Thursday, July 22, 2010

Random thoughts

Beres bayar bil-bil & hutang piutang untuk bulan ini.

Sakit hati dengan seseorang hari ini. Asalnya tak lah rasa sakit hati sangat sebab memang dah sedia maklum perangai sorang umat ni. Tapi bila rasa kene berdepan dengan umat ni esok sedangkan pada masa yang sama ada perkara yang lebih menarik & bermakna perlu dihadiri, terasa sakit hati & menyampah pulak. Perangai sungguh tak masuk akal. Oh umat yang dimaksudkan bukan seorang kawan. Kalau kawan, dah lama buat tak tau.

Cubaan mengambil gambar sendiri 2 hari yang lalu (& edit bagi hilang parut-parut jerawat) untuk diletak di dalam blog...

Bila lah muka nak bersih macam ni.

Hari ni rasa penat sangat. Adakah kerana dedahan ☢?

Bila-bila masa dari sekarang perlu keluar ke somewhere. Jadi ini adalah percubaan untuk segarkan mata dan minda.

Tertunggu-tunggu hujung minggu. Siapa tak kan? Sudah 3 minggu berturut-turut tidak dapat betul-betul menghabiskan masa di rumah & bangun selewat yang mungkin.

Ok lah. Berhenti setakat ini. Rasa macam nak pos cerita hujung 2 minggu yang lalu.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam ukhwah.. blog hopping.. lompat2 laa ke my blog kalau berminat nak baca my TRAVELOGUES in 45 COUNTRIES.. :)

PurPlè said...

jhaz,
salam... travelogues? nice...