Tuesday, October 23, 2012

Semoga Honey Cepat Sihat

Actually I plan to update Honey's progress at 1 year old. Tapi seperti biasa, selalu update dalam kepala je, tak terzahir dengan kata-kata. Kalau dari kepala ni boleh terus transfer masuk blog, pasti setiap hari 2, 3 pos yang panjang berjela.

Rite now actually I feel a bit fatigue. Apa taknya dah 2 malam tido ayam je. Dah 2 malam Honey tido tak lena. Tetiba menangis, susu, puting semua tak nak. Tu 1 hal. 1 hal lagi, asyik lah muntah. Boleh dikatakan Honey akan bangun 1/2 jam sekali. So camna lah aku nak tido. Sampai rasa sakit kepala ni. Tapi gagahkan diri gak gi keje sebab sayang cuti.

Pagi tadi bawa Honey ke klinik. Doktor check semua ok. Nafas ok, perut ok, tekak pun ok. Demam pun tak.

Aku suspek Honey sakit nak tumbuh gigi & at the same time tak sesuai dengan susu baru. Actually dah tumbuh sikit dah gigi Honey, tapi instead of gigi yang betul-betul depan, yang tumbuhnya adalah gigi yang sebelah gigi taring. Aku tengok macam nak tumbuh 4 batang gigi atas serentak tapi somehow yang betul-betul depan tu gusinya liat sikit kot. Mau tak sakit kan. Pasal susu lak, since Honey dah setahun, harus lah tukar susu formula to different stage. Since tukar susu minggu lepas, Honey berak cair... tapi muntah yang kerap ni baru start Ahad, malam Isnin.

Actually sebelum ni pun Honey selalu muntah sebab batuk berkahak. Tapi takde lah sampai 3 kali 1 malam. Biasanya muntah sekali je. Tu pun sepanjang Honey setahun ni, 2 kali je pernah sedut gas. Alhamdulillah, walaupun agak kerap batuk berkahak & selsema tapi Honey jarang demam. Kalau demam pun, tak lama. Bagi ubat, esoknya elok dah. So far Honey tak penah lagi merasa ubat bontot. Macam mana rupa ubat bontot tu pun aku tak tau. Orang kata normal budak duduk taska selalu batuk & selsema. Tapi aku takde lah menyalahkan taska sebab Honey ada tabiat suka merasa benda dengat mulut. Semua benda kalau boleh nak masuk mulut. Apa pun Honey tak pernah lagi kene masuk ward walaupun mamanya ni dah prepare awal-awal medical card untuk Honey. Ya lah kan, sekarang ni macam banyak virus & penyakit pelik-pelik. Moga2 Honey terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Pasal keadaan Honey sekarang ni, aku bersyukur gak. Despite muntah-muntah & berak cair for 2 days, Honey remains active. Aku rasa kalau orang tua pun mau flat. Ini kan pulak budak. Dah lah tak mau minum air garam. Actually doktor pun tak bagi air garam sebab dia tengok Honey aktif aje. Beli sendiri kat farmasi sebab risau plak tengok Honey macam dah hilang banyak air. Nasib baik Honey suka minum air masak. Hari ni, Honey masih takde selera. Minum susu pun kurang sangat. Tapi tu lah tak dapat dipastikan hilang selera sebab sakit nak tumbuh gigi ke atau sebab tak suka susu baru. We'll see tonite macam mana. Hope Honey will be better. Semoga lena tido & dah tak muntah. Semoga Honey berselera minum susu. InsyaAllah.

2 comments:

attyfir said...

sian honey..semoga honey cepat sembuh tau

PurPlè said...

Tq makmok...