Thursday, April 18, 2013

Mabuk Mengandung

Mengandung kali ni memang lain. Sungguh lain. Alhamdulillah sepanjang mengerjakan umrah, keadaan mengandung ini tidak mengundang apa² masalah. Cuma lebih kerap mengantuk.

Yang lainnya, sebaik pulang daripada umrah, aku terus diserang mabuk. Tak lalu makan & kerap muntah. Selama 2 minggu, memang terasa agak seksa mengandung. Loya sepanjang hari. Masa mengandungkan Honey dulu, ada juga mabuk tapi cuma sebelah petang/malam. Tidak lah sepanjang hari. Cuma bermula minggu lepas, sudah ada selera makan, tapi tetap muntah.

Hasilnya, ketika pemeriksaan pada Isnin yang lalu, berat aku turun sebanyak 2.1kg berbanding 4 minggu yang lalu. Penurunan yang agak banyak menurut Dr Fatimah. Tapi tetap bagi MC sehari aje. Hehee ya lah, sekali sekala apa salahnya bagi lebih.

Alhamdulillah, walaupun berat aku turun, tumbesaran bayi adalah baik. Saiz seperti yang sepatutnya. Lebih istimewa ketika kandungan sudah mencecah usia 3 bulan ini, jelas kelihatan bayi bergerak. Subhanallah.

Dulu ketika mengandungkan Honey, aku cukup berjaga² dengan mengelak mengambil apa² risiko. Percutian ke Bandung yang telah dirancang lebih awal, dibatalkan begitu sahaja. Mengandung kali ini, bukan tidak mahu berjaga² tetapi rasa lebih yakin. Jika sebulan yang lalu ketika usia kandungan 8 minggu aku telah mengerjakan umrah, inshaaAllah beberapa minggu lagi aku akan ke Italy untuk menghadiri kursus selama seminggu. It's gonna be 13 hours long haul flight. Moga² dipermudahkan perjalanan aku nanti & tiada lagi mabuk mengandung.

1 comment:

attyfir said...

Semoga dipermudahkan urusan adik nanti.doa banyak2 tau..semoga adik dan baby sihat.amen