Friday, October 24, 2014

Friday

What a good reminder!

Sometimes we feel like we don't have enough to give. We plan to wait until we have extra or more than enough, then only we can give.

Reminds me to one of the talk show on a radio that I've listened to sometimes ago. Rezeki (duit) bukannya berapa banyak yang kita ada, tapi rezeki adalah kecukupan. Walaupun sikit tapi  cukup, itu adalah rezeki yang berkat. Jadi jangan takut untuk berbelanja ke jalan Allah. InshaaAllah, masih cukup, takkan berkurang.

Bahasa mudah kita, kalau rezeki tak berkat, duit tu panas. Ntah mana pergi... asyik la tak cukup.

Ustaz tersebut bercerita setiap bulan, mereka menyewa bas untuk membawa pelajar² mereka. Sebenarnya asalnya mereka rasa tak cukup untuk menyewa bas, tetapi kerana memerlukan, mereka teruskan juga. Alhamdulillah, setiap bulan, ada duit untuk bayar sewa bas tersebut. Hinggalah ada seorang dermawan mendermakan sebuah bas kepada mereka. Jadi mereka tidak perlu menyewa lagi. Walau bagaimanapun, selepas itu tidak lah berlebih setiap bulan pendapatan mereka hasil tidak perlu menyewa bas lagi. Mana datangnya duit sewa bas selama ini? Ini satu contoh kecukupan yang Allah beri.

Pernah juga terbaca, salah satu tips untuk dimurahkan rezeki ialah banyak memberi sedekah. Ketika mencari pekerjaan tetap setelah habis belajar di universiti, aku didatangi seorang makcik menjual buku agama. Makcik tu kata membeli sambil bersedekah. Nilainya kalau tak silap RM10. Tak lah mahal & tak lah murah untuk orang yang belum mempunyai kerja tetap seperti aku waktu itu. Memang berkira² untuk membeli. RM10 tu boleh buat makan. Tetiba teringat tips yang pernah dibaca. Ya, bersedekahlah. Memang terfikir waktu itu, mungkin dengan memberi ni, Allah akan membuka pintu rezeki buat aku. Alhamdulillah.

Rasanya kita semua tau pasal ni. Cuma kadang2 terlupa. As I said, what a good reminder, right...

Jom baca al-Kahfi!


©2014 Posted from my Xperia Z

No comments: