Pada hari Selasa 6/12, Mak Ayah sampai ke rumah, diambil oleh JD dari Taiping. Jadi tentu lah rumah kami jadi tumpuan untuk saudara mara datang melawat. Orang datang, kene lah jamu sesuatu kan.
Seperti biasa Mak memang siap memasak dulu di Taiping. Dibawanya nasi himpit, rendang ayam & puding walaupun aku telah berpesan supaya tidak menyediakan apa².
Malam itu, hanya adik beradik datang melawat. Malah birasku membawa nasi arab jadi aku tidak menyediakan apa². Cukup lah tu ditambah dengan nasi himpit & rendang ayam Mak. Tetapi masih sibuk menghidang, menyediakan air & membasuh.
Hari Rabu, hari yang benar² sibuk. Paginya aku perlu ke ofis menyelesaikan beberapa kerja tertunggak. Apa taknya selama 2 minggu sebelumnya aku berkursus, Isnin pula tiada elektrik & Selasa aku cuti. 10 pagi keluar ofis, singgah di rumah Mak & ke pasar raya untuk membeli beberapa bahan nasi arab untuk juadah malam nanti.
Sampai di rumah, bermula lah tugas sepenuh masa di dapur. Terus menyinsing lengan baju untuk masak juadah tengahari 💪🏻🍛. Menu tengahari itu siakap bakar, sambal udang, sup tulang & sayur pak choi goreng bersama sos tiram. Thanks to Noxxa pressure cooker & magic pan, sup tulang & siakap bakar boleh dimasak serentak tanpa perlu keluar hikmat tangan sotong 😬. Memasak sambil² meluangkan sedikit masa untuk melayan tetamu yang datang tengahari itu.
Selesai masak juadah tengahari, terus menyediakan & memerap kambing pula untuk dimasak malam nanti. Actually memasak tu ok lagi. Yang buat penatnya ialah mengemas & membasuh pinggan mangkuk yang banyak 😰. Penuh sinki & macam tak habis² pula 😭. Kira full-time di dapur. Tapi JD & Mak ada juga tolong membasuh & mengemas 😪.
Petangnya bermula pula persiapan untuk juadah malam nanti. Dijangka lebih ramai yang akan datang. So aku menyediakan spaghetti bolognaise & nasi arab lauk kambing. Thanks again to pressure cooker Noxxa. Kerana mood malas dah mula menjelma, aku cuba melembutkan spaghetti menggunakan Noxxa. Alhamdulillah menjadi. Hanya 6 minit spaghetti dah al-dante. Kambing juga aku campakkan sahaja ke dalam Noxxa. Kali ini aku masak selama 30 minit supaya kambing benar2 lembut & lebih terasa perapannnya.
Yang penting Mak kagum melihat menantunya ni mampu memasak beraneka juadah seorang diri hampir sepanjang hari untuk ramai tetamu yang datang 💪🏻💪🏻💪🏻. Hahaaa 😅 menantu yang perasan. Hehee, sekali sekala boleh lah. Kalau hari² pengsan 😵. Apa pun kedatangan tetamu itu membawa rezeki kan 😌.
©2016 Sent from my iPhone 6S+
No comments:
Post a Comment