Sunday, April 23, 2017

Yang terbaik

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. 

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" 

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

👉🏻 Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Friday, April 14, 2017

Mertua

Sejak akhir² ini selalu terbaca kisah² mertua yang kurang enak. Pengotor, suka mencari kesalahan menantu lah & yang terkini mendera menantu.

Syukur sangat aku dikurniakan mertua yang baik. Bila baca kisah mertua pengotor, memang tak boleh bayangkan camna nak hadapi. Alhamdulillah, mertua ku khasnya Mak seorang pembersih macam Mak juga. Jenis yang cekap mengemas & memasak. Masak pun sedap & tak berkira. Memang tak mampu lah nak kontrol makan menjadi menantu yang ala² sopan tak mentekedarah 😬 bila balik ke rumah mertua.

Ayah pun rajin. Tak kisah buat kerja² rumah seperti menyapu sampah & membasuh baju. Rajin juga ke kedai/pasar beli barang² yang Mak suruh beli.

Walaupun bukannya senang sangat, mereka tak meminta². Jenis yang selalu kalau boleh taknak menyusahkan anak². Kedua²nya ringan mulut mengucapkan terima kasih walaupun benda yang dibuat tu memang tanggungjawab anak & menantu.

Alhamdulillah. 

Semoga Mak & Ayah sentiasa dirahmati Allah.

©2017 Sent from my iPhone 6S+