Wednesday, January 30, 2013

Panas! Selebriti Popular Pergi Bercuti...


"Eh janganlah amik gambar I. I tengah makan lah..."

Hakikatnya sekadar selebriti popular blog Purple~punya ini sahaja. Pada 27-29hb Jan yang lalu, dengan izinNya Honey telah pergi bercuti di Langkawi dengan Mama & Papa, Nenek, Mak & Pak Mok serta Abang Apit. Alhamdulillah, percutian yang telah dirancang dari tahun lepas lagi berjalan dengan baik.

Wednesday, January 23, 2013

Sunday, January 20, 2013

Kenangan 2012: Khatam al-Quran


Alhamdulillah, aku berjaya khatam al-Quran untuk kali kedua (secara individu bukan secara tadarus) pada hari Jumaat, 14 Dis 2012. Aku memulakan misi pada hari Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433H. ~5 bulan masa yang diambil. Kali pertama khatam sewaktu kanak-kanak dahulu. Standard belajar mengaji, belajar sampai khatam.

Sebenarnya, sejak 10 tahun yang lalu, setiap kali Ramadan aku akan mula membaca al-Quran & berazam akan terus membacanya sehingga khatam. Tapi bila habis je bulan Ramadan, semangat membaca al-Quran pun luntur. Lalu al-Quran tersimpan rapi tidak disentuh. Itu pun sepanjang bulan Ramadan cuma dapat 2 atau 3 juzuk saje. Bila Ramadan muncul kembali tahun berikutnya, mula semula daripada al-Fatihah. Sematkan azam yang sama. Bila habis Ramadan, seperti tahun2 sebelumnya, azam tetap tinggal azam.

Alhamdulillah, tahun 2012, dengan semangat baru, sepanjang bulan Ramadan aku dapat habiskan 8 juzuk & terus mengaji sehinggalah khatam. Tambah istimewa, bukan setakat khatam membaca al-Quran dalam bahasa Arab, alhamdulillah khatam juga membaca terjemahannnya. Sesungguhnya pencapaian ini aku anggap signifikan. Ya lah, setelah 10 tahun baru berjaya merealisasikan azam.

Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu aku perbaiki dari segi bacaan, pemahaman, penghayatan & fokus. InshaaAllah, rutin mengaji al-Quran hampir setiap hari akan diteruskan & dipertingkatkan sehingga khatam untuk kali ketiga, keempat & seterusnya selagi ada hayat. Moga usahaku ini mendapat redha-Nya & beroleh hidayah. Ya Allah, jauhkan lah aku dari perasaan malas & jemu untuk membaca kalamMu, kitab al-Quran.

Thursday, January 17, 2013

Honey's 1st Holiday: Morib~Gold~Coast

Somehow this place was better than I had expected. As I said in this post, many complaints about the service so I didn't expect much. So I was happy to see a clean apartment & waterpark. However, seriously the management should do something about the long queue during check-in.

The 3-bedroom apartment's living hall...



The dining area...



The master bedroom & the bathroom...




The view from the balcony...




For me, I satisfied with the size of the waterpark. Since it was school holiday & Christmas was around the corner, I thought the waterpark would be crowded. But it was not. There was enough space for all of us. Most importantly, Honey had fun.

See, the happy face of Honey...




She really loved being in a water...

Wednesday, January 16, 2013

Senang bila tengok orang senang...

Jangan pula kita susah hati melihat orang senang & senang hati melihat orang susah...

Thursday, January 10, 2013

Jom!

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu telah diizinkan Allah untuk menghadiri majlis ilmu di Darussyifa'. Syukur sangat. Kerisauan kerana perlu membiarkan JD menjaga Honey seorang diri sepanjang hari menemui jalan penyelesaian apabila tiba2 menerima whatsapp daripada anak Kak Sal pada hari Khamis, 4 hari sebelum kursus.

Inilah majlis ilmu yang menjadi agenda pada Ahad yang lalu...


Dalam dewan kuliah yang merupakan juga ruang solat...


Banyak ilmu yang diperolehi. Semoga istiqamah mengamalkannya. Antara kata2 Tuan~Guru Dato Dr Haron~Din & Ustaz Dr~Hasnan yang masih segar dalam ingatan (disampaikan/disimpulkan dengan ayat sendiri) ialah:

- Amalan yang pertama yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah amalan lain. Jika rosak solat, rosaklah amalan yang lain.
- Kalau kita memelihara solat, solat akan memelihara kita di akhirat nanti. Kalau kita melengah-lengahkan solat, solat juga akan berlengah2 untuk menyelamatkan kita di akhirat nanti.
- Lain orang lain tingkat (markah) solatnya. Nak markah lebih kenelah mantapkan solat seperti solat awal waktu, banyakkan amalan sunat ketika dalam solat & meninggalkan yang makruh serta berzikir & berdoa selepas solat.
- Ada 6 kunci untuk khusyuk solat. Salah-satunya kene pahamkan bacaan ketika solat daripada takbiratul ihram & niat hinggalah kepada salam.
- Salah-satu tanda Allah tak redha dengan kita ialah ketika bersolat kita menderita iaitu kita nak cepat2 habiskan solat seperti analoginya kalau kita berkunjung ke rumah orang, kalau tuan rumah tak suka, kita akan rasa tak selesa & nak cepat2 balik.
- Solat adalah tiang agama & orang yang sengaja meninggalkan solat tergolong dalam golongan orang yang mungkar dan boleh dihukum bunuh jika enggan bertaubat menurut mazhab Shafie.
- Ambil masa & bersungguh2 mengerjakan solat kerana solat adalah cara untuk berhubung dengan Maha Pencipta, kekasih Agung kita di mana kepadaNya lah kita akan kembali.

Buku berharga RM15 ini digunakan di dalam kuliah...


Dalam memantapkan solat Ustaz~Hasnan menerangkan secara detail tentang rukun setiap rukun solat serta amalan2 sunat ketika solat berpandukan kepada Kitab Mughni~Mumtaz .


Semoga lain kali berpeluang lagi mengikut majlis ilmu seperti ini, انشاءالله

Saturday, January 05, 2013

Thursday, January 03, 2013

Wednesday, January 02, 2013

Kenangan 2012: 'From A Baby to A Toddler'

Syukur kerana berpeluang melihat Honey membesar.

Daripada bayi  yang hanya terbaring terlentang, kemudian meniarap, berguling, mengesot, duduk, memanjat, merangkak, bertatih, berdiri & akhirnya kanak-kanak kecil yang sudah pandai berjalan.

Daripada hanya tahu tidur, menangis & kadangkala ketawa apabila diagah sehinggalah kepada pandai meminta dengan berkata, "Nak", menggelengkan kepala & mengikut arahan yang mudah. Semuanya berlaku pada tahun 2012. It was amazing to see a baby development in 1 year. Alhamdulillah.