Friday, August 26, 2011

Menjelang Hari Raya

Yay, hari terakhir bekerja sblm cuti panjang! Ada gak hati konon nak keje hari Isnin, tegar nak save cuti.. tapi logiknya pasti mood kerja dah takde. Baik tolong Mak masak.

Persiapan hari raya tahun ini amat lah ala kadar. Baju raya cuma 2 pasang, tu pun sepasang beli untuk kenduri di kampung nanti... jubah berwarna merah. Sebenarnya tak lah berkenan sgt sbb kaler merah macam garang je & kurang sesuai utk dibawa ke majlis keagamaan, tp kebetulan memang kaler merah je yg ada untuk saiz aku... mula lah perasan it's meant to be mine. Sepasang lg dibeli kerana terpikat setelah melihat rakan2 seofis dok fitting baju tu. Baju tu free size. Try fitting gak, muat tang perut, kira ok lah tu. Tapi ada beberapa helai lagi baju tahun lepas yang belum dipakai. So kalau muat, boleh lah dipakai untuk raya tahun ni.

Kasut & handbag raya memang takde dalam senarai persiapan raya aku. Kalau kebetulan ada yang baru, boleh lah dipakai ketika raya. Kalau takde, pakai je apa yang ada. Begitu juga langsir raya. I tukar langsir 5 tahun sekali je... hehee. Dalam masa 5 tahun tu, cuci & terus pakai semula. Cukup time, buang. Langsir baru ada, tapi untuk 2 bilik tetamu di atas. Ye lah, kata tukar langsir 5 tahun sekali... yang kat 2 bilik tu dah lebih drp 5 tahun pun. Aktiviti mengemas belum lagi bermula, so langsir baru masih dalam plastik. Ruang bawah, for sure lah akan dikemas, tapi ruang atas... tak tau lah larat ke tak. Ingat hari tu nak upah orang, nak call tapi asyik tangguh aje... sedar2 dah nak raya. Tu lah suka tangguh keje.

Setakat ni kuih raya dibeli untuk dimakan sendiri. Yum, yum... dimakan selepas berbuka puasa. Oh ya, duit raya dah tukar hari Rabu yang lalu. Mencabar gak urusan menukar duit raya tahun ni. Semalam selepas checkup, buat hair treatment. Rambut raya D kata. Buat hair treatment je, takde apa2 perubahan pun. Hari ni lak, time rehat nanti nak buat facial. Bukan sbb nak raya, mmg dah sampai masanya. Lagipun badan rasa perlu diurut sikit2.

Termasuk hari ni, tinggal 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, so far mampu berpuasa penuh. Semalam checkup. Walaupun berat aku statik, berat baby naik. Berat baby dah 1.7kg. Kira ok lah berat tak naik bulan posa ni sebab raya nanti pasti naik mencanak2.

2 comments:

attyfir said...

kty naik 1.5kg..sedih.huhuhuuhu

PurPlè said...

Xpe, nanti raya org mkn lemang, ketupat, nasi..kty mkn biskut raya je..tu pun max 5 ketul je..hehee.