Bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam29/08/2008 5:23pm
KUALA LUMPUR 29 Ogos _ Kakitangan kerajaan akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar dua kali.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bonus itu akan dibayar pada September dan Disember.
"Kerajaan menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara," katanya. - Utusan
********************
Alhamdulillah... ada extra rezeki tahun ni. Tp saya suka nak mencadangkn kpd Pak Lah, mana lah tau klu Pak Lah termelawat blog ni... apa kata diadakan bonus maksimum... RM5000 ke... bonus minimum plak dinaikkan jd sekurang2nya RM2000. Takpun, semua dapat RM5000. Bukankah kita perlu membantu golongan yg lebih memerlukan?
Yg gaji atas RM5000 tu sure tak puas hati yek... sbb gaji aku bwh RM5000 lah aku mncdgkn sedemikian rupa... hikss. Tp aku hanya lah rakyat marhain yg takde apa2 kuasa pun nak execute the plan, just a suggestion... so tak perlu perarakan utk membantah k. ;-)
Ok... sambung balik chicken dance.
