Ketika ini Mak & Ayah di Haramain untuk mengerjakan umrah. Melihat gambar² mereka di sana, ya Allah rindunya ingin ke sana lagi.
Actually, I did consider of going with them. Boleh bermahramkan Ayah. Tetapi memikirkan masa & keadaan ekonomi yang kurang sesuai, I had to pass. As for JD pula, since he had spent more than RM15k to sponsor them, to spend another RM7k++ sounds kinda much. Ayah kata takpe, dia boleh jaga Mak. Malah di Mekah nanti ada Cik Din boleh tolong tengok²kan.
Tapi kita hanya merancang, Allah lah yang sebaik² perancang. Rabu, sehari sebelum Mak Ayah bertolak, Cik Din telah diarahkan oleh majikannya untuk pulang ke Malaysia esok (Ahad). Jadi, Mak & Ayah takkan berkesempatan pun untuk bertemu Cik Din di Mekah kerana pada hari Khamis mereka akan bertolak ke Madinah dahulu & hanya akan tiba di Mekah hari Isnin.
Allah, hanya kepada Kau lah tempat kami bergantung.

👋🏻 Mak & Ayah 😢.
Alhamdulillah, melihatkan gambar² yang kerap dikongsi oleh mutawif rombongan umrah Mak & Ayah, kelihatan mereka baik² sahaja. Kami anak² memang risaukan mereka. Maklum lah pasangan warga emas pergi berdua ke luar negara untuk kali pertama. Dengan Emak berkerusi roda. Ayah pula baru guna smartphone. Tak pandai nak utilize lagi. Semuanya terhad. Tetapi semangat mereka untuk pergi yang kuat. Sesungguhnya segala rezeki, kudrat & pertolongan dengan izin Allah jua.

Ya Allah, jagakan mereka untukku. Semoga ada rezeki untukku menjadi tetamu rumah-Mu lagi. Amin.
©2016 Sent from my iPhone 6S+
No comments:
Post a Comment