Thursday, April 18, 2013

Mabuk Mengandung

Mengandung kali ni memang lain. Sungguh lain. Alhamdulillah sepanjang mengerjakan umrah, keadaan mengandung ini tidak mengundang apa² masalah. Cuma lebih kerap mengantuk.

Yang lainnya, sebaik pulang daripada umrah, aku terus diserang mabuk. Tak lalu makan & kerap muntah. Selama 2 minggu, memang terasa agak seksa mengandung. Loya sepanjang hari. Masa mengandungkan Honey dulu, ada juga mabuk tapi cuma sebelah petang/malam. Tidak lah sepanjang hari. Cuma bermula minggu lepas, sudah ada selera makan, tapi tetap muntah.

Hasilnya, ketika pemeriksaan pada Isnin yang lalu, berat aku turun sebanyak 2.1kg berbanding 4 minggu yang lalu. Penurunan yang agak banyak menurut Dr Fatimah. Tapi tetap bagi MC sehari aje. Hehee ya lah, sekali sekala apa salahnya bagi lebih.

Alhamdulillah, walaupun berat aku turun, tumbesaran bayi adalah baik. Saiz seperti yang sepatutnya. Lebih istimewa ketika kandungan sudah mencecah usia 3 bulan ini, jelas kelihatan bayi bergerak. Subhanallah.

Dulu ketika mengandungkan Honey, aku cukup berjaga² dengan mengelak mengambil apa² risiko. Percutian ke Bandung yang telah dirancang lebih awal, dibatalkan begitu sahaja. Mengandung kali ini, bukan tidak mahu berjaga² tetapi rasa lebih yakin. Jika sebulan yang lalu ketika usia kandungan 8 minggu aku telah mengerjakan umrah, inshaaAllah beberapa minggu lagi aku akan ke Italy untuk menghadiri kursus selama seminggu. It's gonna be 13 hours long haul flight. Moga² dipermudahkan perjalanan aku nanti & tiada lagi mabuk mengandung.

Thursday, April 11, 2013

1.5 Tahun

Hari ini Honey genap 18 bulan.

Pagi bawa Honey ke klinik, untuk suntikan. Alhamdulillah, Honey tak menangis, cuma menganga seperti terkejut je. Aku yg nervous lebih sebab takut Honey meraung.

Semalam, sebenarnya Honey demam.


Tapi alhamdulillah tak meragam sangat ketika tidur. Merengek nak susu & puting je. Aku pun monitor juga suhu badan dia. Sepanjang malam ok. Cuma pagi rasa panas sikit. Lepas mandikan, macam ok balik.

Yang penting Honey tetap ceria & aktif.

Di klinik, ketika sedang berbincang dengan nurse sambil pegang Honey, tetiba Honey terpukul muka aku. Aku tau dia tak sengaja & tak sakit pun. Tapi tak sangka lepas tu dia beriyer cium aku banyak kali. Alololo sweet sangat anak mama ni. Nurse pun kata, sayang mama ya.

Oh ya ramai yang bertanya macam mana Honey setelah aku pulang dari umrah. Ya lah hampir 2 minggu tidak berjumpa. Alhamdulillah, keadaan seperti asal. Honey takde masalah untuk aku jaga. Waktu malam pun ok je tido dengan aku.

Ok tu je.