Monday, December 01, 2014

Growing Up

Tetiba teringat suatu ketika di mana apabila keluar rumah, Honey akan membawa anak patung bersama. Bukan setakat 1, kadang² 3 sekali dibawanya. Penuh tempat duduk belakang dengan anak patung. Tapi ni bukan anak patung yang macam Barbie tu, more to teddy bear actually or soft dolls. Biasanya yang akan dibawa ialah Minnie, Bear & Bean. Ya, itu nama² yang dipanggil. I don't have the photo though. Too lazy to go upstairs.

Biasanya kami keluar rumah untuk ke taman permainan & makan. Bila nak pergi makan, Honey nak bawa anak² patungnya bersama. Kami hanya akan membenarkan 1 sahaja. Anak patung tu akan duduk di kerusi juga.

Satu hari tu kami ke KFC Serdang. Ya, jauh kami pergi untuk makan KFC, semata-mata sebab malas nak masuk shopping mall. Hari tu, Minnie makan bersama kami. Masa nak balik, ketika dalam kereta, tiba² Honey dok bising "Ni,  ni,  ni...". Mungkin kerana kekenyangan, kami lambat picked up apa yang cuba disampaikan oleh Honey. Suddenly, I was like, "Minnie!".  Tergesa² lah JD keluar dari kereta & masuk semula ke KFC. Walau bagaimanapun, Minnie tidak dijumpai. Honey dah sedih dah bila tau Minnie tak ada.

Rupa²nya Minnie ada dalam handbag aku. Mesti masa masukkan Minnie dalam handbag, aku dalam mode auto-pilot. Ya lah, Honey tau bawak je makan sekali, tapi masa balik tak peduli pun. Aku ni lah tukang kutip. Nasib baik ada handbag besar yang boleh muat.

Lucu pula bila teringat balik. Now Honey mungkin dah lupa pada Bear, Bean, Jubbi & Minnie. Tiada lagi anak patung makan bersama² kami.

One day, it'll come the day Honey stop requesting me to lie next to her & cuddle her when she wants to sleep. There'll be the day no more spending the evening at a playground or swimming pool. Now I feel it. Don't grow up too fast, dear. But, I'm certainly looking forward for the day Honey stop wearing diapers.


©2014 Posted from my Galaxy Note 8.0

No comments: