بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, berpeluang lagi menyambut Ramadan... InshaAllah.
Jam menunjukkan pukul 12:42 pagi tapi aku masih belum dapat melelapkan mata. Badan penat, tapi tetap lah tak boleh tido. Ya, aku sedikit nervous untuk berpuasa esok hari. Ada sedikit risau, takut memberi kesan kepada susu badan. Tapi apalah yang nak dirisaukan kan... sesungguhnya rezeki air susu itu sendiri daripada Allah. InshaAllah, kalau ada, ada lah. Kalau takde, sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik. Cuma aku harap dipermudahkan untuk Iman.
Aku harap Ramadan kali ini, aku mampu menjadi lebih hampir kepadaNya. Tak dapat dinafikan, menjadi ibu kepada dua anak kecil adalah mencabar & memenatkan. Masa lapang yang ada seboleh2nya hanya untuk merehatkan badan, melapangkan fikiran & tidur. Terasa diri semakin jauh dariNya. Helaian al-Quran semakin kurang dibelek. Jauh di sudut hati tau penat hanya lah alasan. Tercari2 semangat yang kian luntur. Rasa malu kerana tak mampu istiqamah. Jadi, besar harapan Ramadan kali ini. Untuk kembali kepadaNya. Untuk menjadikan al-Quran sebagai BFF. Ya Allah, permudahkanlah. Beri lah hidayah kepada hamba Mu ini.
InshaAllah, mungkin berpuasa penuh lagi tahun ini. Jika ya, ini tahun ke-4 brturut2 aku berpuasa penuh. Cuma bezanya 3 tahun sebelum ini sebab 'berisi'. Tahun ni sebab bendera Jepun masih belum muncul sejak kelahiran Iman.
Ok, aku patut cuba tidur sekarang. Nanti tak boleh pulak bangun sahur.
No comments:
Post a Comment