Friday, May 03, 2013

PRU~13

Ok nak berkempen ni. Hehee tak lah, aku bukan lah ahli mana² parti & undi adalah rahsia ;-). Saje je nak bercakap pasal pilihan raya walaupun dah agak terlambat sebab cuma tinggal beberapa hari saje lagi. Takpe lah, better late than never kan.

Seriously, aku seronok tengok orang berkempen. Suka baca komen² di FB. Basically I can accept any comment, tak kisah lah dari pihak mana. Tapi bila komen berbau fitnah, yang tak pasti kesahihannya, aku yang membaca ni plak rasa seriau. Ya Allah, beraninya mengambil risiko membuat dosa untuk dihitung di akhirat kelak, lalu menjadi tiket ke neraka. Hanya kerana sebelah pihak mengeluarkan statement pertuduhan, siap bersumpah sekali pun, tak bermakna yang dituduh tu sememangnya bersalah. Yang pelik, kebanyakannya menolak hukum hudud & undang² Islam, tapi keputusan hakim yang digunapakai oleh undang² sekular negara kita pun tak diterima. Kita mungkin anggap perkara tu remeh, tapi besar dosanya di sisi Allah swt.


Beberapa hari sebelum parlimen dibubarkan, aku mendengar talk Ustaz~Zaharudin di Ikim. Menurut beliau, dalam Islam, kita kene adil dalam mendapatkan maklumat. Jangan membuat kesimpulan dengan hanya mendapatkan maklumat dari sebelah pihak. Kebolehan menilai maklumat juga adalah hidayah daripada Allah.

Patutlah bagi sesetengah orang susah nak nampak atau kalau nampak pun merelakan kepincangan situasi yang berlaku sekarang tapi begitu mudah dimomokkan dengan kemungkinan situasi akan datang. Ramai juga yang hanya bergantung kepada satu sumber media saje untuk mendapatkan maklumat walaupun jelas sumber tersebut berat sebelah. Untungnya zaman sekarang kita ada media alternatif yang lebih bebas iaitu internet. Antara nak atau taknak je untuk dapatkan maklumat. Bila kita tak adil, maknanya kita zalim.

Islam bukan saje terletak pada rukun yang 5 tu, tapi Islam adalah cara hidup. Semua yang kita kerjakan di dunia ini akan dihitung di akhirat kelak. Tulis blog ni pun, boleh jadi ibadat & dapat pahala, tapi boleh juga buat dosa. Sama juga dengan mengundi, bukan lah hal dunia semata². Sebab tu better buat solat istikharah sebelum memilih. Moga² kita memperoleh hidayahNya & memilih yang terbaik untuk agama kerana Allah swt

Sedih, tak dapat mengundi Ahad ini. My flight to Italy will be at 10:30am. So tak sempat lah nak pergi mengundi. Lain lah kalau aku ni VIP, naik business class, tak payah nak beratur panjang² untuk check in. Sedih juga tak dapat merasai 'kemeriahan' apabila keputusan diumumkan. Lagi sedih kalau Isnin nanti cuti, hehee.

Thursday, April 18, 2013

Mabuk Mengandung

Mengandung kali ni memang lain. Sungguh lain. Alhamdulillah sepanjang mengerjakan umrah, keadaan mengandung ini tidak mengundang apa² masalah. Cuma lebih kerap mengantuk.

Yang lainnya, sebaik pulang daripada umrah, aku terus diserang mabuk. Tak lalu makan & kerap muntah. Selama 2 minggu, memang terasa agak seksa mengandung. Loya sepanjang hari. Masa mengandungkan Honey dulu, ada juga mabuk tapi cuma sebelah petang/malam. Tidak lah sepanjang hari. Cuma bermula minggu lepas, sudah ada selera makan, tapi tetap muntah.

Hasilnya, ketika pemeriksaan pada Isnin yang lalu, berat aku turun sebanyak 2.1kg berbanding 4 minggu yang lalu. Penurunan yang agak banyak menurut Dr Fatimah. Tapi tetap bagi MC sehari aje. Hehee ya lah, sekali sekala apa salahnya bagi lebih.

Alhamdulillah, walaupun berat aku turun, tumbesaran bayi adalah baik. Saiz seperti yang sepatutnya. Lebih istimewa ketika kandungan sudah mencecah usia 3 bulan ini, jelas kelihatan bayi bergerak. Subhanallah.

Dulu ketika mengandungkan Honey, aku cukup berjaga² dengan mengelak mengambil apa² risiko. Percutian ke Bandung yang telah dirancang lebih awal, dibatalkan begitu sahaja. Mengandung kali ini, bukan tidak mahu berjaga² tetapi rasa lebih yakin. Jika sebulan yang lalu ketika usia kandungan 8 minggu aku telah mengerjakan umrah, inshaaAllah beberapa minggu lagi aku akan ke Italy untuk menghadiri kursus selama seminggu. It's gonna be 13 hours long haul flight. Moga² dipermudahkan perjalanan aku nanti & tiada lagi mabuk mengandung.

Thursday, April 11, 2013

1.5 Tahun

Hari ini Honey genap 18 bulan.

Pagi bawa Honey ke klinik, untuk suntikan. Alhamdulillah, Honey tak menangis, cuma menganga seperti terkejut je. Aku yg nervous lebih sebab takut Honey meraung.

Semalam, sebenarnya Honey demam.


Tapi alhamdulillah tak meragam sangat ketika tidur. Merengek nak susu & puting je. Aku pun monitor juga suhu badan dia. Sepanjang malam ok. Cuma pagi rasa panas sikit. Lepas mandikan, macam ok balik.

Yang penting Honey tetap ceria & aktif.

Di klinik, ketika sedang berbincang dengan nurse sambil pegang Honey, tetiba Honey terpukul muka aku. Aku tau dia tak sengaja & tak sakit pun. Tapi tak sangka lepas tu dia beriyer cium aku banyak kali. Alololo sweet sangat anak mama ni. Nurse pun kata, sayang mama ya.

Oh ya ramai yang bertanya macam mana Honey setelah aku pulang dari umrah. Ya lah hampir 2 minggu tidak berjumpa. Alhamdulillah, keadaan seperti asal. Honey takde masalah untuk aku jaga. Waktu malam pun ok je tido dengan aku.

Ok tu je.