Saturday, September 10, 2016

Selamat Hari Raya Haji 1437H

Lamanya tak update blog, for someone yang berazam untuk frequently update blog.

2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban. Esok hari Arafah.

Semalam, ketika perjalanan pulang ke rumah dari ofis, dengar Ikim, diceritakan perihal korban. Qurban ialah penghampiran... Maknanya lebih mendekatkan diri dengan Allah. Ia adalah ibadah bukan adat. Tapi zaman sekarang, sebab dah terbiasa kot macam lupa ianya adalah ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah & ibadah korban dicemari unsur² negatif seperti berebut bahagian. Berkorbanlah ikhlas kerana Allah. Yang tidak berkorban tetapi membantu pun ada ganjarannya kalau ikhlas kerana Allah bukan semata² nak dapat daging percuma.

Salah satu trip yang aku teringin nak join ialah trip korban di luar negara seperti di Kemboja atau Vietnam. Suka baca kisah mereka yang ikut trip korban ni. How Muslim di sana looking forward for it bukan semata² sebab daging percuma, malah mereka memang jarang makan daging. Sanggup menyeberang sungai & melalui perjalanan jauh untuk mengambil daging.  Sesuatu yang baru melihat ibadah korban di negara orang di mana mungkin tak semeriah Malaysia tetapi cukup menginsafkan. InshaaAllah one day, bila anak² dah besar.

Teringin juga menjalankan ibadah korban di kampung sendiri. Buat masa ini belum diizinkan kerana tiada plan untuk pulang ke kampung. Kekangan cuti yang singkat & jalan jem. Hehee lame excuse but so true... 😅. InshaaAllah...

Pastinya juga waktu ini akan terfikir bila lah giliran untuk menunaikan ibadah haji. Moga2 bila waktunya tiba akan dipermudahkan urusan dengan kesihatan yang baik.



©2016 Posted from my Xperia Z

No comments: