Pas balik keje, sampai je rumah, Mama terus pack barang. Papa masih sibuk monitor orang pasang awning kat porch tapi terpaksa gak layan Honey sebab Mama banyak keje. Rupanya 2 hari gak nak siap pasang awning. Target bertolak pas Maghrib. Tapi pas Isyak baru settle semua. Honey pun dah tertidur. Tu pun Mama & Papa tak sempat dinner. Cian, Papa mesti lapar. Mama takpe sebab Mama on diet *mata ke atas*. Pukul 9pm sampai umah Nenek. Terus bertolak ke Taiping. Ini perjalanan pertama Honey ke Taiping. Nasib baik bertolak malam. So most of the time Honey tido aje.
Sabtu, May 26
Pukul 1am baru Honey sampai rumah Opah. Dah lama tak jumpa Opah. Last jumpa masa Honey umur 1 bulan. La ni Honey dah 7 1/2 bulan pun dah. Opah dukung Honey. Honey suka aje orang dukung Honey. Pastu Opah masak mee goreng. So Mama & Papa supper mee goreng. Lewat Honey tido... ~2am.
Waktu petang, Papa bawak kitorang ke Kuala~Sepetang. Mama ingatkan ada pantai kat situ, tapi takde pun rupanya. Papa tanya nak makan mee udang tak... semua jawab tak mau. Pastu kami ke pekan Taiping. Tak buat apa pun, tengok2 baju je. Yay, Nenek belikan Honey gown & bola.
Oh ya, di rumah Opah, Honey tunjuk skill mengesot. Honey mengesot dari ruang tamu sampai dapur. Kat rumah Honey belum pernah mengesot sejauh ni. Hehee saje nak tunjuk skill depan ramai orang. Kalau kat rumah, Mama & Papa berdua je.
Ahad, May 27
Hari ni kami dah nak balik dah. Opah ikut sekali. Target pukul 9am, tapi pukul 9:15 baru kuar rumah. Ok lah tu, lewat 15 minit je. Mama kita memang cekap pack barang.
Tapi kami tak balik KL terus. Kami singgah di kampung Sabak Bernam untuk attend kenduri kahwin sepupu Mama. Ini pun pertama kali Honey balik kampung sini. Tapi Mama tak bawak pun Honey gi kenduri. Mak Mok & Akak Nurul yang bawak. Alah, rumah kenduri tu belakang rumah nenek Mama aje.
Balik kenduri, Honey main kejap sambil dengar sedara-mara borak. Lama2 Honey pun tertidur. Tengah sedap tidur, Mama kejutkan sebab nak teruskan perjalanan ke KL untuk hantar Opah. Kiranya hari ni Honey berjalan je. Sampai rumah pukul 8:30pm. Pas mandi, minum susu, terus Honey tidur.
-----
Itu lah kisah pertama kali Honey balik kampung. Mama kata Honey tak reti behave dalam kete... sampai 1 masa tak mahu dipegang... sibuk nak baring, berguling & menonggeng. Nampak gaya selagi Honey lasak macam ni, tak dapat lah Mama nak bawak jalan jauh2 & naik flight yang long-haul. Eleh, Mama cakap je... mana ada Mama ada plan nak bawak Honey jalan jauh2 pun.
Honey seronok dapat jalan2. Alhamdulillah, Honey tak demam pun. Mama takut hari Isnin Honey cranky kat taska sebab Ahad tu sepanjang hari berjalan tapi Cikgu cakap Honey ok je. Mama je yang terlebih risau. Yang sedihnya kan, 1 gambar pun Mama takde snap. At least amik lah gambar Honey dengan Opah & Nenek. Mama boleh tak teringat langsung. Papa pun sama. Nama je pakai henpon canggih. Eh... membebel plak. Ok lah, sekian dulu cerita
No comments:
Post a Comment