Sunday, January 20, 2013

Kenangan 2012: Khatam al-Quran


Alhamdulillah, aku berjaya khatam al-Quran untuk kali kedua (secara individu bukan secara tadarus) pada hari Jumaat, 14 Dis 2012. Aku memulakan misi pada hari Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433H. ~5 bulan masa yang diambil. Kali pertama khatam sewaktu kanak-kanak dahulu. Standard belajar mengaji, belajar sampai khatam.

Sebenarnya, sejak 10 tahun yang lalu, setiap kali Ramadan aku akan mula membaca al-Quran & berazam akan terus membacanya sehingga khatam. Tapi bila habis je bulan Ramadan, semangat membaca al-Quran pun luntur. Lalu al-Quran tersimpan rapi tidak disentuh. Itu pun sepanjang bulan Ramadan cuma dapat 2 atau 3 juzuk saje. Bila Ramadan muncul kembali tahun berikutnya, mula semula daripada al-Fatihah. Sematkan azam yang sama. Bila habis Ramadan, seperti tahun2 sebelumnya, azam tetap tinggal azam.

Alhamdulillah, tahun 2012, dengan semangat baru, sepanjang bulan Ramadan aku dapat habiskan 8 juzuk & terus mengaji sehinggalah khatam. Tambah istimewa, bukan setakat khatam membaca al-Quran dalam bahasa Arab, alhamdulillah khatam juga membaca terjemahannnya. Sesungguhnya pencapaian ini aku anggap signifikan. Ya lah, setelah 10 tahun baru berjaya merealisasikan azam.

Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu aku perbaiki dari segi bacaan, pemahaman, penghayatan & fokus. InshaaAllah, rutin mengaji al-Quran hampir setiap hari akan diteruskan & dipertingkatkan sehingga khatam untuk kali ketiga, keempat & seterusnya selagi ada hayat. Moga usahaku ini mendapat redha-Nya & beroleh hidayah. Ya Allah, jauhkan lah aku dari perasaan malas & jemu untuk membaca kalamMu, kitab al-Quran.

No comments: