Seperti yang diduga, Sabtu lalu badan terasa penat kerana nak datang period. Elok esoknya, Ahad seawal 7 pagi memang red flag pun. Kerana penat hari Sabtu tu, plan nak masak sup tulang selepas berbuka, terpaksa dibatalkan. Since Ahad tu memang dah tak boleh puasa, jadi masak lah sup tulang. Maknanya tahun ni 9 hari kene ganti puasa. Paling banyak dalam sejarah ni.
Malam ini malam 30 Ramadhan. Malam terakhir Ramadhan tahun ini. Rasa sayu pulak hati.
Hari ini aku masak agak banyak lauk untuk berbuka. Biasanya akan ada 3 jenis lauk je. Tapi hari ini ada 4. JD pun tegur. Masak lebih hari ni sebab ini lah kali terakhir aku masak untuk berbuka puasa Ramadhan tahun ni. Esok akan berbuka di rumah Mak.
Persiapan raya tahun ini boleh dikatakan kurang berbanding tahun lepas. Seperti biasa sejak ada anak dara 2 org ni, aku akan menempah baju dengan Mak Long. 3 pasang sorang. Aku pun 3 pasang juga. Target tahun ni nak beli ready made online sepasang je sebab baju raya tahun lepas pun ada yang tak pakai lagi. Tapi end up 2 pasang. Ok lah tu, tak lari sangat. Yang sepasang lagi tu pun murah je kalau nak dibandingkan dengan harga baju sekarang yang rata² rm200++.
Tudung raya tak beli. Ada lah beli tudung baru. Tapi bukan lah untuk raya & harga pun murah. Tahun lepas takde kasut raya, jadi tahun ni beli 2 pasang, pun yang murah juga. Somehow berkenan yang murah. Selamat bajet.
Beg raya last minute baru rasa nak beli. Sebab PMS lah tu. Khamis lepas, hampir nak beli beg preloved dari kawan, tapi rupanya bukan saiz yang aku nak. Petangnya selepas training, gi Alamanda masuk butik Coach, takde plak yang berkenan. Contact seller kat IG, dah nak balik kampung beraya pula 😢. So takde lah beg raya. Hehee tapi memang nafsu nak beg raya tu sebab PMS je. Tak pernah² sibuk nak beg raya.
Kuih raya pula memang target tahun ni no kuih raya untuk rumah sendiri. Beli kuih raya untuk Mak & mertua saje. Untuk rumah sendiri, beli kerepek² cukup.
Baju raya casual budak² sebelum puasa dah beli. Jadi masa puasa takde lah sibuk nak shopping beli baju anak². Shopping untuk diri sendiri tengok kalau ada masa. Tak beli banyak pun baju budak². Nak cari baju Honey susah sikit sebab saiz badannya yg bam bam tu. Takpe lah janji ada baju baru.
Untuk rumah takde yang baru. Teringin gak nak beli karpet baru sebenarnya. Tengok lah hujung minggu time raya nanti kalau ada masa & masih ada mood nak berkarpet baru.
Asalnya niat di hati teringin gak nak buat open house tahun ni. Tapi sebab badan tak kurus² tak jadi lah. Lame betul excuse kan. Tapi betul. Tak mau lah JD sorang kurus. Nanti orang tegur dia je. Lagipun pressure cooker Noxxa kan ada. Tahun ni kita utilize dia dulu.
Alhamdullilah tahun ni memang kurang sikit berbelanja. Since berbuka pun 25 hari masak sendiri, jimat gak belanja tang tu.
InshaaAllah, semoga bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.
©2016 Posted from my Xperia Z