Di waktu pagi, sambil melayan si kecil, sempat menonton Selami~Jiwa di Astro Oasis. Topik pagi tadi adalah berkenaan dengan taubat. Jamal~Abdillah & Sham~Kamikaze menjadi tetamu jemputan.
Aku tertarik dengan cerita Sham on how dia menerima hidayah. Akhirnya doa si ibu selama ini makbul apabila si anak berhijrah. Sama ada hidayah dicari atau datang sendiri, yang penting kemahuan untuk bertaubat & menjadi Muslim yang lebih baik.
Menurut Dr. Fadzillah~Kamsah, ni sebab² orang bertangguh untuk bertaubat...
Aku suka point no. 2 & 5. Mungkin tanpa kita sedari kita telah menerima hidayah, tapi kita menolak. Mungkin datang dalam bentuk yang tak kita senangi, membuatkan kita rasa menyampah, tapi sedar benda tu baik. So kita ada pilihan, nak ikut dalam keterpaksaan atau tolak mentah² sebab ikutkan rasa menyampah tu. Or just plainly menolak kerana belum 'bersedia'. Err tapi kalau setiap kali diajak kepada kebaikan kita rasa menyampah, mungkin nak kene rujuk point no. 1 & lain² point kot.
Baru² ni aku ada baca satu blog & terbaca komen... kalau tak ikhlas, lebih baik tak yah pakai tudung. Typical comment,isn't it? Aku juga pernah dengar, dalam beribadat ni kita kene buat walaupun terpaksa lagi² untuk perkara yang wajib. Contoh solat, tak ikhlas camna pun, kene buat. Bersedekah walaupun tak wajib, tapi buatlah walaupun tak ikhlas. Untuk bimbing hati jadi ikhlas, kene buat secara berterusan, istiqomah. Mula² terpaksa, lama² terbiasa & jadi ikhlas, insyaAllah.
Oppss dah macam ustazah lak... ^_^. Selalu merapu, sekali-sekala share benda yang baik sebagai ingatan untuk diri sendiri gak. Mana tau sempena tahun baru ni menjadi amalan yang berterusan ;-).
Point no. 6 juga menarik. Kadang² nak buat benda yang baik perlukan duit. Mula lah berkira² cukup ke duit aku. Kalau cukup pun, cukup² & berkuranglah duit. Dah berbelah bagi hati ni nak teruskan ke taknak. Tapi kalau nak dibandingkan duit yang dibelanja ke jalan Allah tu dengan nikmat yang telah diberikanNya selama ini, apa lah sangat kan nilai duit tu.
Salah satu cara untuk mencari hidayah ialah dengan membaca & memahami al-Quran...
© Posted from my henpon
No comments:
Post a Comment