Alhamdulillah... Di hari Jumaat, penghulu segala hari ini, aku telah khatam al-Quran. Sungguh agak mencabar sesi kali ini.
Lebih kurang 600 hari yang lalu, aku menyertai group WhatsApp membaca al-Quran 1 m/s sehari walaupun aku fikir lambatnya nak khatam kalau 1 m/s sehari. At least 600 hari, hampir 2 tahun tu. Aku rasa 1 m/s sehari adalah mudah kerana sebelumnya aku mampu buat lebih lebih tapi join je lah. Tak pun memang baca 1 m/s sahaja setiap hari, kemudian fokus kepada terjemahan & tafsir. Setiap hari, selepas Maghrib admin group ini akan update surah & ayat yang perlu dibaca pada hari itu.
Rupanya bukan mudah untuk istiqamah. Apabila aku start buat bisnes dengan kawan², aku semakin hanyut. Tidak terselak al-Quran. Agak lama. Semangat membaca tu pasang surut seperti air laut. Walaupun sesudah tarik diri, susah nak istiqamah semula. Hingga akhirnya aku tekad untuk catch up balik m/s² yang tertinggal. Alhamdulillah dalam masa 2 bulan aku berjaya catch up dengan konsisten membaca sekurang2nya 5 m/s sehari. Cuba lah kira berapa m/s sebenarnya aku dah tertinggal.
Syukur Allah temukan aku dengan group ini & menggerakkan hati aku untuk join. Kalau tak, mungkin aku terus hanyut tanpa reminder. Kurniaan lebihan rezeki datang dengan pekej sibuk & penat merupakan ujian juga. Ujian untuk istiqamah. Aku belajar erti biar sikit tapi berterusan, menjadi amalan setiap hari. Aku sedar bukan mudah nak istiqamah rupanya, lagi² bila diuji dengan duniawi. Bukan membaca al-Quran sahaja, malah amalan² lain juga.

"Amal bagaimanakah yang paling disukai Allah?"
Jawab Rasulullah SAW, "Amal yang dilakukan secara tetap walaupun sedikit (berterusan)."
- Hadis Riwayat Muslim

©2016 Posted from my Xperia Z
No comments:
Post a Comment