Tuesday, February 16, 2016

Asrama

Sehari dua ini, FB timeline aku dipenuhi dengan status2 para ibu bapa menghantar anak2 mereka ke MSRM & sekolah berasrama penuh (SBP). Mesti gembira & bangga kan anak2 bersekolah yang berprestij, yang hanya menempatkan pelajar2 terpilih.

Bagi aku & JD, kami pernah berbincang sebelum Honey lahir lagi. Anak2 kami tidak boleh masuk asrama. JD pernah bersekolah asrama ketika Tingkatan 4 & 5, & baginya duduk asrama tidak seronok, jauh sekali mengajar anak2 berdikari. Aku setuju kerana melihat ramai rakan2 sekolah asrama yang lebih manja daripada aku. Mungkin kerana bila bersekolah asrama, masa pulang ke rumah diraikan oleh ibu bapa & dilayan agak istimewa. Bagi aku sendiri pula, sekolah biasa pun ok. Aku mendapat tawaran ke MRSM Jasin ketika Tingkatan 4, tetapi aku tolak. Aku percaya, di sekolah biasa pun boleh berjaya. Yang pasti boleh tentukan sendiri waktu belajar. Tidak perlu mengikut waktu yang disediakan oleh sekolah, yang biasanya dipanggil prep(aration) class. Paling penting, aku ingin melihat sendiri anak2 membesar di depan mata. Bagi aku usia 12 tahun masih terlalu awal untuk dilepaskan. Lebih2 lagi anak perempuan. Kerana anak perempuan juga lah aku rasa JD mempunyai kuasa veto untuk menentukan Honey & Iman boleh masuk asrama atau tidak. Jadi kalau ditakdirkan mereka ingin masuk asrama, kene lah pujuk JD.

Bukan untuk menghakimi, tetapi aku merasakan seperti menjadi suatu kebanggaan pula bila anak dapat tawaran & masuk asrama. Ada juga yang aku lihat berdasarkan status & komen, anak tidak berapa teringin nak masuk asrama tetapi si ibu yang beriyer2. Susah juga aku nak memahami kerana bagi aku sekolah bukan faktor penentu kejayaan & di sekolah biasa juga boleh berjaya. Sebab itu juga aku sedikit pun tidak merasa terkilan apabila menolak untuk masuk MRSM. Nasib baik Mak tak tergolong dalam golongan ibu yang beriyer2 ni. Tak tahu lah jika di kemudian hari aku juga akan beriyer2. Ketika itu, kalau membaca pos ini pasti aku akan malu sendiri.

Zaman sekarang sememangnya tak sama macam dulu termasuklah pendidikan. Aku lihat zaman sekarang, ramai ibu bapa memilih sekolah swasta, atas alasan lebih islamik, medium bahasa Inggeris & sebagainya. Pastinya sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak2. Jadi mungkin kerana itu, ramai yang memilih untuk memasukkan anak2 ke sekolah berasrama seawal 12/13 tahun kerana sememangnya sekolah berasrama seperti MRSM & SBP mempunyai reputasi yang lebh baik. Risau juga kerana kemungkinan besar yang tinggal di sekolah biasa adalah anak2 yang kurang berpotensi dari segi akademik. Kurang berpotensi dari segi akademik ya, tak semestinya tidak boleh berjaya. Boleh dilihat rakan2 sekelas aku, mungkin mereka kurang bijak, keputusan PMR tidak melayakkan mereka ke sekolah lain, mereka tiada pilihan untuk bertukar sekolah tetapi boleh dikatakan semua sudah berjaya sekarang. Ada seorang tu, 2 kali mengulang SPM, sekarang sudah bergelar pensyarah & sedang menyambung pengajian di peringkat PhD.

Tapi ya lah, perkembangan anak2 juga dipengaruhi oleh rakan2 mereka melainkan anak2 ini mepunyai jati diri yang kuat (macam aku :D). Tapi apa lah yang dapat dijangkakan daripada anak2 yang baru meningkat remaja ni kan. Lebih2 lagi dalam era yang mencabar dengan terlalu banyak unsur2 luar & gejala sosial. Mungkin ini akan jadi faktor untuk aku membuat keputusan untuk Honey & Iman kelak. Apa yang aku harapkan & sentiasa berdoa semoga mereka menjadi anak2 yang baik, berjaya di dunia & akhirat. InsyaAllah, tak payah masuk asrama. Duduk rumah, Mama jaga ok. Nak makan apa, nanti Mama masak. Huhuhuu...

2 comments:

attyfir said...

betul dik , ankbuah kty ank anor ngn ank najib pndai2, upsr 5A, tak msk punn asrama, lps tu baru2 ni ank najib dpt pt cemerlang jgk 7A.x msk asrama jgk .. lps2 spm nanti je le kot.

PurPlè said...

tu la kty, sek biasa pun bleh cemerlang gak... cuma kene monitor lebih la kot pasal sekolah/pelajaran ni.