Monday, January 24, 2011

Paling comel

Ditag oleh Akak untuk letak gambar paling comel. Well pada usia sekarang, aku rasa macam tak sesuai untuk bergambar sambil membuat mimik muka 'comel' seperti membuntangkan mata, memuncungkan mulut atau pun menjelirkan lidah. Zaman aku muda remaja dulu, takde plak trend tangkap gambar buat mimik muka macam tu. Rasanya lah. Kalau ada pun, muka tak cukup comel untuk berbuat demikian. Kalau buat gak, bukannya nampak comel. Nampak buruk ada lah. Bukan merendah diri, tapi sedar diri.

Walau bagaimanapun bagi melunaskan tanggungjawab sebagai seorang 'blogger' (why don't I feel like one? Maybe sebab langsung takde income kot, hiks) yang telah ditag, setelah puas menggeledah every folder dalam hard disk laptop, aku letak lah gambar yang aku rasa ada unsur cubaan ingin menjadi comel :P.


Tapi setakat gambar cubaan menjadi comel yang tak berjaya ni, pasti kalah kalau masuk contest.

2 comments: