Alhamdulillah, pada 20/12 Mak Ayah selamat pulang ke Malaysia. Terserlah kegembiraan & kepuasan di wajah mereka.
Seronok sekali mereka bercerita tentang pengalaman di sana. Kami anak beranak sama² melihat gambar² yang sempat dirakam oleh Ayah ketika di sana. Ada juga Ayah selfie rupanya 😄.
Banyak juga barang yang mereka bawa balik. Menurut Ayah dia shopping seorang diri kerana sepanjang di sana Emak on off demam. Mungkin kerana tak tahan cuaca sejuk. Macam² yang ayah beli. Makanan berupa kurma, kekacang & coklat, jubah etc untuk diagih²kan kepada saudara-mara.
Walau bagaimanapun, kerusi roda Mak tidak muncul² di KLIA. Tak tau lah ke mana perginya. Takpe lah yang penting dah selesai semuanya. Mak Ayah pun dah pulang ke rumah sendiri di Taiping.
Memang tak sangka rezeki Mak Ayah menunaikan umrah tahun ni. Semua berlaku agak pantas. Melihat kegembiraan mereka memang berbaloi lah penajaan JD. InshaaAllah.
Bila lah pula peluang aku ke sana lagi.
©2016 Posted from my Galaxy Note 8.0
No comments:
Post a Comment