Pernahkan anda merasa boring dengan diri anda sendiri? Pada tika & saat ini, saya sedang merasainya. Saya boring dengan perut saya yang buncit & koleksi pakaian serta tudung di dalam almari. Saya teringin nak bertukar imej dengan memakai selendang. Tapi masa yang cukup limited di waktu pagi tidak mengizinkan saya untuk melilit selendang di kepala. Mungkin saya hanya memerlukan koleksi pakaian & tudung yang baru. Rasa nak amik plastik sampah & campak semua baju dalam almari ke dalam plastik sampah tu. Tapi saya tak boleh turutkan hati, nanti saya tak ada baju nak pakai gi kerja esok & hari2 yang seterusnya.
Lately saya rasa saya terlalu rancak berbelanja. Awning di porch dah siap dipasang. Kosnya mencecah beribu2 RM kerana ditambah lapisan PU bagi menyerap haba & bunyi. Semalam kami telah ke kedai perabot untuk membeli kerusi untuk diletakkan di porch. We ended up buying a double sitter sofa worth RM950. Ya, hanya 1 kerusi tapi harganga hampir mencecah RM1k... untuk diletakkan di luar rumah bagi kucing terbiar menumpang tidur & berkemungkinan besar akan dijadikan tandas sekali bagi kucing tersebut.
Errr kalau nak cerita aktiviti pembaziran yang lain, boleh jadi menyesal & makan hati plak nanti. Actually barang2 yang dibeli memang diperlukan. Cuma ada pilihan yang murah & munasabah pada dompet sendiri, tapi yang mahal (based on my budget) tu jugak yang berkenan di hati. Jadi cukup2 lah berbelanja. Niat untuk buka wardrobe baru terpaksa ditunda. Pakai je lah apa yang ada. :(
Btw, last week had been a hectic week for Honey & us. Nak juga cerita pasal Honey. I might sound like I'm obsessed with my lil Honey, kalau ya pun tak salah kan... anak sendiri, sorang lak tu. But actually I'm not. I only talk/write about Honey frequently here, terpulanglah kalau ada yang nak membaca. Takde lah setiap kali berbual, mesti nak cerita pasal Honey. Kalau camtu, mau naik kematu telinga yang terpaksa mendengar benda yang sama hampir setiap hari.
Just now, JD interrupted me by asking about Masterchef~Celebriti yang sedang ditayangkan...
JD: Masterchef ni start bila sebenarnya?
Me: Hari Sabtu.
JD: Apasal kita tak tengok semalam?
Me: Kita tengok lah semalam, yang diorang masak ikan haruan tu.
Pastu JD macam tak puas hati dengan jawapan aku.
JD: Sape terkeluar yang ni?
Me: Mana tau lagi... ni yang latest.
JD: Ohh... kalau camtu setiap hari Ahad lah.
Me: Bukan... cerita ni hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa... 4x seminggu (actually aku pun tak sure, tapi yang pasti lebih dari sehari lah seminggu.)
JD: Ohh... patut lah, ingat sekali seminggu.
Me: (Patut lah macam tak paham2.)
Ini namanya minor miscommunication. ;)
Pada aku Masterchef~Malaysia so far, whether for celebrity or non-celebrity adalah tak berapa best compare to Masterchef~US or Australia. Tu yang sambil tengok, main henpon, update blog. Rekod pun tak.
Ok lah, nak pack barang Honey ke taska esok...
No comments:
Post a Comment