Showing posts with label quote. Show all posts
Showing posts with label quote. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

#hariharihariibu

Pasal sambutan hari ibu pun jadi isu.

Hmmm... Ada satu masa tu, aku pun tak pasti hukum Hari Ibu ni, so aku rasa tak payah lah sambut. I wrote about it here. Sebelum tu pun bukan sambut beriyer. Cuma telefon Mak kata I love you & mungkin belanja makan atau bagi hadiah. Bagi orang lain, mungkin la setiap hari dia buat macam tu so betul lah tu hari2 Hari Ibu. Tapi bukan aku. Rasa pelik pula telefon Mak saje2 nak bagitau sayang Mak. Ntah lah segan kot. Masa Hari Ibu atau hari jadi Mak, baru hilang segan tu.

So back to the year that I was kinda againts of Mother's Day, it made me think that I loose the opportunity to show appreciation to Mak, make her happy & gain pahala along the way. Fine, I could find any other day but I guess I didn't have the drive to do so since any other day is just other day.

So when people talk about everyday is a mother's day, I kinda feel annoyed. Yes, we should make our mother happy everyday by shower her with love, attention & presents ;). Just like I stated above, if we could do that everyday, so yes everyday is mother's day. But I'm pretty sure not all of us capable of doing so. Even worse, some of us at most of the times treat our friends better than our mothers. Not that we don't love our mother, just that we always take our mother for granted.

So if there's a day, any single day or couple of days that we can take sometime to actually show our love to our mothers, why not? Lillahita'ala.

Kepada mereka yang cakap tak perlu sambut Hari Ibu kerana hari2 adalah Hari Ibu, tanya diri sendiri kelmarin, semalam & hari ini apa yang kamu dah lakukan untuk buat ibu rasa istimewa & dihargai . Kalau ada jawapannya, alhamdulillah

Anyhow, it's a good goal to make everyday as a mother's day. Everyday is a day to do good deed to our parents & make them happy.

Simple... Let's being good to our parents first, then others.

Sunday, October 12, 2014

Amal

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."
  -Al-Imran: 133-136

Friday, December 21, 2012

Friday, December 07, 2012

Salam Jumaat!

السلام عليكم...

Tuesday, December 04, 2012

Ill & Pregnant

I'm ill but I'm not pregnant. Kate~Middleton is. Tetiba. Last week, one of my gorgeous friend broke the news that she was 6 weeks pregnant. About 2 weeks before I thought I was pregnant. Hahaa. I had back ache a few days before menstrual date which was abnormal for me. Mula lah terfikir, ntah² pregnant kot. Somehow I felt nervous. Ntah lah, there was time I thought I was ready, but I was scared at the same time. Turned out, I had my period earlier than expected. To be honest, I felt relief.

After that I did spend some times thinking when would be the right time to get pregnant again. If I ask myself now, I'll say that I'm satisfied & don't mind if Honey is the only child. In fact, I'm more than grateful to have Honey that I feel I'm not deserved to ask for more. So, yeah it's ok for me but it may not be ok for Honey. I remember a friend of mine who is the only child told me that it's not fun to be the only child.

Even though I did get pregnant again before, I'm not so optimistic that I can easily get pregnant again next time when I want to. But still we should plan rite. Apa pun kita hanya mampu merancang & berusaha. Jadi atau tak jadi seperti yang dirancang, itu kuasa Allah.


Actually I really want to jot down my experience when delivering Honey & lesson that I've learned throughout the journey to motherhood. For my own reminder & memory.

Ok back to I'm ill rite now. Aku selsema & sakit tekak. To my surprise doc told me that I actually have high fever too. I started feeling sick yesterday but I guess being a mom, no matter how weak our body or how 'weng' our head was, once we picked up our kid from the nursery, we put aside the sickness & attended to our kid. There was no time to just lying & resting. Somehow we managed. At least I managed ;-). الحمدلله


© Posted from my henpon

Monday, December 03, 2012

Bakal Khatam


Tinggal 3 juzuk lagi nak khatam.
Kalau ikut jadual, Jumaat depan khatamlah.
Moga diberi kesempatan... إنشاءالله


© Posted from my henpon

Friday, November 30, 2012

Jom Jangan Mengumpat

Hari ini hari Jumaat.
Yay, esok cuti! Weekend ni mungkin busy sebab pelbagai aktiviti telah dirancang.

Mesej hari ini jangan berprasangka & mengumpat.


Surah Al-Hujurat: 12

Habis tu, tak boleh cakap pasal orang lain langsung lah ya? Ustazah cakap, boleh... kalau berbincang untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah yang melibatkan individu tersebut. Maknanya niatnya bukan untuk mencari salah atau menyebarkan keburukan, tapi untuk menjernihkan keadaan.

Memang susah nak tahan mulut ni daripada mengumpat. Somehow cerita pasal orang atau lebih tepat mengata orang ni seronok sebab setan jadi tukang sorak. Peringatan untuk diri sendiri, diam adalah lebih baik daripada mengumpat.


© Posted from my henpon

Friday, November 16, 2012

Sehari Selepas Maal Hijrah

Regarding to the previous post, kalau ada yang baca (kalau ada lah) maybe akan terlintas di fikiran, 'Dah alim dah budak ni...' Huhuu I wish! InsyaAllah. Ya lah, sampai bila nak jadi tak alim kan. Sampai bila?? Moga umur panjang & sempat menuju ke tahap itu.

Actually I was giving lecture to myself. Aku lah tu yang kengkonon masih belum 'bersedia', kadang² rasa menyampah pun ada (astagfirullahal'azim...), pastu dok berkira² cukup ke tak duit & masa. But as I mentioned, kene paksa diri. So I'm pushing myself to become a better Muslim, insyaAllah. One of the way is by writing a reminder for myself just like this & previous posts.

Alhamdulillah, hari ini 2 Muharam 1434H, aktiviti yang dirancang dapat dijalankan. Moga Allah terangkan hati & permudahkan jalan kami untuk terus istiqamah. Semoga usaha kami mendapat keredhaan & keberkatanNya.

Ketika kita masih mood tahun baru, mood cuti panjang bagi yang sambung cuti, kita dikejutkan dengan berita Palestin diserang Israel. Sama² lah kita berdoa semoga Allah melindungi & menyelamatkan saudara² kita bukan sahaja di Palestin, malah di Syria & di mana sahaja. Kalau nak derma via sms, boleh ikut step di bawah:


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara...


(-_-")

© Posted from my henpon

Thursday, November 15, 2012

Hijrah

Selamat Tahun Baru 1434 hijrah!

Di waktu pagi, sambil melayan si kecil, sempat menonton Selami~Jiwa di Astro Oasis. Topik pagi tadi adalah berkenaan dengan taubat. Jamal~Abdillah & Sham~Kamikaze menjadi tetamu jemputan.

Aku tertarik dengan cerita Sham on how dia menerima hidayah. Akhirnya doa si ibu selama ini makbul apabila si anak berhijrah. Sama ada hidayah dicari atau datang sendiri, yang penting kemahuan untuk bertaubat & menjadi Muslim yang lebih baik.

Menurut Dr. Fadzillah~Kamsah, ni sebab² orang bertangguh untuk bertaubat...


Aku suka point no. 2 & 5. Mungkin tanpa kita sedari kita telah menerima hidayah, tapi kita menolak. Mungkin datang dalam bentuk yang tak kita senangi, membuatkan kita rasa menyampah, tapi sedar benda tu baik. So kita ada pilihan, nak ikut dalam keterpaksaan atau tolak mentah² sebab ikutkan rasa menyampah tu. Or just plainly menolak kerana belum 'bersedia'. Err tapi kalau setiap kali diajak kepada kebaikan kita rasa menyampah, mungkin nak kene rujuk point no. 1 & lain² point kot.

Baru² ni aku ada baca satu blog & terbaca komen... kalau tak ikhlas, lebih baik tak yah pakai tudung. Typical comment,isn't it? Aku juga pernah dengar, dalam beribadat ni kita kene buat walaupun terpaksa lagi² untuk perkara yang wajib. Contoh solat, tak ikhlas camna pun, kene buat. Bersedekah walaupun tak wajib, tapi buatlah walaupun tak ikhlas. Untuk bimbing hati jadi ikhlas, kene buat secara berterusan, istiqomah. Mula² terpaksa, lama² terbiasa & jadi ikhlas, insyaAllah.

Oppss dah macam ustazah lak... ^_^. Selalu merapu, sekali-sekala share benda yang baik sebagai ingatan untuk diri sendiri gak. Mana tau sempena tahun baru ni menjadi amalan yang berterusan ;-).

Point no. 6 juga menarik. Kadang² nak buat benda yang baik perlukan duit. Mula lah berkira² cukup ke duit aku. Kalau cukup pun, cukup² & berkuranglah duit. Dah berbelah bagi hati ni nak teruskan ke taknak. Tapi kalau nak dibandingkan duit yang dibelanja ke jalan Allah tu dengan nikmat yang telah diberikanNya selama ini, apa lah sangat kan nilai duit tu.

Salah satu cara untuk mencari hidayah ialah dengan membaca & memahami al-Quran...



© Posted from my henpon

Monday, November 12, 2012

Jom baca Quran





Jom baca Quran




Shared from my henpon

Wednesday, September 19, 2012

Bersediakah Kita?


Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).

(Surah Al-Hijr: 49-50)

Tuesday, September 18, 2012

A Missing Piece

I think I need to write about this before the feeling totally disappears as a reminder & lesson to myself.

Err actually I think I already forgot the feeling. Ni lah contoh manusia yang mudah lupa. So tulis apa yang ingat je lah ya.

An excerpt from the article that I googled from internet...

Feelings of grief can often accompany a miscarriage. It is natural to feel loss, sadness, anger, and even guilt, despite the fact that the end result is out of your hands.

Yup I did feel guilty at 1st & kalau direnung2 balik sampai sekarang masih ada rasa bersalah. That's why I need to write about it so that I won't forget & remember it as a lesson. A lesson to always be grateful atas kurniaan Allah, kecik atau besar, ready or not. I took a night to absorb the idea that I was pregnant again. I was scared at 1st, I was afraid that I couldn't handle the responsibilities of being a mom to a toddler & a baby. Aku lupa, that should be the last thing that I should be scared of. Aku lupa I should be scared if anything happens during the pregnancy instead.

After a nite, baru aku tersedar. Baru terfikir that I'll travel, can the pregnancy survive & so on. But my concern only regarding the need to travel to Netherlands. Somehow I thought if anything wants to happen, it'll happen due to that. Allah Maha Besar, perancanganNya is beyond our expectation. Rupa2nya balik dari Taiping on Thursday of the 1st week of Raya the bleeding started. Tak payah nak tunggu aku naik kapal terbang.

Masa mula2 keguguran, I felt like something was taken from me. I felt like I was missing something. There was a desire to replace the missing feeling by getting pregnant again. Hahaa. The feeling only lasted for a week. After a week, I guess I've got over it & finally came to my sense. I should be grateful since I still have Honey. The miscarriage only a small test. الحمدلله at least I had a chance to be pregnant again even only for a few weeks. ;-)

Allah's plan is perfect indeed. There's a reason for everything. There's a reason for the pregnancy & miscarriage ordeal. There's a reason why I had started bleeding even before traveling to Netherlands. Seriously even I thought I was ready, but if I started bleeding after travelling it'd be harder for me to take it. The guiltiness might be greater & the travel didn't worth it. Next time I'll avoid taking such risk.


Me, on the day before the unfortunate event, at the city of Delft waiting for dinner.

Now I guess it's time for us to learn & improve ourselves to be a better parents to Honey & our future kids (انشاء الله). I should take time to let my body ready & completely heal. I should be on a diet. Erghhh. No excuse untuk perut buncit anymore.

Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
(Surah ar-Rad: 8)

Tuesday, July 31, 2012

Wednesday, January 04, 2012

Cukur Jambul???

Saya ada kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan majlis cukur jambul yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam apabila mendapat anak. Ia seolah-olah satu kemestian dalam masyarakat. Apabila seseorang ibu baru melahirkan anak maka akan timbul soalan "bila nak buat kenduri cukur jambul anak?" Boleh huraikan apakah hukumnya membuat majlis cukur jambul anak yang baru lahir?

Noraini, Ampang, Selangor.

Jawapan:

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama." ["Shahih Sunan Abu Daud", no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai "bersihkan kotoran", yakni hadis: "Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut)."["Shahih al-Bukhari", no: 5472, "Fath al-Bari", jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis "qaza" yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. ["Shahih al-Bukhari", no: 5920] "Qaza" ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan ["Fath al-Bari", jld. 28, ms. 832]. "Qaza" dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.


Soal Jawab Agama - Mac 2010
HafizFirdaus.com - Wednesday, 04 January 2012


Alhamdulillah, rambut Honey telah dicukur pada hari ke-7. JD yang cukur sendiri, dgn bantuan Emak. Susah rupanya nak cukur rambut baby yang baru berusia 7 hari sampai botak sebab rambutnya sangat halus. Terlalu berhati2 sebab takut tercedera kepala baby pun ye jugak. Mulanya aku ingat JD takkan berjaya botakkan kepala Honey, tapi alhamdulillah, berjaya juga akhirnya.

Memang ada yang tanya, kenapa botakkan cepat sangat.. nanti masa majlis cukur jambul, takde rambut. Well, for us, kalau sunat dicukur sehingga botak pada hari ke-7 & mampu dilakukan pada hari tersebut, kenapa nak tunggu pada hari yang lain. Ikut sunnah lagi berkat kan. Lagipun kami memang tak merancang nak buat majlis cukur jambul, berendoi atau seumpamanya. Cukup dengan majlis akikah, insyaAllah. Hmm.. tapikan, bila tengok buaian yang dihias indah dengan bunga-bungaan, terasa teringin gak.

Monday, June 06, 2011

Mindless Monday

Yesterday, I watched X-Men First~Class. Kalau rajin, I'll review about the movie later. Briefly I'd say it's a good movie. I like. Very entertaining. However I like the 4th installment more. I plan to watch all the previous installments but tonite is How-I-Met-Your-Mother's nite. Tomorrow nite will be Glee's nite. So probably on Wednesday I'll watch the 1st installment.


Have a good week! ;-)

Sunday, February 20, 2011

Alhamdulillah

Syukur di atas limpah rahmat-Nya.

Verily, His Command, when He intends a thing, is only that He says to it, "Be!" - and it is!
(Qur'an 36:82)

Sunday, January 30, 2011

Be, & it is...

It has been raining all day. I feel like munching something now. Maybe due to the cold weather, my stomach seems to be empty. However, since I rarely feel this way, I have nothing to munch here at my home. No biscuits or whatsoever. So, to distract myself, here I am, typing something for my blog.


"For me, my thing is my whole life I work very hard for everything & I succeed because I really put my mind into it. I work day & night, I'd do whatever it takes to win & I try to be a winner. This is something I can't win, you know & I just don't understand. I don't know. I just don't understand why it hasn't happen for us..."
- Giuliana in Giuliana&Bill S3E4

I don't follow the show but now & then I happen to watch it like last nite. I understand how she feels. Yes, there are things in this life that we could (simply) achieve if we work very hard like getting a degree, climbing a hill, running in a marathon, traveling around the world & shedding a few kilos. However, for this one thing, hard work & determination or even money are not the key to make it happen.

Luckily, as a Muslim I believe that life & death are Allah's affairs. Some things are just beyond our control. It'll only happen solely with Allah's will no matter how healthy & normal we are or how many efforts we put into it. It's not like driving a car to our desired destination where we ourselves could steer the car following the route that we have planned to take. Even so, still we arrive safely at our destination with Allah's will.
"And Allah has full power and control over His Affairs..."
(Qur'an 12: 21)
So, just be grateful as for every trial, there will be reward for those who are patient. :)
"Peace be upon you for that you persevered in patience!" 
(Qur'an: 13: 24)

I just remember that I have a box of Coco~Crunch in the kitchen cabinet.

Sunday, January 23, 2011

How true

While browsing the internet, I came across these 'sweet' quotes...

"Any fool can criticize, condemn, and complain but it takes character and self control to be understanding and forgiving."
- Dale Carnegie

"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."
- Maya Angelou

"Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you. Love me and I may be forced to love you."
- William Arthur Ward

& last but not least, a quote from the same author as above...

"A true friend knows your weaknesses but shows you your strengths; feels your fears but fortifies your faith; sees your anxieties but frees your spirit; recognizes your disabilities but emphasizes your possibilities."

Wednesday, October 20, 2010

Dork~Diaries

An excerpt from the book that I had read last Sunday...


Absolutely no one writes their most intimate feelings and deep, dark secrets in a diary anymore! WHY?!

Because just one or two people knowing all you BIZ could completely ruin your reputation.

You're supposed to post this kind of juicy stuff online in your BLOG so MILLIONS can read it!!!



So true, isn't it?! =P

Btw, on the same day I also finished reading the sequel.


My review... just typical chick flick novels... but in a more amusing way ;-).

Last but not least, a quote, also taken from the 1st book...

"...when life presents challenges,
you can be either a CHICKEN or a CHAMPION.
The choice is YOURS!"

Wednesday, September 22, 2010

* Interlude *

Apa gunanya menang jika tiada hadiah?
Apa guna bertahan jika hati hancur?
Bukankan kebebasan lebih baik daripada terus dibelenggu penipuan?

*****

Kadangkala kita tak sedar yang diharapkan adalah kesempurnaan.
Rumput di laman orang kelihatan lebih hijau.
Gelas dilihat separuh kosong.
Lalu, kita terlupa untuk menghargai dan bersyukur.
Rumput yang lebih hijau hanyalah warna semata-mata.
Gelas itu adalah separuh penuh.

*****

Happiness is not about winning & perfection.

*****

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut: 2-3)