Monday, September 28, 2015

Dialog bersama Honey

Tinggal 2 minggu lagi Honey akan menganjak ke usia 4 tahun. Alhamdulillah, semakin kurang pelat & makin petah berkata². Kadang² penat juga melayan...

Honey memerhatikan Mama buat susu untuk dia...
Honey: Mama penat ke?
Mama: Aah, Mama penat...
Honey: Mama buat la susu Honey perlahan-lahan. Kalau perlahan-lahan, tak penat.
Alahai anak...

Selepas Mama tolong Honey...
Honey: Terima kasih Mama.
Mama senyap je.
Honey: Mama cakap la sama2.
Papa: Sama2...
Mama: Hmm sama2...
Honey: Mama je, Papa tak yah.
Papa: ...

Honey sambil tengok video masa dia kecik...
Honey: Mama, sape yang suapkan Honey ni?
Mama: Opah...
Honey: Kenapa Opah suap Honey? Mama mana?
Mama: Mama takde. Mama pegi keje jauh.
Honey: Papa?
Mama: Papa keje.
Honey: Sian Honey...
Huhuu anakku yang suka berdrama. Bukan dia ingat pun tetiba kesian kat diri sendiri.

Selepas tengok video Upin Ipin...
Mama: Dengar tu Honey, tak mau bohong, tipu orang tau...
Honey: Sape cakap?
Mama: Kan Upin Ipin cakap tadi...
Honey: Bukan Tuhan ke?
Mama: Ya lah, Tuhan yang cakap...
Hmm...

Ketika bergaduh dengan Iman...
Papa: Nanti Papa belikan Honey tab baru. Yang ni kasi la Iman...
Honey: Papa tak beli lagi pun.
Papa: Ya lah, nanti Papa beli lah...
Honey: Papa tak beli lagi. Jadi yang ni Honey punya lah. Bila Papa dah beli, baru lah boleh kasi Iman.
Sabar je lah...


Susah dah nak tangkap gambar Honey sekarang ni...



©2015 Posted from my Xperia Z

No comments: