Thursday, January 10, 2013

Jom!

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu telah diizinkan Allah untuk menghadiri majlis ilmu di Darussyifa'. Syukur sangat. Kerisauan kerana perlu membiarkan JD menjaga Honey seorang diri sepanjang hari menemui jalan penyelesaian apabila tiba2 menerima whatsapp daripada anak Kak Sal pada hari Khamis, 4 hari sebelum kursus.

Inilah majlis ilmu yang menjadi agenda pada Ahad yang lalu...


Dalam dewan kuliah yang merupakan juga ruang solat...


Banyak ilmu yang diperolehi. Semoga istiqamah mengamalkannya. Antara kata2 Tuan~Guru Dato Dr Haron~Din & Ustaz Dr~Hasnan yang masih segar dalam ingatan (disampaikan/disimpulkan dengan ayat sendiri) ialah:

- Amalan yang pertama yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah amalan lain. Jika rosak solat, rosaklah amalan yang lain.
- Kalau kita memelihara solat, solat akan memelihara kita di akhirat nanti. Kalau kita melengah-lengahkan solat, solat juga akan berlengah2 untuk menyelamatkan kita di akhirat nanti.
- Lain orang lain tingkat (markah) solatnya. Nak markah lebih kenelah mantapkan solat seperti solat awal waktu, banyakkan amalan sunat ketika dalam solat & meninggalkan yang makruh serta berzikir & berdoa selepas solat.
- Ada 6 kunci untuk khusyuk solat. Salah-satunya kene pahamkan bacaan ketika solat daripada takbiratul ihram & niat hinggalah kepada salam.
- Salah-satu tanda Allah tak redha dengan kita ialah ketika bersolat kita menderita iaitu kita nak cepat2 habiskan solat seperti analoginya kalau kita berkunjung ke rumah orang, kalau tuan rumah tak suka, kita akan rasa tak selesa & nak cepat2 balik.
- Solat adalah tiang agama & orang yang sengaja meninggalkan solat tergolong dalam golongan orang yang mungkar dan boleh dihukum bunuh jika enggan bertaubat menurut mazhab Shafie.
- Ambil masa & bersungguh2 mengerjakan solat kerana solat adalah cara untuk berhubung dengan Maha Pencipta, kekasih Agung kita di mana kepadaNya lah kita akan kembali.

Buku berharga RM15 ini digunakan di dalam kuliah...


Dalam memantapkan solat Ustaz~Hasnan menerangkan secara detail tentang rukun setiap rukun solat serta amalan2 sunat ketika solat berpandukan kepada Kitab Mughni~Mumtaz .


Semoga lain kali berpeluang lagi mengikut majlis ilmu seperti ini, انشاءالله

No comments: