Monday, August 31, 2009

Puasa@UK: Hari 9

Hari ni buat eksperimen masak mee goreng seafood sebab dah boring makan nasi. Takde cili boh. Guna kicap & serbuk cili jer. Hasilnya...

Hiks, tak teringat nak amik gambar.

Rasanya... boleh lah. Lebih sedap dr yg dijangkakan. Serius. Ingatkn tak boleh jamah langsung. Cuma masin sikit. Terlebih taruk kicap.

Kata dah boring makan nasi, tapi lepas Zohor tadi gi Tesco boleh plak beli beras 1kg. Walaupun beras sekarang dah nak abis, patutnya beli jer lah 500g sbb tinggal 2 minggu jer lagi. Nampak gayanya sebab nak abiskan 1kg beras tu, terpaksa gak lah makan nasi hari2. Memburukkan lagi keadaan, rupanya aku ada beli 500g beras pada satu masa dahulu. Jd skrg aku ada 1.5kg beras utk dihabiskn dalam masa 2 minggu. Mungkin bleh offer kat kengkawan yg nak beli beras. Lelong, lelong beras basmati 1kg!

Mungkin aku kene rancang menu berbuka puasa selama 2 minggu ni utk elakkan pembaziran dgn membeli bahan konon nak masak, pastu masaknya benda lain, di samping abiskan segala stok yg ada. Macam byk je stok makanan aku. Byk gak lah. Cereal ada 2 kotak. Tapi takde mood dah nak makan cereal & susu, walaupun utk sahur. Memang dah stop beli susu pun. Nampak gayanya cereal tu bakal jd snek, kunyah2 gitu jer lah. Daging burger plak rasanya ada 16 ketul lg. Tu bila plak aku nak makan. Isk, rosak program diet.

Ni lah akibatnya orang yg konon2 jarang ke kedai, so sekali beli tu, beli byk sekali. Tu lah tak kurus sebab tak putus2 makanan.

Teringin gak nak masak dua tiga jenis lauk & jemput member berbukak posa sekali. Tapi keadaan tidak mengizinkan. La ni masak ala kadar je, bukak posa pastu sambung siapkan tesis.

Tadi dengar PM kita berucap kat radio sempena kemerdekaan yg ke-52 tahun. Rasa macam dengar tazkirah kat radio IKIM plak. Tapi, tapi aku tak dengar radio IKIM waktu malam gini. Dengar waktu siang jer. Maklum lah bulan puasa, insaf sikit.

Selamat Hari Merdeka! 2 minggu lagi aku juga akan merdeka drp program MSc ni, insyaAllah.

Serius lah, dah boring makan nasi. Kalau makan nasi dengan lauk ketam ke, sambal kerang ke, masak lemak perut ke, baru ada selera. :-P

No comments: