy & Oncology Unit, 1st class 4-bedded ward. Ija's GL actually only entitles for 2nd class ward, so it was fortunate that Ayah was placed at 1st class ward.













Only after Maghrib, JD, Ija & Kerol returned home. Sham stayed with Ayah temporarily. At 9, all of us went to hospital to send Mak & Ija where they'd be stay over for the night to look after Ayah. Since the ward was quite empty, only 2 beds were occupied including Ayah's, so it was OK for 2 persons to stay.

The next day, JD's turn to stay at the ward & at night, Sham took over. So the 3 of them - Ija, Sham & JD took turn to look after Ayah, along with Mak.

We had discussion to transfer Ayah to single-bed ward since Mak refused to go home & it was not comfortable for 2 persons to stay, shared with other patient. Furthermore, if the ward is fully occupied, then only 1 guardian per patient will be allowed. On Tuesday, 5 Sept, JD managed the ward upgrade process & Ayah was moved to a single-bed ward on our own expense since it's not covered by Ija's GL. The ward located just opposite the previous 4-bed ward.






Alhamdulillah, it was more comfortable. Boleh bentang toto kalau jaga malam. Tak perlu tarik tirai kalau nak privacy.


Takut tido mati je kalau pakai toto.


Monday, September 04, 2017

Ayah: Emergency

It was a long holiday but it was a busy one for us especially JD & his siblings.

On Merdeka Day, even I was kinda busy (promised Mak to help her cook, found out the kids' baju raya needed alteration, etc) I decided to go out with JD & the kids, & have lunch together since the weekend before JD was at Taiping. It was a wise decision cos the days after, we didn't have the opportunity to do so.

On Raya day 1, we went to Keramat only to find out Ayah's condition had worsen compare to last Monday, the day JD brought him home to Keramat. He looked vegetable to me & on our way home in the evening, I expressed my concern to JD.

At night, JD went to Keramat again. I stayed at home choosing & ironing the cloths for us to wear for my cousin's wedding reception. Around 11, Mak (in law) called me & told me about the discussion she had with JD to send Ayah to hospital tomorrow or as soon as possible (that night). But I told her, it should be done tomorrow. Just have enough rest & good sleep for the night. I kinda upset with JD for not telling his plan beforehand, but it was understandable. So when JD arrived home, we discussed some more, thought about the pros & cons. Ayah's condition had worsen, we were worried but we weren't sure whether the condition can be classified as an emergency. Ayah neither had any problem in breathing nor that he needed immediate attention. The plan to go to the wedding reception on the next day was called off since of course Ayah's health is more important.

On Saturday, after discussing further with others, we decided to call an ambulance & just let the medical officer decides. Ijah called 999. The ambulance came & after checking up Ayah briefly, they decided to send him to HKL.




The ambulance came promptly.




Thursday, June 15, 2017

Kisah 19 Ramadhan 1438H

Seperti biasa, bulan puasa ni keluar ofis pukul 4:30. On the way balik, sampai di Dengkil aircond dah tak sejuk. Ok, bertenang. Kemudian melewati Kolej Vokasional Sepang, terasa pula kereta makin semput. Sekali tengok indicator, baru perasan temperature dah maksimum! 😨

Apa lagi terus drive ke tepi jalan. Sebaik sahaja aku stop di tepi jalan, enjin pun mati. Aku perasan ada asap keluar dari hood, terus matikan kereta betul², cabut kunci & keluar bawa handbag sekali. Masa tu dah terbayang kereta nak meletup kot.

Alhamdulillah JD ada dah balik sini. So call lah dia. Tak jauh pun sebenarnya tempat aku stop tu dari rumah, tapi jalan jem. So lambat lah sikit sampainya. Sempatlah digigit beberapa nyamuk dari belukar di tepi jalan. Nasib baik spot aku stop tu redup. Semalam petang kan cuaca panas gila. Alhamdulillah sempat juga ambil budak² dari tadika sebelum 5:30.

Since aku amik insurance under Maybank Etika, so just call khidmat towing Etika je. 24 jam, free of charge. Hehee iklan jap. JD set towing kereta selepas berbuka puasa.

Semalam sebelum ambil aku di tempat kejadian, JD dari Alamanda. Memang dah suruh dia beli nasi ayam di Chicken Rice Shop untuk berbuka. Yay, tak payah masak. So walaupun kereta rosak, rasa senang hati la sebab juadah buka puasa dah ada. Sekali masa menghidang baru perasan, CRS lupa nak pack sambal & kicap. Tak kick lah takde sambal. Bagitau JD. JD kata, "Awak kan hebat, masak lah apa² sambal." Haihh nak kene masak gak lah ni 😵.

Finally decide masak sambal telur hancur. Senang. Tengah memasak, nak besarkan api, tengok api tak mau besar². Adeii gas pula nak habis. Baru tengah menumis sambal, gas habis. Tak masuk telur lagi pun. Sambal pun belum pecah minyak. Berfikir juga nak teruskan ke tak dengan PC Noxxa. Masak secoet, pakai Noxxa yang gedabak tu mau hangus sambal aku. Tetiba teringat ada travel cooker. So, sambung memasak guna travel cooker. Alhamdulillah, siap sambal telur hancur.

Alhamdulillah walaupun diuji, Allah permudahkan segalanya. Kalau ikut plan asal JD nak balik sini hari Jumaat. Tapi maybe dia pun tak sedap hati & ada yang boleh take over kerja di JB, hari Selasa JD dah balik. Nasib baik JD dah beli nasi ayam untuk berbuka. So tak payah masak beriya sebab penat gak bila kereta rosak ni. Sampai rumah pun dah lambat dari biasa. Nasib baik juga CRS lupa nak pack sambal which aku kene masak sambal pula. So tau lah gas habis. Kalau ketika aku tengah masak beriya petang ni, gas habis, memang stressed lah. Dah lah hari ni plan nak masak 3 jenis lauk.

Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik kejadian & dipermudahkan segalanya. It wasn't the day I looked forward to, but it couldn't have been better 😊.





Selamat mencari lailatul qadr. Jom lipat gandakan amalan 💪💪💪. Semoga segala amalan kita diredhai Allah.


©2017 Sent from my Galaxy Tab A 10.1


Sunday, April 23, 2017

Yang terbaik

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. 

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" 

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

👉🏻 Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Friday, April 14, 2017

Mertua

Sejak akhir² ini selalu terbaca kisah² mertua yang kurang enak. Pengotor, suka mencari kesalahan menantu lah & yang terkini mendera menantu.

Syukur sangat aku dikurniakan mertua yang baik. Bila baca kisah mertua pengotor, memang tak boleh bayangkan camna nak hadapi. Alhamdulillah, mertua ku khasnya Mak seorang pembersih macam Mak juga. Jenis yang cekap mengemas & memasak. Masak pun sedap & tak berkira. Memang tak mampu lah nak kontrol makan menjadi menantu yang ala² sopan tak mentekedarah 😬 bila balik ke rumah mertua.

Ayah pun rajin. Tak kisah buat kerja² rumah seperti menyapu sampah & membasuh baju. Rajin juga ke kedai/pasar beli barang² yang Mak suruh beli.

Walaupun bukannya senang sangat, mereka tak meminta². Jenis yang selalu kalau boleh taknak menyusahkan anak². Kedua²nya ringan mulut mengucapkan terima kasih walaupun benda yang dibuat tu memang tanggungjawab anak & menantu.

Alhamdulillah. 

Semoga Mak & Ayah sentiasa dirahmati Allah.

©2017 Sent from my iPhone 6S+

Monday, March 13, 2017

Positif +++

Tiba-tiba terasa dalam diri - penat, bosan & sudah berapa banyak masa dihabiskan dengan sia2 kerana bercakap pasal orang. Kemudian, tertanya2 memang salah ke mengumpat??? 🤔

Walaupun tahu, gigih juga menggoogle berkenaan dengan mengumpat, apa yang dikatakan mengumpat. Refer ustaz google lah ni. But info is info no matter the source. Hasil dari carian, jika kita berkata mengenai keburukan/kekurangan orang lain, itu lah mengumpat.


Rasulullah SAW bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim). 

Lalu bertemu dengan terjemahan ayat Quran ini:
"
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Surah al-Hujurat: 12

Astaghfirullah. Dah lah buang masa, dapat dosa lagi. 😰

Bukan setakat mengumpat yang tidak dibenarkan. Berprasangka & mencari-cari kesalahan/keaiban orang lain juga dilarang jelas dalam al-Quran. Benarlah selalunya kedua2 faktor ini lah yang mendorong kita mengumpat. Kalau rujuk tafsir memang sangkaan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah berprasangka, bersangka buruk atau mencurigai. 

Contohnya bila kita nampak suami orang & isteri orang keluar berdua. Mula lah, kita sangka mereka ada skandal. Kalau tak ada sekalipun, kita berkata macam mana pun tak elok keluar berdua, yakni kita mencari-cari kesalahan. Kemudian, hati yang dah jelik tadi mula lah mencari kawan untuk bercerita atau lebih tepat mengumpat. Sedangkan kita tak nampak pun situasi sebenar sehingga ke saat kejadian.

Aku juga mencari tips untuk tidak mengumpat. Boleh disimpulkan, memang harus berfikiran positif. Jika sipolan bersalah sekalipun, tidak perlu kita mencari-cari atau memanjangkan lagi kesalahannya dengan bercerita pada orang lain. Elakkan juga dari bersangka buruk kerana biasanya akan lahir perasaan sakit hati yang menyebabkan kita ingin bercerita dengan orang lain perihal sipolan. Kalau sipolan bersalah sekalipun, sama ada kita menasihati depan2 atau pun seperti kata hadis selemah-lemah iman menegah dalam hati. Tak perlu sibuk bercerita dengan orang lain. Jika sipolan ada buat salah dengan kita menyebabkan kita terasa hati, instead of buang masa mengadu tentang kesalahan sipolan & betapa terasanya hati kita dengan kawan, lebih baik doakan sipolan berubah & diberi hidayah. InshaaAlah hati pun jadi tenang & malaikat turut mendoakan kita. 

Pemilihan golongan kawan juga penting. Dengan rakan2 seunit aku rasa tiada masalah kerana kami boleh berterus terang & saling menegur apa lagi dalam hal kebaikan. Cuma bila dengan rakan2 lain mungkin kene develop divert skill in conversation 😬 atau buat masa ini aku elakkan untuk berjumpa 😪. Tapi memang susah. Pagi tadi pun hampir tergelincir sebab berbual di telefon. Tapi berfikiran positif memang membantu. Bila kawan komplen pasal orang ni, kita divert dengan bersangka baik, membuatkan sesi mengumpat tidak berpanjangan.


Biasanya detoks orang kaitkan with our body health by eating clean. Tapi ni detoks diri by being positive be it in ways of thinking & acting 😇. Nak buang unsur2 negatif dalam pemikiran & tindakan gitu. Cakap mudah. Tapi susah juga nak implemen. Mungkin sesusah nak jaga pemakanan untuk detoks badan, atau mungkin lebih susah. InshaaAllah, niat baik Allah permudahkan. Kene positif kan 😉💪🏻. Hence, why I write this post, to make this new goal official. Supaya lebih bersemangat lagi 💪🏻💪🏻💪🏻.  You can do it. 🤐 je. 😁

Yang lebih menarik, tak lama selepas membaca perihal mengumpat & berniat untuk berhenti mengumpat dengan menjadi positif aku terjumpa sebuah buku bertajuk "Law of Universal Attraction". Kebetulan, mesej yang disampaikan oleh buku tersebut membuatkan aku lagi berkobar2 ingin menjadi positif. Bukan sahaja untuk elakkan mengumpat tapi juga dalam menjalani kehidupan seharian. Alhamdulillah, baru rasa nak jadi positif, Allah tunjukkan jalan & kebaikannya. Diri kita seperti magnet. Biasa dengarkan. Memang ini lah teori yang selalu motivator gunakan. Tapi setelah baca, aku rasa ada betulnya apatah lagi bila reflek dengan pengalaman sendiri.

Bila kita positif, inshaaAllah kejayaan/kesenangan & benda2 yang positif lain akan datang kepada kita. Begitu juga sebaliknya. Bila kita negatif, tanpa disedari kita menarik kegagalan/kesusahan dekat dengan kita. 

Apa pun memang tak rugi jadi positif, hati senang jiwa bahagia. Dosa pun tak dapat. InshaaAllah. Kalau bersikap negatif - sendiri sakit hati, mental & fizikal pun tanpa disedari menjadi penat/tidak sihat kerana pemikiran & tindakan akan menjadi negatif/defensif. 


Nanti sambung lagi...

©2017 Sent from my iPhone 6S+

Tuesday, January 24, 2017

Rumah

Seminggu ni aku & JD pening pasal rumah. Bukan sebab rumah sekarang bermasalah. Pening pasal nak beli rumah lagi. Huhuu... Macam takde keje plak kan.

Bermula apabila kami ke soft launch rumah di Pajam. Dah tengok rumah contoh, dengan harga rumah baru yang kira murah pada zaman sekarang ni, lalu kami buat keputusan untuk book kerana harga yang paling murah tu tinggal beberapa unit saja lagi. Alhamdulillah, dapat pilih unit yang aku rasa perfect ikut citarasa aku.

Rumah contoh. Walaupun kecil, tapi cantik gila. Orang tak ramai lagi sebab kami datang awal. Boleh lah buat macam rumah sendiri kejap 😁.


Dah pulang ke rumah, baru berfikir wajar atau tak membeli rumah lagi. Aku plan nak buat loan maksimum 20 tahun je sebab taknak interest sampai beratus ribu & bebas hutang bila dah pencen. Sememangnya lah membeli rumah lagi maknanya menambah hutang sedia ada. Takut pula menjadi ala2 tiada beban, batu digalas. Lalu aku bertanya kepada beberapa rakan: 

Rakan 1 - Ada 3 biji rumah tapi orangnya memang kaya. Ada pendapatan sampingan lain yang masyuk & suami pun kaya ada bisnes sendiri. Beli rumah cash. Katanya, "Nak buat apa beli rumah lagi? Baik tak payah tambah hutang. Sebelum aku beli rumah setahun aku survey bank semua. Mengarut lah. Kalau ko ada duit lebih, baik simpan, buat kebajikan & enjoy life. Life is short ok. Jangan jadi macam staff kat bahagian aku. Bangga ada 3 biji rumah, gred 48 tapi hidup macam 17."

Rakan 2 - Aku kagum dia begitu confident & seronok nak beli rumah lagi. Takde perasaan takut macam aku. Bila bercakap dengan dia rasa macam ok beli rumah lagi. Ada la sikit perasaan yakin tu datang. Tapi bila dia seronok bercerita memang nak apartment ada swimming pool, balcony, gitu gini. Pastu nanti nak suruh laki dia beli rumah yang besar lagi... Rasa macam sejenis nafsu pula membeli rumah ni. Nafsu yang besar walaupun hidup biasa2 je. Buat plak loan 30 tahun lebih... Huhuu sampai ke tua lah berhutang.

Rakan 3 - Katanya, "Aku memang taknak beli rumah lagi. Cukup lah yang ada ni. Kadang2 aku teringin gak nak duduk apartment, suka view dari atas. Tapi bila fikir balik, kalau setakat sekali sekala je teringin, baik aku check in hotel. Lagi best... Holiday terus. Aku takut nanti bajet aku tight sampai nak bersedekah pun aku berkira. Ko beli rumah nak tinggal situ ke? Tak kan. Rumah ko sekarang dah ok sangat. Habis tu kenapa? Lainlah kalau ko ada niat nak wakafkan."

Rakan 4 - Dia ni memang bisnes minded, datang dari family yang suka berniaga. Katanya, "Aku ada beli flat secondhand, murah je kat Section 15. Tu pun sebab bapak aku suruh. Aku sewakan. Dapat la untung sikit sebab bayar ikut bilik. Ruang tamu pun aku buat bilik. Top floor. So aku pun tak kuasa nak naik atas check rumah. Aku doa banyak2 moga dapat tenant yang ok. Kalau tersumbat ke apa, laki aku la pegi betulkan. Banyak benda nak fikir kalau nk beli rumah untuk investment. Mesti lah taknak rugi kan. Aku ni pun banyak family yang tolong bagi idea."

Diringkaskan cerita, setelah berbual dengan keempat2 kawan ni aku rasa aku dapat jawapannya. Antara keperluan; atau kehendak yang juga boleh dikatakan nafsu; atau investment di mana patutnya menyenangkan lagi hidup, bukan menyusahkan.

JD awalnya tak banyak membantu, sama macam aku. Kejap rasa nak beli, kejap rasa taknak. Tapi pastu JD gigih buat kira2 semua mana lagi baik; menyimpan amount yang sama atau beli rumah. Siap excel spreadsheet lalu present kat aku. Hasilnya, tak untung mana pun beli rumah. Since kita bumiputra/Islam ada option untuk menyimpan dalam ASB/Tabung Haji di mana dividen agak tinggi, so menguntungkan & lagi menyenangkan hati. Cash is king 🤑. (Fatwa negeri Selangor kata ASB haram, fatwa kebangsaan kata harus. Harus untuk menjaga kemaslahatan bumiputra khasnya umat Islam, tu yang aku diberitahu. Tak berani nak komen lebih2.) 

Aku tak puas hati gak lah kan sebab celah mana plak yang beli rumah rugi. Kan orang kata harga rumah akan naik. So aku pun gigih mengira cara aku pulak. Hmmm benar rumah naik harga, tapi kadar kenaikan tu dipengaruhi faktor ekonomi. Ada kemungkinan juga turun. Pastu faktor interest bank, maintenance rumah, cukai, kadar sewa & boleh jadi kadang2 takde penyewa semua perlu diambilkira. Banyak pembolehubah yang tak dapat nak agak untuk long term.

Untuk anak2? Ya ke anak2 nak duduk rumah tu nanti? Lagipun anak perempuan. Selagi tak kawin, mereputlah tinggal kat rumah ni melainkan kerja jauh dari Lembah Klang.

So akhirnya aku decide cancel booking walaupun sebahagiannya hangus 😫😭. Takpe lah rugi sikit sekarang, daripada rugi banyak di kemudian hari. Alhamdulillah, rasa lega lepas settle cancel booking 💆🏻. Pastu terbaca confession kat Facebook pasal boros, antara yang ditulis...

Antara benda yang buat aku terus tertampar dan insaf, bila aku dapat tau kisah benar kawan2 yang beli rumah banyak2 pakai loan, konon2 beli rumah kemudian sewakan, dengan harapan penyewa tu yang bayar loan kita. Semua class yang ajar benda tu semua penipu, diorang terpaksa meyakinkan orang ramai untuk sama2 melabur dalam hartanah supaya asset2 diorang tak jatuh harga, macam konsep saham.

Aku rasa betul lah tu. Baru nampak realitinya kalau kira secara detail - maintenance, cukai rumah, termasuk dividend loss bila bayar downpayment, lawyer, monthly semua, instead of menyimpan. Tapi ya lah, banyak mana pun kita boleh simpan. Bila takde komitmen ada je benda nak beli. Terpulang, tepuk dada tanya selera. Rezeki masing2. Beli apa pun asal jangan ikut nafsu & menyusahkan diri sendiri. Personally, aku rasa tambah hutang bukan lah something yang patut dibanggakan.

Ada lagi nak tulis sebenarnya. Nanti lah kalau rajin.

©2017 Sent from my iPhone 6S+