Tuesday, February 23, 2016

Anak Mama

Malam tadi tiba2 JD cakap Iman ni bukan 'anak Papa'. Maknanya Iman kurang mesra dengan JD berbanding Honey. Aku ingatkan JD tak perasan, rupanya dia perasan juga. Bukan lah tahap tak mau langsung, tapi kalau boleh Iman memang nak berkepit dengan aku je. Ada juga masanya tak mau langsung dengan JD especially time nak tido. Kalau JD bawak dia naik atas, aku tak naik lagi, meraung2. Bila JD nak ke kedai, Iman tak nak ikut walaupun diajak melainkan Honey ikut sekali.

Dulu sebelum cerai susu, aku tak rasa Iman terlalu attach dengan aku & aku ingatkan dia nak kat aku sebab nak breastfeed je. Tapi memang sebelum cerai susu, kalau JD ajak keluar berdua, she was ok. Rupanya selepas cerai susu, makin melekat pulak. Mungkin setelah takde nenen, dia takut aku plak takde. Actually, she's still remember nenen even though I've never mentioned it. Once in a while, ada juga dia nak selak baju. Cepat2 aku bangun & buat keje lain.

Tapi luckily as I said before takde la dia tak mau langsung dengan JD. At least, kalau berjalan, dia still ok kalau JD yang dukung. I guess she's ok as long as I'm around. Mungkin juga faktor usia. Dulu masa kecik, tak kisah sangat. Tapi bila makin besar ni, makin memilih & 'ngengada' gak.

Memang Iman manja gila dengan aku. She also thinks that I'm exclusively hers. Honey pun sedar perkara ni. So kadang2 nak menyakat Iman, Honey saje manja2 dengan aku. Peluk, duduk atas riba... pastu panggil Iman. Bila Iman nampak, mula lah merengek & nak berkepit juga.

Iman juga pandai memujuk. Bila aku marah atau merajuk, mesti dia akan cakap, "Mama ye" banyak kali. "Ye" as in yellow. Aku pun tak tau "ye" tu apa. Tapi tau lah maknanya dia tau aku marah & nak pujuk balik.

Dulu ingatkan kalau dah cerai susu, senang lah nak bergerak ke mana2... nak out-station ke. Nampak gaya, mencabar gak ni.

No comments: