Showing posts with label reflection. Show all posts
Showing posts with label reflection. Show all posts

Tuesday, February 11, 2020

Khusnul Khotimah

Semoga kita beroleh khusnul khotimah seperti arwah Abam...





1. Menjaga & mentaati ibu.
2. Sentiasa mendampingi para agamawan.
3. Rajin bersedekah.

InshaaAllah...

Sunday, April 23, 2017

Yang terbaik

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. 

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" 

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

👉🏻 Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Monday, March 13, 2017

Positif +++

Tiba-tiba terasa dalam diri - penat, bosan & sudah berapa banyak masa dihabiskan dengan sia2 kerana bercakap pasal orang. Kemudian, tertanya2 memang salah ke mengumpat??? 🤔

Walaupun tahu, gigih juga menggoogle berkenaan dengan mengumpat, apa yang dikatakan mengumpat. Refer ustaz google lah ni. But info is info no matter the source. Hasil dari carian, jika kita berkata mengenai keburukan/kekurangan orang lain, itu lah mengumpat.


Rasulullah SAW bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim). 

Lalu bertemu dengan terjemahan ayat Quran ini:
"
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Surah al-Hujurat: 12

Astaghfirullah. Dah lah buang masa, dapat dosa lagi. 😰

Bukan setakat mengumpat yang tidak dibenarkan. Berprasangka & mencari-cari kesalahan/keaiban orang lain juga dilarang jelas dalam al-Quran. Benarlah selalunya kedua2 faktor ini lah yang mendorong kita mengumpat. Kalau rujuk tafsir memang sangkaan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah berprasangka, bersangka buruk atau mencurigai. 

Contohnya bila kita nampak suami orang & isteri orang keluar berdua. Mula lah, kita sangka mereka ada skandal. Kalau tak ada sekalipun, kita berkata macam mana pun tak elok keluar berdua, yakni kita mencari-cari kesalahan. Kemudian, hati yang dah jelik tadi mula lah mencari kawan untuk bercerita atau lebih tepat mengumpat. Sedangkan kita tak nampak pun situasi sebenar sehingga ke saat kejadian.

Aku juga mencari tips untuk tidak mengumpat. Boleh disimpulkan, memang harus berfikiran positif. Jika sipolan bersalah sekalipun, tidak perlu kita mencari-cari atau memanjangkan lagi kesalahannya dengan bercerita pada orang lain. Elakkan juga dari bersangka buruk kerana biasanya akan lahir perasaan sakit hati yang menyebabkan kita ingin bercerita dengan orang lain perihal sipolan. Kalau sipolan bersalah sekalipun, sama ada kita menasihati depan2 atau pun seperti kata hadis selemah-lemah iman menegah dalam hati. Tak perlu sibuk bercerita dengan orang lain. Jika sipolan ada buat salah dengan kita menyebabkan kita terasa hati, instead of buang masa mengadu tentang kesalahan sipolan & betapa terasanya hati kita dengan kawan, lebih baik doakan sipolan berubah & diberi hidayah. InshaaAlah hati pun jadi tenang & malaikat turut mendoakan kita. 

Pemilihan golongan kawan juga penting. Dengan rakan2 seunit aku rasa tiada masalah kerana kami boleh berterus terang & saling menegur apa lagi dalam hal kebaikan. Cuma bila dengan rakan2 lain mungkin kene develop divert skill in conversation 😬 atau buat masa ini aku elakkan untuk berjumpa 😪. Tapi memang susah. Pagi tadi pun hampir tergelincir sebab berbual di telefon. Tapi berfikiran positif memang membantu. Bila kawan komplen pasal orang ni, kita divert dengan bersangka baik, membuatkan sesi mengumpat tidak berpanjangan.


Biasanya detoks orang kaitkan with our body health by eating clean. Tapi ni detoks diri by being positive be it in ways of thinking & acting 😇. Nak buang unsur2 negatif dalam pemikiran & tindakan gitu. Cakap mudah. Tapi susah juga nak implemen. Mungkin sesusah nak jaga pemakanan untuk detoks badan, atau mungkin lebih susah. InshaaAllah, niat baik Allah permudahkan. Kene positif kan 😉💪🏻. Hence, why I write this post, to make this new goal official. Supaya lebih bersemangat lagi 💪🏻💪🏻💪🏻.  You can do it. 🤐 je. 😁

Yang lebih menarik, tak lama selepas membaca perihal mengumpat & berniat untuk berhenti mengumpat dengan menjadi positif aku terjumpa sebuah buku bertajuk "Law of Universal Attraction". Kebetulan, mesej yang disampaikan oleh buku tersebut membuatkan aku lagi berkobar2 ingin menjadi positif. Bukan sahaja untuk elakkan mengumpat tapi juga dalam menjalani kehidupan seharian. Alhamdulillah, baru rasa nak jadi positif, Allah tunjukkan jalan & kebaikannya. Diri kita seperti magnet. Biasa dengarkan. Memang ini lah teori yang selalu motivator gunakan. Tapi setelah baca, aku rasa ada betulnya apatah lagi bila reflek dengan pengalaman sendiri.

Bila kita positif, inshaaAllah kejayaan/kesenangan & benda2 yang positif lain akan datang kepada kita. Begitu juga sebaliknya. Bila kita negatif, tanpa disedari kita menarik kegagalan/kesusahan dekat dengan kita. 

Apa pun memang tak rugi jadi positif, hati senang jiwa bahagia. Dosa pun tak dapat. InshaaAllah. Kalau bersikap negatif - sendiri sakit hati, mental & fizikal pun tanpa disedari menjadi penat/tidak sihat kerana pemikiran & tindakan akan menjadi negatif/defensif. 


Nanti sambung lagi...

©2017 Sent from my iPhone 6S+

Friday, April 01, 2016

Istiqamah

Alhamdulillah... Di hari Jumaat, penghulu segala hari ini, aku telah khatam al-Quran. Sungguh agak mencabar sesi kali ini.

Lebih kurang 600 hari yang lalu, aku menyertai group WhatsApp membaca al-Quran 1 m/s sehari walaupun aku fikir lambatnya nak khatam kalau 1 m/s sehari. At least 600 hari, hampir 2 tahun tu. Aku rasa 1 m/s sehari adalah mudah kerana sebelumnya aku mampu buat lebih lebih tapi join je lah. Tak pun memang baca 1 m/s sahaja setiap hari, kemudian fokus kepada terjemahan & tafsir. Setiap hari, selepas Maghrib admin group ini akan update surah & ayat yang perlu dibaca pada hari itu.

Rupanya bukan mudah untuk istiqamah. Apabila aku start buat bisnes dengan kawan², aku semakin hanyut. Tidak terselak al-Quran. Agak lama. Semangat membaca tu pasang surut seperti air laut. Walaupun sesudah tarik diri, susah nak istiqamah semula. Hingga akhirnya aku tekad untuk catch up balik m/s² yang tertinggal. Alhamdulillah dalam masa 2 bulan aku berjaya catch up dengan konsisten membaca sekurang2nya 5 m/s sehari. Cuba lah kira berapa m/s sebenarnya aku dah tertinggal.

Syukur Allah temukan aku dengan group ini & menggerakkan hati aku untuk join. Kalau tak, mungkin aku terus hanyut tanpa reminder. Kurniaan lebihan rezeki datang dengan pekej sibuk & penat merupakan ujian juga. Ujian untuk istiqamah. Aku belajar erti biar sikit tapi berterusan, menjadi amalan setiap hari. Aku sedar bukan mudah nak istiqamah rupanya, lagi² bila diuji dengan duniawi. Bukan membaca al-Quran sahaja, malah amalan² lain juga. 

"Amal bagaimanakah yang paling disukai Allah?"
Jawab Rasulullah SAW, "Amal yang dilakukan secara tetap walaupun sedikit (berterusan)."
- Hadis Riwayat Muslim



©2016 Posted from my Xperia Z

Friday, October 24, 2014

Friday

What a good reminder!

Sometimes we feel like we don't have enough to give. We plan to wait until we have extra or more than enough, then only we can give.

Reminds me to one of the talk show on a radio that I've listened to sometimes ago. Rezeki (duit) bukannya berapa banyak yang kita ada, tapi rezeki adalah kecukupan. Walaupun sikit tapi  cukup, itu adalah rezeki yang berkat. Jadi jangan takut untuk berbelanja ke jalan Allah. InshaaAllah, masih cukup, takkan berkurang.

Bahasa mudah kita, kalau rezeki tak berkat, duit tu panas. Ntah mana pergi... asyik la tak cukup.

Ustaz tersebut bercerita setiap bulan, mereka menyewa bas untuk membawa pelajar² mereka. Sebenarnya asalnya mereka rasa tak cukup untuk menyewa bas, tetapi kerana memerlukan, mereka teruskan juga. Alhamdulillah, setiap bulan, ada duit untuk bayar sewa bas tersebut. Hinggalah ada seorang dermawan mendermakan sebuah bas kepada mereka. Jadi mereka tidak perlu menyewa lagi. Walau bagaimanapun, selepas itu tidak lah berlebih setiap bulan pendapatan mereka hasil tidak perlu menyewa bas lagi. Mana datangnya duit sewa bas selama ini? Ini satu contoh kecukupan yang Allah beri.

Pernah juga terbaca, salah satu tips untuk dimurahkan rezeki ialah banyak memberi sedekah. Ketika mencari pekerjaan tetap setelah habis belajar di universiti, aku didatangi seorang makcik menjual buku agama. Makcik tu kata membeli sambil bersedekah. Nilainya kalau tak silap RM10. Tak lah mahal & tak lah murah untuk orang yang belum mempunyai kerja tetap seperti aku waktu itu. Memang berkira² untuk membeli. RM10 tu boleh buat makan. Tetiba teringat tips yang pernah dibaca. Ya, bersedekahlah. Memang terfikir waktu itu, mungkin dengan memberi ni, Allah akan membuka pintu rezeki buat aku. Alhamdulillah.

Rasanya kita semua tau pasal ni. Cuma kadang2 terlupa. As I said, what a good reminder, right...

Jom baca al-Kahfi!


©2014 Posted from my Xperia Z

Sunday, October 12, 2014

Amal

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."
  -Al-Imran: 133-136

Monday, May 12, 2014

Pesanan

Orang yang bernasib baik ada 3 golongan:

✏ Orang yang meredhai penciptanya sebelum dia mengadapNya.
✏ Orang yang berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya sebelum mereka berpisah dengannya.
✏ Orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia 'meninggalkan'nya.

♥♥♥♥♥

Redha manusia adalah suatu matlamat yang tak mampu dicapai...

Redha Allah adalah suatu matlamat yang tak boleh dicuai...

Maka tinggalkan apa yang tak mampu dicapai dan bersegeralah untuk mendapatkan kan apa yang tak boleh dicuai.

Friday, July 05, 2013

Reminder of The Day

It was Friday...


To be honest, I already forgot. Such a welcomed reminder it was.

Friday, February 15, 2013

Reminder



Astaghfirullah hal'azim, Allazi la ila haillah hual hayyul qayyum wa 'atu bu ilaih.

:'(

Wednesday, January 16, 2013

Senang bila tengok orang senang...

Jangan pula kita susah hati melihat orang senang & senang hati melihat orang susah...

Thursday, January 10, 2013

Jom!

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu telah diizinkan Allah untuk menghadiri majlis ilmu di Darussyifa'. Syukur sangat. Kerisauan kerana perlu membiarkan JD menjaga Honey seorang diri sepanjang hari menemui jalan penyelesaian apabila tiba2 menerima whatsapp daripada anak Kak Sal pada hari Khamis, 4 hari sebelum kursus.

Inilah majlis ilmu yang menjadi agenda pada Ahad yang lalu...


Dalam dewan kuliah yang merupakan juga ruang solat...


Banyak ilmu yang diperolehi. Semoga istiqamah mengamalkannya. Antara kata2 Tuan~Guru Dato Dr Haron~Din & Ustaz Dr~Hasnan yang masih segar dalam ingatan (disampaikan/disimpulkan dengan ayat sendiri) ialah:

- Amalan yang pertama yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah amalan lain. Jika rosak solat, rosaklah amalan yang lain.
- Kalau kita memelihara solat, solat akan memelihara kita di akhirat nanti. Kalau kita melengah-lengahkan solat, solat juga akan berlengah2 untuk menyelamatkan kita di akhirat nanti.
- Lain orang lain tingkat (markah) solatnya. Nak markah lebih kenelah mantapkan solat seperti solat awal waktu, banyakkan amalan sunat ketika dalam solat & meninggalkan yang makruh serta berzikir & berdoa selepas solat.
- Ada 6 kunci untuk khusyuk solat. Salah-satunya kene pahamkan bacaan ketika solat daripada takbiratul ihram & niat hinggalah kepada salam.
- Salah-satu tanda Allah tak redha dengan kita ialah ketika bersolat kita menderita iaitu kita nak cepat2 habiskan solat seperti analoginya kalau kita berkunjung ke rumah orang, kalau tuan rumah tak suka, kita akan rasa tak selesa & nak cepat2 balik.
- Solat adalah tiang agama & orang yang sengaja meninggalkan solat tergolong dalam golongan orang yang mungkar dan boleh dihukum bunuh jika enggan bertaubat menurut mazhab Shafie.
- Ambil masa & bersungguh2 mengerjakan solat kerana solat adalah cara untuk berhubung dengan Maha Pencipta, kekasih Agung kita di mana kepadaNya lah kita akan kembali.

Buku berharga RM15 ini digunakan di dalam kuliah...


Dalam memantapkan solat Ustaz~Hasnan menerangkan secara detail tentang rukun setiap rukun solat serta amalan2 sunat ketika solat berpandukan kepada Kitab Mughni~Mumtaz .


Semoga lain kali berpeluang lagi mengikut majlis ilmu seperti ini, انشاءالله

Friday, December 28, 2012

Allah Knows



Memang ada beberapa point di atas yang mengena. Terkilan gak sebab terpaksa pass up halaqah or islamic class since no one can take care of Honey. Tapi takpe lah, Allah knows.

Friday, December 21, 2012

Friday, December 07, 2012

Salam Jumaat!

السلام عليكم...

Wednesday, December 05, 2012

Eh… Dah berapa ya??





Eh… Dah berapa ya??




^_^ Shared from my henpon

Friday, November 30, 2012

Jom Jangan Mengumpat

Hari ini hari Jumaat.
Yay, esok cuti! Weekend ni mungkin busy sebab pelbagai aktiviti telah dirancang.

Mesej hari ini jangan berprasangka & mengumpat.


Surah Al-Hujurat: 12

Habis tu, tak boleh cakap pasal orang lain langsung lah ya? Ustazah cakap, boleh... kalau berbincang untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah yang melibatkan individu tersebut. Maknanya niatnya bukan untuk mencari salah atau menyebarkan keburukan, tapi untuk menjernihkan keadaan.

Memang susah nak tahan mulut ni daripada mengumpat. Somehow cerita pasal orang atau lebih tepat mengata orang ni seronok sebab setan jadi tukang sorak. Peringatan untuk diri sendiri, diam adalah lebih baik daripada mengumpat.


© Posted from my henpon

Friday, November 16, 2012

Sehari Selepas Maal Hijrah

Regarding to the previous post, kalau ada yang baca (kalau ada lah) maybe akan terlintas di fikiran, 'Dah alim dah budak ni...' Huhuu I wish! InsyaAllah. Ya lah, sampai bila nak jadi tak alim kan. Sampai bila?? Moga umur panjang & sempat menuju ke tahap itu.

Actually I was giving lecture to myself. Aku lah tu yang kengkonon masih belum 'bersedia', kadang² rasa menyampah pun ada (astagfirullahal'azim...), pastu dok berkira² cukup ke tak duit & masa. But as I mentioned, kene paksa diri. So I'm pushing myself to become a better Muslim, insyaAllah. One of the way is by writing a reminder for myself just like this & previous posts.

Alhamdulillah, hari ini 2 Muharam 1434H, aktiviti yang dirancang dapat dijalankan. Moga Allah terangkan hati & permudahkan jalan kami untuk terus istiqamah. Semoga usaha kami mendapat keredhaan & keberkatanNya.

Ketika kita masih mood tahun baru, mood cuti panjang bagi yang sambung cuti, kita dikejutkan dengan berita Palestin diserang Israel. Sama² lah kita berdoa semoga Allah melindungi & menyelamatkan saudara² kita bukan sahaja di Palestin, malah di Syria & di mana sahaja. Kalau nak derma via sms, boleh ikut step di bawah:


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara...


(-_-")

© Posted from my henpon

Thursday, November 15, 2012

Hijrah

Selamat Tahun Baru 1434 hijrah!

Di waktu pagi, sambil melayan si kecil, sempat menonton Selami~Jiwa di Astro Oasis. Topik pagi tadi adalah berkenaan dengan taubat. Jamal~Abdillah & Sham~Kamikaze menjadi tetamu jemputan.

Aku tertarik dengan cerita Sham on how dia menerima hidayah. Akhirnya doa si ibu selama ini makbul apabila si anak berhijrah. Sama ada hidayah dicari atau datang sendiri, yang penting kemahuan untuk bertaubat & menjadi Muslim yang lebih baik.

Menurut Dr. Fadzillah~Kamsah, ni sebab² orang bertangguh untuk bertaubat...


Aku suka point no. 2 & 5. Mungkin tanpa kita sedari kita telah menerima hidayah, tapi kita menolak. Mungkin datang dalam bentuk yang tak kita senangi, membuatkan kita rasa menyampah, tapi sedar benda tu baik. So kita ada pilihan, nak ikut dalam keterpaksaan atau tolak mentah² sebab ikutkan rasa menyampah tu. Or just plainly menolak kerana belum 'bersedia'. Err tapi kalau setiap kali diajak kepada kebaikan kita rasa menyampah, mungkin nak kene rujuk point no. 1 & lain² point kot.

Baru² ni aku ada baca satu blog & terbaca komen... kalau tak ikhlas, lebih baik tak yah pakai tudung. Typical comment,isn't it? Aku juga pernah dengar, dalam beribadat ni kita kene buat walaupun terpaksa lagi² untuk perkara yang wajib. Contoh solat, tak ikhlas camna pun, kene buat. Bersedekah walaupun tak wajib, tapi buatlah walaupun tak ikhlas. Untuk bimbing hati jadi ikhlas, kene buat secara berterusan, istiqomah. Mula² terpaksa, lama² terbiasa & jadi ikhlas, insyaAllah.

Oppss dah macam ustazah lak... ^_^. Selalu merapu, sekali-sekala share benda yang baik sebagai ingatan untuk diri sendiri gak. Mana tau sempena tahun baru ni menjadi amalan yang berterusan ;-).

Point no. 6 juga menarik. Kadang² nak buat benda yang baik perlukan duit. Mula lah berkira² cukup ke duit aku. Kalau cukup pun, cukup² & berkuranglah duit. Dah berbelah bagi hati ni nak teruskan ke taknak. Tapi kalau nak dibandingkan duit yang dibelanja ke jalan Allah tu dengan nikmat yang telah diberikanNya selama ini, apa lah sangat kan nilai duit tu.

Salah satu cara untuk mencari hidayah ialah dengan membaca & memahami al-Quran...



© Posted from my henpon

Monday, November 12, 2012

Jom baca Quran





Jom baca Quran




Shared from my henpon