Friday, December 19, 2008

Diari Seorang Pelajar

Dah nak abis semester ni, baru saya teringat nak tulis pasal rutin saya sebagai seorang pelajar. Takde yg special pun, biasa jer.

- Saya 'cuba' bangun pagi 1 jam 15 minit sebelum kelas yg terawal bermula & 'cuba' kuar dari bilik utk ke kelas 15 minit sebelum kelas bermula.

- Biasanya kelas saya bermula pukul 10 dan berakhir pukul 5. Hanya 1 atau 2 jam rehat. Waktu rehat saya tak balik bilik. I'll have a quick lunch, pastu stay in the lab menyiapkan assignment. Klu ada masa & rasa perlu sesuatu yg menyegarkan sblm kelas belah petang bermula, minum mocha panas di Costa.

- Biasanya lunch saya ialah seafood sandwich atau roti yg dibeli di Tesco atau sandwich tuna dgn sos BBQ yg dibeli di Subway. Dulu2 saya tak suka sandwich tuna Subway ni, tp skrg saya mula menyukainya. Takpun saya tak lunch langsung. Adakah saya makin kurus? Semestinya.

- Waktu rehat juga digunakan untuk solat. Saya kira bertuah kerana department saya begitu dekat dengan deretan kedai di mana Tesco, Costa & Subway terletak dan juga dekat dengan bilik solat.

- Habis kelas pukul 5, saya pulang ke bilik. Prepare dinner ala kadar & buat assignment. Biasanya paling awal saya tido pukul 2am. Esoknya bangun pagi, gi kelas.

Ini lah rutin saya sepanjang 12 minggu ni. Saya rasa lega kerana semester 1 sudah sampai penghujungnya. Malah, hormon saya juga turut bersetuju ;-). Alhamdulillah, pas ni bleh lah berehat drp rutin ni selama 3 minggu.

Mungkin semester depan, rutin ni akan berubah sbb tgk jadual, tak lah sepadat semester ni. Takde lah setiap hari kelas dr pagi sampai petang. Tp yg pasti, assignment akan lebih byk berbanding semester ni. Huh... menakutkan & pressure klu ingat. InsyaAllah, saya boleh lakukan.

Well, just focus, no less & no more, I'll be managed to keep my sanity... ;-)

No comments: