I've never been this busy!
Ungkap saya kepada seorang rakan beberapa hari lepas.
Hujung minggu yang dinanti-nanti, masih dinanti-nantikan tetapi bukan untuk berehat. Sebaliknya untuk menyiapkan assignment.
Saya penat.
Ada satu ketika saya rasa I'm not good enough. Rasa seperti mahu mengalah.
Mungkin mental saya tidak cukup kuat untuk menerima cabaran ini.
Ada pelajar yang lebih teruk, kata seorang rakan. Benar. Tapi membandingkan diri saya dgn pelajar lain tidak membantu menyiapkan assignment yang sedang beratur menanti giliran.
Rasanya seperti sudah lama saya meninggalkan sesi menelaah pelajaran. Akibatnya, saya sering merasa blur ketika di dalam kelas. Keutamaan saya ketika ini hanya lah menyiapkan assignment. Mungkin saya tidak bijak menguruskan masa. Tapi saya agak sibuk untuk mula belajar menguruskan masa ketika ini.
Otak saya tepu. Saya perlu rehat sebentar, beberapa jam atau beberapa hari. I wish! Walau bagaimanapun saya tekad untuk cuba menyiapkan salah satu assignment hari ni. Saya sangsi, tapi semangat itu yang penting kan. Mungkin malam ini seperti malam-malam kelmarin, saya akan tidur pada pukul ~3:00am.
Seperti biasa, esok kelas dari 10am hingga 5pm.
Apa pun sekarang, matlamat saya bukan sahaja berjaya menamatkan program ini, malahan berjaya mengekalkan kewarasan saya.
:)

No comments:
Post a Comment