Dah seminggu, sale pun dah nak habis, baru nak cerita.
Memang tertunggu² sale kali ini kerana dah target nak beli safety gate. 2 tahun yang lalu pun beli safety gate, tapi itu untuk letak di tangga bahagian bawah.
Safety gate di tingkat bawah. Honey ketika kecil yang memang tak puas hati tengok gate tu.
Kali ni nak letak di tingkat atas pula.
Ada gate di tingkat atas, mudah sikit kami nak bersiap pergi kerja. Boleh tinggalkan pintu bilik terbuka. Kalau Honey bangun tidur, tak bimbang dia akan turun bawah sendiri. Kalau aku di bawah, Hani panggil pun boleh dengar sebab pintu bilik tak tertutup.
Biasalah target safety gate, terbeli juga benda lain.
Tapi Honey tak mau main dalam rumah mainan ni. Dia tak reti lagi main pondok². JD pun dah cakap dia nak simpan, tunggu Honey besar sikit baru pasang balik. I think that's better. Bila Honey & Iman dah besar, mesti diorang seronok ada rumah mainan ni.
No comments:
Post a Comment