Saturday, July 02, 2016

27 Ramadhan 1437H

Lagi 4 hari nak raya.

Mood memasak sebenarnya dah ke laut. Tapi terpaksa juga lah gigihkan diri. Nak buka puasa di luar, malas. Nak membeli lauk di pasar Ramadhan, takde yang menyelerakan.

Sehingga ke hari ini ada lah 5 hari aku tak memasak, membeli di luar sahaja. Pertama kali pada Jumaat, 12 Ramadhan. Singgah di Presint Diplomatik, bungkus lamb mendy. Jemu juga selama 11 hari makan nasi putih.

Kemudian minggu seterusnya hari Khamis. Tak larat sungguh nak memasak rasanya, jadi singgah di param beli nasi ayam. Makin hari, terasa makin takde mood nak memasak. Jadi minggu ni 3 hari berturut² tak memasak. Hari Rabu aku cuti kerana JD kene pergi ke site awal pagi. Jadi kene lah menguruskan budak² ke sekolah. Lagipun nak shopping sekali. Jadi ke IOI City & beli nasi ayam Chicken Rice Shop untuk berbuka. Khamis pula ada latihan, habis awal. Jadi singgah ke Alamanda, sambung shopping & sebab tak tau nak beli apa untuk berbuka, beli lagi nasi ayam CRS. Jumaat masih rasa malas nak memasak, jadi balik kerja singgah param beli nasi tomato pula.

Rasanya sepanjang cuti selama 4 hari sebelum raya ni, memang akan memasak lah. Menu hari ini, sambal udang, kangkung goreng & telur dadar. Ingat lepas berbuka nanti nak masak sup tulang sebab budak² suka sangat sup. Aku tak reti masak benda berkuah macam gulai & sup tanpa merasa. Tak reti nak bajet garam. Jadi kene lah tunggu berbuka baru masak.

Ok cukup pasal berbuka puasa. Seperti yang aku cerita di dalam post yang lepas, aim Ramadhan kali ini nak istiqamah. Alhamdulillah, masih gigih meneruskan tarawikh di rumah & amalan lain. Hakikatnya memang susah nak istiqamah ni lagi² di hujung Ramadhan. Ya lah mood memasak pun dah ke laut. Allah Maha Mengetahui & Bijaksana. Sebab itu lah ada malam lailatul qadr sebagai motivasi diri. Bayangkan kalau takde. Hmmm 😔. Tapi bab meningkatkan amalan macam gagal je 😢. Badan terasa penat lalu seperti tidak mampu melipat gandakan amalan. Astaghfirullah.. Caiyok² 💪💪💪.

Antara faktor rasa penat aku rasa sebab nak datang period. Ketika minggu pertama, aku dah cuti selama 6 hari. Kalau datang period seperti yang dijangka, maybe Isnin ni cuti balik, so 8 hari lah cuti.

Persiapan raya kita sambung dalam next post ya...



©2016 Posted from my Xperia Z

No comments: