Makin nak raya, makin kurang plak mood beraya. Apa taknya, dalam kepala dok fikir persiapan meeting pada minggu ke2 raya nanti. So kene pastikan semua cukup sebelum cuti raya. Benda yang nak kene print, kene print siap2. Camna nak gi hotel daripada airport, kene kaji. Tetiba boleh terasa sayu plak bila dengar lagu raya sebab semua orang dah takde mood keje, mood raya dah on, aku masih bekerja bersungguh2. Ok, tak baik merungut. Dah ni lah mata pencarian, redha je lah.
Pastu rumah nak kene kemas. Haihhh kalau tak memikirkan my PIL nak datang tolong jaga Honey semasa ketiadaan aku nanti, memang tak ingin kemas rumah. Sib baik ruang tamu JD dah settlekan. But still baju belum berlipat, meja belum dilap & yang paling utama sekali dapur belum dibersihkan. Sounds like a lot of works to me. Langsir pun belum cuci. Macam tak sempat je rasanya nak buat semua tu.
Dah tau keje banyak, sibuk tulis blog. Err tapi kalau dah malam gini baik beribadat lagi2 malam2 terakhir Ramadhan ni. Tak pun, tido :P
No comments:
Post a Comment